Caprice lantang bersuara isu bagi makan anjing salah tapi pegang teman wanita tak salah pula buat warganet tak keruan dengan kenyataan terbabit. Dia nekad katakan sesuatu ini pada orang ramai

Rapper dan usahawan, Caprice menegur sikap segelintir pihak yang memberi kritikan negatif terhadap sebuah video tular menunjukkan seorang remaja lelaki memakai sarung tangan untuk memberi makanan kepada seekor anjing baru-baru ini. Menurut Caprice, dia menyukai video itu kerana memaparkan nilai murni dan kasih sayang terhadap haiwan. Pada masa yang sama, Caprice juga menekankan remaja tersebut memakai sarung tangan sebagai pelapik untuk menyentuh haiwan berkenaan. “Seorang budak beri makanan kepada anjing, saya suka kisah tentang haiwan sebegini, indah sekali, tatapi ada saja pihak yang akan komen perkara itu haram.

“Kita kena lihat pada situasi, budak itu pakai sarung tangan dan sentuh anjing sebab nak beri makan,” katanya menerusi sebuah video di Instagram. Sementara itu, Caprice sempat berkata sinis kepada segelintir lelaki yang belum berkahwin, namun bebas menyentuh teman wanita masing-masing. “Yang korang sentuh awek korang, confirm awek korang boleh makan sendiri, kahwin dulu baru main suap-suap, haram tetap haram bro. “Dalam bab ini pula, dalam agama kita pernah ada kes dimana seorang wanita atau wanita murahan nampak anjing yang haus, bagi air dan akhirnya dosa-dosa dia diampunkan.

“Apapun, ia berbalik pada niat, budak ni pakai sarung tangan sebab nampak anjing lapar, saya percaya itu satu perkara yang baik, cuma kalau nampak buaya, jangan bagi makanan, sebab kalau bagi sikit confirm dia nak lagi,” katanya lagi. Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Caprice turut bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ramai juga warganet yang berpendapat masyarakat zaman kini harus berfikiran lebih terbuka dan tidak cenderung pada perkara negatif sahaja.

Dalam perkembangan lain, Caprice kini terlibat sebagai Presiden Warganet bersama Neelofa dan Michael Ang dalam Big Stage 2020. Big Stage 2020 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ditayangkan pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124). Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!-Gempak

Saya memang boleh cakap Melayu – Caprice

Menyahut cabaran peminat, penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, memuat naik video dirinya bertutur menggunakan bahasa Melayu ke laman sosial Instagramnya, baru-baru ini. Perlakuan artis berusia 31 tahun itu tentu saja mendapat perhatian pelbagai pihak berikutan dirinya sering menggunakan bahasa Inggeris dalam log video beliau sebelum ini. “Semuanya bermula daripada seseorang saya menegur peminat yang sering merungut mengenai ketiadaan kerja walaupun mereka mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

“Saya mencabar mereka untuk mencipta peluang sendiri daripada terus menunggu tawaran pekerjaan. “Mungkin disebabkan hal itu, mereka pula kemudian mencabar saya untuk keluar dari zon selesa dengan bercakap sepenuhnya dalam bahasa Melayu,” kata Caprice yang turut dikenali sebagai penceramah motivasi. Menurut pengasas aplikasi Mengaji.Com ini lagi, walaupun lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris, cabaran diberikan kepadanya bukanlah sesuatu yang sukar memandangkan beliau memang boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Saya faham situasi mereka yang masih tidak bekerjaya. Selain terus menunggu tawaran pekerjaan, saya cadangkan mereka untuk meneroka pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan mahupun pihak lain. “Contoh terbaik saya nampak adalah melalui program ‘YouCanDuit’ di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Mereka membuka peluang untuk sesiapa saja mencipta sumber pendapatan sendiri,” katanya. Selain menerima lebih 2,000 komen dan 300,000 ‘like’ daripada warganet di laman sosial Instagram untuk perkongsian terbabit, ia juga diparodikan oleh beberapa selebriti tempatan seperti Syuk SYJ, Azrul Cham, Bell Ngasri dan Zulin Aziz di laman sosial masing-masing.-Berita Harian