Bukan calang calang mak mertua Mira Filzah. Berikut 7 fakta menarik tentang ibu mertua Mira yang mungkin ramai tak tahu

Akhirnya pelakon kesayangan rakyat Malaysia, Mira Filzah dan ahli perniagaan, Wan Emir Astar sudah menamatkan zaman bujang. Menurut Harian Metro, mereka bakal diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.Untuk info, Wan Emir Astar, adalah anak Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas). Ibu mertua Mira Filzah ini boleh dianggap sebagai ‘Iron Lady’ Malaysia kerana sumbangannya dalam dunia pol1tik di Malaysia.Berikut 7 fakta tentang Mastura yang dirangkumkan oleh Murai MY dari beberapa sumber.

Ibu Tunggal.Mastura merupakan seorang balu kepada Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Bukan mudah dia dan empat anaknya untuk menerima kehilangan seorang insan tercinta. Suami beliau telah hembuskan nafas terakhir pada 5 Mei 2016 akibat kejadian yang tidak diingini helikopter di Sarawak.Bekas Peguam.Mastura merupakan seorang graduan undang-undang universiti terkemuka perundangan, Lincoln’s Inn di United Kingdom dan pernah bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ahli Pol1tik. Ibu kepada empat anak itu juga bergiat dalam dunia pol1tik dan menjadi Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarga serta suaminya. Ibu Mertua Shalma Ainaa. Mastura juga merupakan Ibu Mentua kepada selebriti dan hos popular, Shalma Ainaa. Pengacara rancangan H!Live dan Motif Vral ini berkahwin dengan anak kedua Mastura, Wan Immar Izzat pada 17 September 2016.

Sarjana Muda Psikologi. Selain menjadi graduan undang-undang, Mastura memiliki Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Terbuka Malaysia. Anak Saudara Tokoh Akademik. Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia yang pertama, YBhg Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Indera Dr. Haji Mohd Rashdan Baba  merupakan bapa saudara Mastura. Rashdan dilihat sebagai ikon, tokoh pendidik dan ahli korporat yang berjaya. Antara hasilnya seperti tersergam Menara Pucuk Rebung Telekom Malaysia dan Menara Telekom Alor Setar. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Mac 2020.

Timbalan Menteri.Sepanjang suaminya menjadi wakil rakyat pnggal pertama sejak memenangi pilihanraya umum 2013, Mastura banyak memainkan peranan membantu mengurus gerak kerja di kawasan parlimen Kuala Kangsar. Kini Mastura dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas sejak 2020.-ctto