Bulu mata juga boleh tumbuh ke dalam mata. ketahui 12 punca mata berair dan cara untuk ubatinya tanpa perlu berjumpa dengan doktor.

Mata berair boleh disebabkan pelbagai perkara dan kebiasaannya ia tidak merbahaya. Mata kita biasanya mengeluarkan air mata ketika beremosi, ketawa, batuk, muntah atau pun ketika menguap. Air mata memiliki manfaat menjaga mata agar tetap lembap sekaligus membersihkan mata daripada zat asing dan debu. Ia juga sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh yang melindungi kita daripada jangkitan . Kelenjar di bawah kelopak mata yang menghasilkan air mata mengandungi garam dan air.

Ketika mata berkedip, air mata mengalir dan menjaga mata tetap lembap. Ia bertugas menghasilkan minyak yang mencegah air mata daripada mengering. Mata berair adalah masalah kesihatan yang biasanya dapat sembuh dengan sendiri. Bagaimanapun adakalanya mata berair perlu diubati, terutamanya jika ia menganggu penglihatan dan aktiviti harian.

Mata berair boleh dirawat tanpa berjumpa doktor.

Berikut situasi yang biasanya menjadi sebab mata berair: 1. Mata kering 2. Keadaan cuaca berdebu, berangin, sejuk, terlalu panas atau terkena asap. 3. Mata tegang atau letih. 4. Selesema atau elergi. 5. Keradangan kelopak mata 6. Gangguan pada kelopak mata seperti kalazion atau ektropion. 7. Bulu mata tumbuh ke dalam. 8. Mata merah atau jangkitan konjungtivitis. 9. Saluran air mata tersumbat. 10. Sakit mata kerana benda asing, bahan kimia, gas atau cecair. 11. Cedera seperti luka. 12. Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.

Ada pelbagai tabiat yang dilakukan menyebabkan mata berair dan merah. Bagi mempercepatkan mata untuk sembuh, ia boleh diatasi dengan; 1. Jangan membaca, menatap TV, komputer, skrin telefon dan sebagainya. 2. Titiskan ubat mata 3. Tekap mata dengan kain suam. 4. Sekiranya semua langkah itu tidak berhasil, sebaik-baiknya segera berjumpa doktor bagi mengelakkan masalah lain berlaku.

Sesetengah orang pasti sudah mengalami sakit perut yang memulas terlalu lama. Kini ada 5 tips untuk anda amalkan sebelum tidur.

Ada cara boleh dilakukan agar memudahkan proses membuang air besar pada waktu pagi. Ada sesetengah orang memang wajib membuang air besar pada waktu pagi. Jika tak dapat ‘membuang’ boleh menimbulkan rasa resah dan tak selesa. Sebenarnya ia bukan sesuatu yang tidak normal sekiranya anda tidak boleh membuang air besar pada waktu pagi. Secara umumnya, ada orang akan ke tandas tiga kali sehari dan paling sedikit, tiga kali dalam seminggu.

Setiap orang berbeza dan selagi mereka konsisten dengan pola yang sudah terbentuk, ia sebenarnya sudah cukup baik. Bagaimanapun, jika anda ingin menjadikan membuang air besar sebagai rutin setiap pagi, ada beberapa cara untuk melakukannya.

1. Minum air putih

Salah satu fungsi utama usus besar adalah membantu tubuh menyerap air. Jika anda ingin membuang air besar, adalah penting memastikan usus besar cukup air dan terhidrasi. Sebelum tidur, sebaik-baiknya minum segelas air putih dan ia akan membantu kelancaran proses membuang air besar pada waktu pagi.

2. Kekacang

Salah satu makanan yang kaya dengan serat adalah kekacang. Pengambilan 20-30 gram pada waktu malam dapat membantu melancarkan proses membuang air besar pada waktu pagi.

3. Jalan kaki selepas makan malam

Bagi merangsang rasa membuang air besar pada waktu pagi, sebaik-baiknya lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki selepas makan malam. Berjalan kaki di sekitar rumah selama 10 minit dapat meningkatkan gerakan usus dan membantu membuang air besar.

4. Sarapan awal

Sarapan awal dapat menstimulasi gerakan pada usus sehingga mendorong anda membuang air besar.

5. Kopi atau teh?

Ada menganggap kopi mampu merangsang rasa membuang air besar – jika ia berkesan maka teruskan. Teh juga bagi sesetengah orang pula dapat membantu mereka. Tiada apa yang betul atau salah dalam hal ini selagi ia tidak memberi masalah kepada anda.