Bila dah ada rumah mesti rasa nak menghias sehingga sedap mata memandang. Ini 5 tips menjadikan hiasan rumah menepati citarasa anda.

Siapa tak suka kalau hiasan dalaman rumah menarik dan mempesonakan, betul tak? Bila dah ada rumah, tak kiralah menyewa atau hartanah sendiri, mesti ada rasa nak menghias sehingga sedap mata memandang. Kalau tengok online pula, memang banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya. Tanpa berlengah masa, jom kita lihat beberapa hiasan dalaman rumah yang pastinya dapat membuatkan rumah anda bergaya dan tak nampak jemu lagi.

Pertama, konsep mewah bergaya. Tak kisah lah rumah jenis apa pun. Bila nak menghias rumah menjadi mewah, ia bukan saja bergantung pada perabot tapi warna, susunan dan karya seni yang digunakan. Selalunya, hiasan dalam rumah mewah pastinya ada unsur-unsur warna emas, sebab emas ni ramai yang mengaitkannya dengan lambang kekayaan. Untuk lampu pula, semestinya akan menggunakan lampu chandelier. Kalau dalam bilik tidur yang dihias mewah tu, memang saling tak tumpah macam hotel 5-bintang.

kedua, gaya moden dan kontemporari. Moden dan kontemporari ni cirinya hampir sama, yang mana ruang dihias dengan ringkas supaya nampak kemas dan menarik. Ramai yang dah gunakan gaya ni sebenarnya, sebab tak perlukan banyak barang dan sangat sesuai sebagai hiasan dalaman rumah teres. Antara tip-tip untuk untuk menghias rumah secara moden dan kontemporari ialah dengan memilih warna putih dan hitam sebagai warna asas, dan gunakan elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier untuk penampakan lebih dramatik. Pemilihan warna perabot mestilah bersesuaian dengan konsep moden yang direka ringkas dan berbentuk geometrik.

ketiga, hiasan ala nostalgik. Hiasan dalam rumah ala nostalgik ni sangatlah mudah sebab anda hanya perlu gunakan perabot atau barangan yang menggamit memori anda.Mungkin ada almari atau meja tertentu dari zaman kanan-kanak, masa belajar atau bila saja yang memberi kenangan pada anda. Bolehlah anda gunakan barang nostalgik tersebut sebagai deko rumah. Anda juga boleh gabungkan barangan lama dan baru untuk membuat hiasan ala kampung anda menjadi lebih menarik dan menawan.

Keempat, DIY atau reka menggunakan sendiri. Kaedah ni semestinya untuk mereka yang mahukan kelainan. Kalau anda jenis yang kreatif, berseni dan pandai bertukang, bolehlah DIY barang-barang untuk hiasan rumah cantik dengan tangan anda sendiri. Bayangkan kalau anda dapat membuat meja dan kerusi sendiri, langsir pun tak perlu upah orang. Gerenti perabot di rumah anda kebanyakannya lain dari yang lain sebab bila dah buat sendiri mesti tak sama dengan yang dijual di kedai kan.

kelima, zahirkan minat anda. Kalau anda minat memancing, boleh gunakan joran yang hebat sebagai hiasan atau gunakan gambar-gambar yang berkaitan dengan memancing sebagai hiasan dinding. Setiap orang pastinya ada benda yang mereka sangat suka. Jadi, jika anda mendapat peluang untuk menggunakan benda kegemaran tu sebagai hiasan, jangan sesekali lepaskannya.Tak kiralah benda yang diminati tu haiwan, kartun ataupun apa saja, cepat cari aksesori yang bersesuaian dan pilih ruang untuk anda hias. Anda tak perlu hias semua bilik menggunakan benda yang anda minat tu.

Sebelum mula anda meneroka ruangan tersebut, ikut cara simple ini dalam memberikan kelainan hiasan rumah anda. Bila dah berkenan dengan sesuatu barang atau perabot, cuba simpan duit supaya anda akan dapat juga membelinya satu hari nanti. Barulah anda akan rasa puas hati tengok hiasan dalaman rumah anda. Kalau tak tahu barang apa nak ganti atau buang, mulakan dengan barang-barang yang menggunakan ruang yang banyak. Jadi, anda taklah membazir ruang yang ada di rumah anda. Pintu yang kosong atau dah lama boleh dilekat dengan pelekat (sticker) pintu atau wallpaper yang sesuai,

Sumber: PropertyGuru