Betul betul sakit hati. Nazia Mustafar luah rasa tidak puas hati dengan pihak produksi ini selepas tawaran yang dibuat tidak setimpal dengan kerja. Lagi heboh bila dua artis ini masuk padang

Pelakon Nazia Mustafar meluahkan kekecewaan apabila ditawarkan bayaran tak setimpal dengan kerjanya.Kata Nazia, dia ditawarkan bayaran hanya RM1,500 oleh sebuah syarikat produksi untuk penggambaran telefilem yang memakan masa selama empat hari dengan 28 babak.”Shoot tele 4 hari 28 scene, nak bayar RM1,500. Agak-agaklah wei, what the… Ni namanya melmpau.”Lepas ni nak call artis nak bagi job, kenal siapa artis tu. Tolonglah ya, aku tak pernah marah, tapi aku rasa kali ni melmpau.

“Pastu bahasa kurang ajar. Tak nak tak apalah, ramai artis yang nak. Biadb betul,” tulisnya di Instagram.Situasi itu mencetuskan kemarahan dan kritikan beberapa rakan selebriti yang menganggap ia tidak wajar.”Dia buka produksi ke dia nak menyamvn tu? Apo 4 hari RM1,500. Acik dia punya lakilah,” tulis Azhan Rani.”Alasan popular dipakai untuk semua orang seni, kalau ada ramai yang nak kenapa dia call dan offer? Maknanya tiada yang nak! Bukan tolak rezeki, hanya orang dalam industri tahu cara kerja kami,” tambah Haiza Hanafi.

“Ayat di belakang itu selalu digunakan,” sahut Mimi Ernida.Bagaimanapun kata Nazia, dia tidak terlalu marahkan soal bayaran sebaliknya cara respon pihak berkenaan yang disifatkannya biadb.”Saya marah sekejap je, tak reti nak marah lama-lama. Saya sudah okey dan back on track.”Maaflah saya tak pernah up status marah-marah macam tu. Tapi tadi betul-betul sakit hati, pasal bayaran tu tak adalah jadi hal sangat.”Cuma ayat last yang dia bagi kat saya. Allahuakbar betul-betul mencabar saya. Saya dah maafkan dia. Peace,” jelas Nazia lagi.-gmpk

Bibik Buat Hal Lagi, Nazia Mustafar Rugi RM50,000

Rumah pelakon Nazia Mustafar (gambar) digeledh pembantu rumah.BIBIK Indonesia buat hal lagi! Selepas nasib malang menimpa jutawan kosmetik,kali ini giliran pelakon Nazia Mustafar pula menjadi sasaran .Kejadian itu berlaku ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di Thailand.Nazia atau sebelum ini dikenali sebagai Nadia Mustafar berkata, perkara itu dimaklumkan oleh jiran tetangganya yang curiga tentang tingkah laku bibik berkenaan. Gambar pembantu rumah yang dikongsi di laman Instagram Nazia malam Sabtu.

“Pembantu rumah itu hanya pembantu rumah sementara dan baru bekerja selama seminggu dengan saya, pihak ejen menggantikan dia kerana bibik yang lama sudah melarikan diri.”Pada awalnya saya ada rasa berat hati untuk tinggalkan dia bersendirian di rumah itu tapi tiada pilihan lain. Kami sekeluarga termasuk ibu bapa dan adik beradik lain sudah lama merancang untuk ke Thailand pada sambutan hari raya ini,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Aktres berusia 40 tahun itu berkata, dia sekeluarga bertolak ke Selatan Thailand pada malam hari raya pertama iaitu 26 Jun lalu dengan menaiki kereta.Bagaimanapun, baharu dua hari percutian itu, dia dimaklumkan oleh jiran tentang kelakuan orang gaji tersebut yang pelik dan mencurigakan.”Jiran beritahu saya tentang perangai ganjil pembantu rumah yang keluar masuk melalui laluan tong sampah.”Jadi saya minta mereka masuk rumah saya dan melihat apa yang berlaku. Memang ada tanda-tanda pintu dipcah dan orang gaji juga sedah melarikan diri,” ujarnya.

Sementara itu, Nazia berkata, dia mengambil keputusan untuk meneruskan percutian seperti dirancang bagi tidak mengecewakan ahli keluarga yang lain.Nazia dan suaminya Hazil Izham Ismail, 43, dan keluarga bercuti di Selatan Thailand ketika bibiknya buat hal di rumah.Tambahnya, dia pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu dan membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada hari yang sama.”Kali ini kami ke pulau-pulau di Thailand menaiki kereta, jadi jika nak balik perlu ambil masa 16 jam. Saya teruskan juga percutian biarpun hati tidak tenang.

“Semalam baru saya sampai Malaysia. Masa itu memang sudah sedia mntal dan tidak terkejut. Selepas itu saya terus buat laporan polis.”Satu bilik saya digladah dan berjaya ambil wang tunai, barang kemas dan barangan hiasan serta 10 jam tangan berharga saya dan suami,” ujarnya.Dalam pada itu, aktres ini berkata, dia percaya bahawa kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri buatnya.Katanya lagi,  ini merupakan risiko yang perlu diambil jika mendapatkan khidmat pembantu rumah warga asing.