Bersyukur ada sahabat seperti mereka. Amira Othman luahkan perasaannya mempunyai rakan selebriti seperti mereka ini yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan.

Kawan yang baik juga merupakan satu rahmat. Itulah gambaran ungkapan mengenai ukhwah persahabatan antara penyanyi Amira Othman, Wany Hasrita dan Heliza Helmi. Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Amira menyatakan rasa syukur kerana memiliki sahabat yang sentiasa mengingatkannya tentang kebaikan, agama dan juga menjaga akhlak.

“Masa ni baru dapat tahu dapat pergi Haji. Memang mengejut dan banyak benda tak tahu tapi kak @nurhelizahelmi macam biasa bila-bila masa dia sedia berkhidmat untuk sesiapa pun. “Selalu suruh kami doakan dia. Tapi selalu saya terfikir, hebatnya Kakja ni rasanya masa dia kat dunia memang dia habiskan untuk saham-saham akhirat.

“Susah nak jadi wanita tinggi akhlak macam Kakja dan Wany ni kan. Kalau ada kawan macam ni korang jaga elok-elok please… “Susah kan nak jadi baik? Sebab tu antara medium nak berubah ni kena ada kawan-kawan yang sama-sama nak berubah dan ajak kita sama-sama membuat kebaikan,” coretnya. Coretan itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan wajah Amira, Wany dan Heliza sedang tersenyum manis. Terdahulu, Amira dan Wany pernah ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama pada 7 Ogos 2019.

Sumber: Gempak

Wany Hasrita & Amira Othman Dijemput Tunaikan Haji Oleh Kerajaan Arab Saudi

Terdahulu, penyanyi popular Wany Hasrita dan juga Amira Othman telah dijemput menjadi tetamu Allah apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh kerajaan Arab Saudi. “Rasa macam bermimpi pun ada kerana Wany tidak pernah terfikir untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Apapun, Wany bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada Wany menjadi tetamuNya, walaupun tawaran datang pada saat akhir.

“Pemergian kami berdua adalah atas undangan kerajaan Arab Saudi. Memandangkan Wany akan berangkat esok, segala persiapan perlu dibuat hari ini, antaranya mendapatkan suntikan vaksin dan juga menyediakan pelbagai kelengkapan lain,” katanya kepada BH Online. Ini adalah kali pertama penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terlalu Memuja’ itu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Sebelum ini Wany belum pernah ke sana kerana tidak pernah mengerjakan ibadah umrah.

Disebabkan rezeki ini datang sepantas kilat, maka persiapan untuk mengerjakan ibadah haji juga tersangat singkat buatnya. Lantas Wany meminta bantuan rakannya iaitu Heliza Helmi untuk mencarikan ustaz yang mampu memberikan sesi panduan haji secara peribadi selain mendapatkan rujukan daripada pakar motivasi terkenal iaitu Profesor Dr Muhaya Mohamad. Wany akan berangkat menunaikan haji ke Tanah Suci pada 7 Ogos dan dijangka pulang ke tanah air pada 16 Ogos ini.

Sumber : BH Online