Cara didikan Noh mengubah Mizz Nina membuat ramai warganet tersentuh dan disebabkan salah satu hal ini membuatkan Mizz Nina terasa seperti ditampar oleh takdir

Itulah orang kata, jangan terlalu menilai seseorang itu berdasarkan dari masa silamnya dan luaran mereka, kerana setiap insan boleh berubah kearah kebaikan. Kadang-kadang jauh lebih baik daripada kita.

Misalnya Mizz Nina, ketika dia kongsikan penghijrahannya kepada Neelofa dalam satu program, kisah penyanyi yang terkenal dengan lagu What You Waiting For ini diolah semula oleh seorang warganet yang menyentuh hati ramai warganet.

Katanya, penghijrahannya terdetik sejak dia mengenali Noh Hujan. Noh Hujan juga dikenali sebagai seorang insan yang kita tengok akan  all out diatas pentas ini adalah seseorang yang sangat menjaga solat 5 waktunya.

Semasa mereka bercinta, setiap kali keluar Noh akan berhenti untuk solat.

Nina macam terkejut bila Noh tanya,
“Awak tak solat ke? Jomla solat”
“Saya tak bawa telekung.”
“Eh takpe, pakaila telekung surau”

Mungkin disini ada yang tahu bagaimana penampilan Mizz Nina sebelum ini. Malah, ketika mereka sudah berkahwin Noh ada tanya kepada Mizz Nina mengenai hal aurat (tudung).

“Noh ada tanya pasal tudung. Noh kata, dia tanya sebab tanggungjawab dia sebagai suami, awak nak pakai atau tak,itu terpulang.” katanya.

Pada waktu itu, Mizz Nina tersentak dan hanya jawab bahawa dirinya masih belum bersedia. Namun, semenjak ketiadaan abangnya Mizz Nina menceritakan bahawa dirinya rasa ‘ditampar oleh takdir’.

Pada waktu itulah dia merasakan pemergian itu ada satu perkara yang nyata.

“Bagus, kan Noh. Untung Nina dapat Noh. Dan Noh pula tak judge. Anis percaya mesti Noh selalu doakan Nina. Sekarang, Miss Nina dah jadi addicted dengan kelas² agama dan AlQuran.”

Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 4,000 perkongsian di Facebook dan ramai yang tersentuh apabila terbaca kisah mereka ini.

Malah ada yang memuji tindakan Noh yang begitu ‘santai’ dalam membimbing Mizz Nina.