Bunga Isme teruja apabila diberi kepercayaan dapat bekerjasama bersama Ali Gatie dalam satu lagu ini

Bunga Isme terharu apabila diberi kepercayaan nyanyikan lagu Welcome Back dalam versi bahasa Melayu.

Penyanyi rap, Bunga Isme teruja apabila dapat berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Ali Gatie dalam lagu berjudul Welcome Back versi bahasa Melayu.

Menurut Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini, 20, proses rakaman berjalan lancar kerana versi asal lagu ini yang dinyanyikan oleh Ali dan Alessia Cara merupakan salah satu lagu kegemarannya.

“Saya amat terharu apabila diberikan peluang untuk menyanyikan semula lagu Welcome Back dengan artis kesukaan saya, Ali Gatie. Penghasilan lagu ini boleh dikatakan mudah kerana ia merupakan antara lagu kesukaan saya.

“Oleh kerana itu saya dapat hasilkan lirik untuk bahagian verse dengan begitu mudah. Malah, proses rakaman berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Saya harap pendengar dan peminat menyukai lagu Welcome Back dalam versi ini. Terima kasih atas sokongan semua,” katanya.

Proses rakaman dipermudahkan dengan bantuan penyanyi dan komposer muda, Amzar Sabri.

Lagu asal Welcome Back dinyanyikan oleh Ali Gatie dan Alessia Cara telah dilancarkan pada September lalu.

Kemunculan Bunga dalam versi baharu ini merupakan projek kolaborasi Ali Gatie bersama wakil dari Malaysia.

Saya harap pendengar dan peminat menyukai lagu Welcome Back dalam versi ini. Terima kasih atas sokongan semua!

Lirik untuk versi baharu ini ditulis sendiri oleh Bunga bersama Amzar Sabri dan dihasilkan oleh Rozhan Razman dari Playspace.

Welcome Back paduan suara Ali Gatie dan Bunga boleh didengari di laman YouTube Warner Music Malaysia sejak Jumaat lalu.

Bunga teruja dapat nyanyikan lagu Welcome Back dalam versi bahasa Melayu.

Sementara itu, rata-rata penonton memuji usahasama ini dan kagum dengan bakat nyanyian Bunga.

“Suara Bunga sangat sempurna dan sesuai dengan nyanyian lagu ini. Inilah versi Welcome Back yang terbaik saya dengar.

“Lagu ni asalnya nyanyian Ali Gatie dengan Alessia Cara… tapi saya suka versi bahasa Melayu yang dinyanyikan oleh Bunga ini. Ingatkan Bunga rap dalam lagu ni… bangga Bunga juga boleh menyanyi dengan baik. Saya suka versi bahasa Melayu ini!,” komen warganet.