Bila cikgu mengajar sentiasa duduk di hadapan sekali sebab lambat Pick Up. Ini 4 kebiasaan sering dilakukan sejak kecil dan cara penyelesainnya.

Setiap orang memiliki kecenderungan atau hobi yang disukai pada masa lapang. Pun begitu, walaupun menyenangkan, ada jenis-jenis hobi yang boleh membuatkan otak menjadi tumpul. Namun, tidak semua kebiasaan itu bagus untuk otak. Ada sesetengahnya yang melemahkan daya pemikiran dan ingatan jika diamalkan terlalu kerap. Berikut adalah 4 jenis kebiasaan sering dilakukan sejak kcil yang tidak bagus untuk otak serta patut dikawal dari sekarang.

Pertama, disebabkan ketagih telefon pintar. Telefon pintar merupakan salah satu alat elektronik yang tidak boleh dipisahkan dengan kemajuan teknologi pada zaman ini. Namun di sebalik manfaat alat komunikasi yang memudahkan pekerjaan manusia ini, ramai yang mula ketagih terhadapnya. Pantang hilang dari pandangan, anda mula cemas dan bingung. Jika anda merasakan hal-hal seperti itu, ada kemungkinan otak semakin tumpul.

kedua, sering menonton televisyen. Televisyen dapat memberikan segala informasi dan hiburan yang anda perlukan. Tapi hobi ini jelas tidak baik kerana penelitian kesihatan mendapati ia boleh mengurangkan fungsi otak. Bayangkan pada saat anda menonton TV, anda akan duduk diam tanpa melakukan aktiviti berguna sehingga membuat anda menjadi malas.

Ketiga, sering berjaga malam. Hobi berjaga malam kerana menonton drama kesukaan, berbual dengan kawan ataupun bekerja boleh melemahkan fikiran. Kemampuan otak akan menurun kerana ia tidak beristirahat sepanjang hari. Sel-sel otak juga akan sukar berhubung dengan baik. Keempat, sering mengudap makanan ringan. Suka mengunyah snek makanan ringan selalu membuatkan kita gembira dan kenyang. Apa lagi jika makanan itu kesukaan anda seperti gula-gula atau coklat.

Kebiasaan ini nyata berbahaya. Bukan saja berat badan bertambah, malah makanan yang tinggi lemak dan gula membuatkan kadar lemak di dalam otak meningkat. Hasilnya fikiran mula menjadi melemah.

Namun, cara ini boleh mengatasi masalah yang dihadapi secara khususnya isu lambat pickup. Termasuklah berolahraga, amalkan pemakanan Mediterranean. Banyakkan buah-buahan dan sayuran, lemak baik seperti minyak zaitun, kurangkan garam dan daging merah. selain itu, mengembara atau belajar bahasa asing. Seterusnya tidur mengikut waktu serta kurangkan multitasking tapi beri konsentrasi pada pekerjaan yang sepatutnya. 

Sumber : NONA