Bukan mudah kerjaya seorang anak seni terpaksa menghentikan penggambaran dan berteduh di bawah khemah kecil. Adibah Noor meluahkan cabaran yang perlu mereka tempuhi kepada orang ramai.

Gara-gara hujan lebat, sesi penggambaran terpaksa dihentikan dan kesemua pelakon serta krew produksi harus berteduh di bawah khemah kecil. Itulah antara realiti yang harus dilalui sebagai seorang anak seni seperti yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon, Adibah Noor. Menurut Adibah, meski kerjaya sebagai seorang anak seni kadang-kala dipandang sepi, masih ada diantara mereka yang masih bertahan dan ingin terus berkarya.

“Tiada pihak yang menganggap kami ni ‘perkhidmatan perlu’ (essential service), sedangkan sedar atau tidak terima atau tidak, angkat phone, buka tv atau radio memang cari benda untuk hiburkan hati. “Tak mengapa. Kami tetap di sini berkarya di hadapan atau belakang lensa walau sering dipandang sepi. “Syukur alhamdulillah,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter miliknya. Menerusi video berkenaan, Adibah bersama krew produksi dilihat terpaksa berteduh di bawah sebuah khemah sementara menunggu hujan lebat reda. Meninjau pula di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar urusan pihak produksi dipermudahkan.

Sumber: Twitter Adibah Noor, Media Hiburan.

“Tak Kelakar & Memalukan” – Adibah Noor Mohon Stesen Radio Hentikan Panggilan Prank

Penyanyi dan pengacara Adibah Noor mahu stesen radio yang ada di Malaysia untuk menghentikan slot prank call (panggilan main-main). Menerusi laman sosial Twitter, Adibah menghantar satu kicauan untuk semua pengurus dan produser program radio.  “Kepada stesen-stesen radio, pengurus program, produser program, sampaikanlah berita-berita menggembirakan, mesej-mesej semarak kasih-sayang. Boleh jer kalau nak buat gitu,” tulis Adibah lagi.  Hasil tinjauan Gempak di ruangan balas, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Adibah. 

“Betul, beri input yang bermanfaat dan motivasi. Prank call dah ketinggalan saman. Tahun 2020 ni orang dah bosan,” komen seorang wargamaya. “Malaysia ni tak habis-habis dengan cerita prank. Baik radio dan TV. Hentikan la, dah tahun 2020 ni. Cari la idea lain,” gesa seorang wargamaya. “Kepada semua stesen radio yang masih guna segmen prank call, ketahuilah ia tak kelakar dan memalukan.

Zaman sekarang rakyat tertekan, overwork, tak ada masa nak layan prank bodh macam tu. Tukar la benda lain,” komen seorang wargamaya.  “Saya ingat Hitz FM punya prank call orang konon dia dapat kerja. Orang tu happy gila ucap terima kasih banyak-banyak sekali dia tahu benda tu prank call, dia down gila and letak phone. Budaya syaitan betul prank call ni sebab mengecewakan orang yang tak bersalah,” luah seorang wargamaya lagi. – GEMPAK