Bintang Spanar Jaya gagal bentuk keluarga hingga isterinya nekad minta pisah dengannya. Opie luah perasaan buat warganet seakan tak percaya

Pelakon dan pengarah Opie Zami sah berpisah talak satu dengan isteri, Zamzarina Mohamed di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur hari ini. Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami, 46, melafazkan lafaz pisah eterhadap Zamzarina, 43, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial. Selepas mendengar lafaz pisah itu, Ahmad Mahir memerintahkan Zamzarina untuk melalui proses tempoh edah selama tiga bulan. Zamzarina diwakili peguam syarie, Azmanira Ismail Zanudin, manakala Opie tidak diwakili peguam.

Opie ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia reda apabila rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu terlerai selepas segala usaha untuk menyelamatkan rumah tangga dilakukan. “Isteri saya tak salah, saya yang salah kerana gagal membentuk isteri saya menjadi isteri yang misali. “Isteri saya bagus, seorang ibu yang baik. Punca perpisahan terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” katanya yang memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung sejak 3 Ogos lalu. Sementara itu, Zamzarina mengakui kemelut rumah tangganya sudah berlarutan sejak 2010. “Ini bukan pertama kali pergi ke mahkamah berhubung masalah rumah tangga, dah tiga kali saya turun.

“Lepas ini saya akan uruskan hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah,” katanya. Terdahulu, Zamzarina selaku plaintif memfailkan permohonan pisah pada 16 Mac lalu. Permohonan pisah itu dibuat mengikut seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Shah Saidi, 15, Aliff Shah Syedi, 13 dan Arrif Shah Saidi, 8.

‘Saya pelakon sayalah pengarah’ – Opie Zami

Pelakon dan pengarah Opie Zami mengakui bekerja keras untuk filem terbarunya, Kron yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok. Opie ketika ditemui berkata, berikutan kekangan kewangan dia terpaksa melakonkan watak Ketoi dalam karya arahannya itu. “Beban saya bukan sahaja sebagai pengarah tetapi juga pelakon. Namun, saya terpaksa berjimat cermat kerana wang yang ada saya gunakan untuk set dan sebagainya.

“Kalau panggil pelakon lain untuk berlakon, mungkin kosnya akan mencecah belasan ribu ringgit,” katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, bebanan itu bukanlah satu hal yang besar kerana keinginan dan rasa cintanya terhadap seni begitu mendalam. “Saya dilahirkan dalam industri. Ayah saya pun bekerja dalam industri. Merangkak macam mana sekali pun, saya terpaksa bekerja dalam bidang ini kerana tiada kepakaran untuk kerja lain. Jadi, di samping mengarah, apabila perlu saya akan berlakon,” katanya.

Filem Kron menggunakan banyak teknologi Imej Janaan Komputer (CGI) dan kos untuk itu sahaja mencecah RM200,000. “Bajet yang saya ada tidaklah sebenar filem Hollywood. Jadi, harap penonton Malaysia faham situasi kami sebagai pembikin filem tempatan. “Namun, kami sudah berikan yang terbaik untuk filem ini dan selepas tiga tahun ia akhirnya bakal menemui penonton,” katanya. Selain Opie, filem Kron turut dibintangi Dayana Roza, Zahiril Adzim dan Aman Graseka.

‘Biar rugi asalkan tak tanggung malu’

Tiga tahun terperap, pengarah dan pelakon, Opie Zami, 45, pernah terfikir filem kedua arahannya, Kron berkemungkinan tidak ditayangkan apabila berdepan pelbagai masalah ketika proses pembikinan. Opie berkata, masalah dihadapi, terutama membabitkan aspek teknikal berkaitan imej janaan komputer (CGI) hampir membuatkan dia berputus asa dan serik menghasilkan filem fiksyen

“Selepas menonton hasil akhir filem ini, saya tidak berpuas hati dengan kualiti CGI yang dihasilkan, jadi saya perlu mencari alternatif untuk memastikan ia memenuhi standard yang saya harapkan. “Saya pernah memberitahu rakan kongsi, jika itu hasilnya, lebih baik filem ini tak ditayangkan. Saya sanggup tanggung rugi daripada malu. “Saya diuji pelbagai dugaan, malah sangat tertekan untuk menyiapkan filem ini. Namun, saya dipertemukan dengan insan yang berhati mulia dan sudi membantu iaitu Lil Studio.

“Mereka sedia memperbetulkan kelemahan dan kekurangan, terutama pada aspek CGI. Saya hargai jasa mereka yang ada bersama ketika berdepan kekangan bajet,” katanya. Opie atau nama sebenarnya Mohd Soupi Azmi mengakui, untuk berjimat, dia sanggup melakukan dua kerja serentak iaitu mengarah dan berlakon dengan membawakan watak Kitoi. “Memang ia memberikan tekanan besar, tetapi saya kena berjimat. Jika menggunakan khidmat pelakon lain, saya mungkin perlu mengeluarkan belasan ribu ringgit untuk membayarnya.

“Nilai itu besar untuk penerbit kecil seperti saya. Saya perlu memikirkan sesuatu dalam banyak perkara, tetapi semua itu untuk kepentingan produksi ini,” katanya. Filem terbitan Opyglobal Pictures yang dibintangi Zahiril Adzim, Dayana Roza, Aman Graseka, Ellie Suriaty dan Mamak Puteh itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 22 Ogos ini. Kron menjalani penggambaran selama 28 hari Baling, Kedah dan Kuala Langat, Selangor pada akhir 2016. Opie yang pernah mengarahkan filem komedi seram, Kecoh! Hantu Raya Tok Chai juga muncul dengan filem Warkah yang ditayangkan bermula 15 Ogos lalu.