Boleh dikatakan hampir setiap rumah pasti mempunyai uncang teh. Ini tips tanam cili yang cantik hanya guna uncang teh dan hasilnya menakjubkan!

Boleh dikatakan hampir setiap rumah pasti mempunyai uncang teh untuk diminum sama ada waktu pagi atau petang. Tapi tahukah anda ada rahsia yang sangat bermanfaat daripada uncang teh itu? Kebiasaannya selepas habis minum minum teh pasti kita akan buang uncang teh tersebut namun tunggu dulu jangan buang. Ini kerana berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook banyak kegunaan ya terutama kepada mereka yang suka bercucuk tanam. Uncang teh terpakai ini digunakan untuk menanam benih cili dan hasilnya benih cili cepat tumbuh dan cantik.

Pertama, tanam benih cili menggunakan teh uncang yang digunakan untuk dapatkan cili yang cantik. Selain itu benih juga cepat tumbuh. Daun teh boleh jadi medium dan baja pada anak benih cili. Caranya bubuh sedikit air dalam uncang teh yang dibuka supaya lembap sedikit. Ini kerana serbuk teh cepat kering kalau panas, lagi pun memudahkan benih bercambah.

Jika sudah ditanam boleh guna air basuhan beras untuk siram pokok cili. Lagi subur dan cepat berbunga. Saya juga gunakan baja kopi, dari sisa kopi asli iaitu kopi kasar dan campuran baja yg berbau kopi (beli di Eco Shop). Ini hasilnya semua cili api yang tumbuh segar dan gemuk- gemuk.

sumber : Armanshah Mohamad Tahir.