Budak umur 9 tahun membanggakan nama Malaysia di pertandingan angkasawan Anjuran NASA dengan mencipta tandas dengan cara inisiatif baru.

Kecil bukan sebarang kecil, ini kecil cili-cili padi. Hah, kalau korang nak tahu, baru-baru ini seorang pencipta cilik Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara setelah berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan mencipta tandas untuk angkasawan kategori junior anjuran NASA.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak genius itu yang dikenali sebagai Zyson Kang Zy Shun yang baru sahaja berusia 9 tahun telah berjaya mengalahkan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia!

Kalahkan 897 peserta lain

Berjaya ‘menawan’ hati para juri dari pihak NASA, pelajar dari SJK (C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Klang ini telah menghasilkan rekaan tandasnya iaitu “Spacesuit Lunar Toilet” yang lebih menonjol berbanding 897 peserta dari negara lain sekaligus memenangi pertandingan antarabangsa itu. Hasil ciptaan kanak-kanak itu memperlihatkan rekaan tandasnya tanpa memerlukan penggunaan bateri atau tenaga elektrik sebaliknya hanya menggunakan tenaga kinetik yang direka bagi memudahkan ia untuk ‘dilekatkan’ terus ke dalam baju angkawasan.

Mesin itu dikatakan dapat berfungsi dengan menggunakan konsep tenaga kinetik mekanikal secara manual untuk menghasilkan tenaga vakum yang boleh menyedut segala ‘bahan buangan’ untuk dilupuskan secara selamat.

Apabila kaki digerakkan, air kencing akan mengalir masuk ke dalam bekas yang dipasang di dalam kasut angkasawan

Idea ini dianggap lebih praktikal dan selamat gara-gara tekanan graviti di angkasa menyukarkan angkasawan untuk membuang air kecil atau besar.

Tambah Zyson, rekaannya ini tidak memerlukan sebarang komponen elektrik. Justeru, ia dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah penggunaannya ketika berada di ruang angkasa.

Hadapi banyak kegagalan sebelum berjaya

Menurut pelatihnya yang banyak memberi tunjuk ajar, Chong Soo Sheong dari I-Discovery World Science Centre Kuala Lumpur, pencapaian kanak-kanak genius ini bukanlah berlaku semalaman,

Tetapi terjadinya banyak kegagalan dan proses try and error dalam masa berbulan-bulan ini. Terdapat banyak juga proses pembelajaran yang terlibat untuk menghasilkan tandas yang sesuai untuk angkasawan ini.

Namun, berkat kegigihannya yang tidak berputus asa dalam menghasilkan satu rekaan yang kompeten untuk dipersembahkan di pentas antarabangsa, Akhirnya kanak-kanak ini berjaya menghasilkan satu rekaan yang berjaya ‘menawan’ hati para juri.

Sebelum ini NASA telah menganjurkan satu pertandingan antarabangsa yang dikenali sebagai Lunar Loo Challenge untuk mencari reka bentuk tandas terbaru yang boleh berfungsi dalam kedua-dua graviti mikro dan graviti bulan sempena misi untuk ke bulan yang seterusnya pada tahun 2024.

Syabas kerana kecik-kecik lagi dah harumkan nama negara.