Cik B kini tidak pemalu seperti dulu lagi. Peminat tidak sabar menunggu sesuatu ini daripada dirinya.

Anak kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B sebelum ini telah popular di media sosial kerana tingkah laku yang kelakar dan spontan. Remaja berusia 15 tahun itu semakin mendapat perhatian ramai setelah berlakon dalam drama ‘Lingkungan Cinta’ kerana watak yang dibawa itu kelihatan sisi berbeza terutama terhadap penampilan dirinya.

Kini berjinak dalam bidang nyanyian

Terbaru menerusi posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Cik B mengumumkan bakal mengeluarkan satu single lagu yang berjudul Tolonglah malam ini di saluran . Penampilan dia dalam video muzik tersebut kelihatan ‘wow’, apatah lagi ditambah dengan solekan pada wajahnya selain susunan lagu yang agak ‘catchy’ untuk didengar.

Gempak Cik B

‘Teaser’ video muzik itu mendapat 58,503 tontonan dan ratusan komen warganet dimana rata- rata tidak sabar untuk mendengar lagu penuh serta mengucapkan tahniah kepada Cik B atas penghasilan lagu tersebut.

‘Intro’ pun dah best

Makin gempak Cik B!

Sumber: Cik B

“Saya tak perlu lelaki dalam hidup, jadi relaks!” – Kisah cinta Cik B hanya gurauan, sedar diri masih bawah umur

Cik B minta warganet bertenang, dia dan Aniq hanya bergurau. Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kecewa apabila menerima pelbagai kritikan daripada warganet selepas dikatakan bercinta dengan pelakon baharu, Aniq Suhair. Gara-gara gosip cinta itu, Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin, berkata dia sering diingatkan oleh warganet mengenai usianya yang masih muda untuk mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki. Dalam masa sama, gadis berusia 15 tahun ini turut berasa hairan apabila nama ibunya turut dikaitkan dalam ‘kisah percintaan’ mereka itu.

“Ya, Cik B 15 tahun, bawah umur… lepas tu korang kritik Cik B macam korang tak sedar Cik B umur 15 tahun boleh pula? Fikir balik. Orang kata Cik B bukan siapa-siapa kalau Cik B bukan anak Datuk Seri Vida… betullah tu! Kalau Cik B bukan anak Datuk Seri Vida, mana ada Cik B dalam dunia,” katanya.

Cik B tulis luahan di Twitter.

Cik B berkongsi luahan hatinya itu di laman Twitter pada Khamis. Sebelum ini, timbul gosip kononnya Cik B sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas finalis program Hero Remaja 2020 itu. Ini selepas Cik B memuat naik status memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa keping gambar dan video bersama Aniq. Gosip itu mengundang rasa kurang senang segelintir warganet kerana perbezaan umur antara mereka.

Saya tidak perlukan lelaki dalam hidup, jadi relaks!

Sementara itu, Cik B berkata dia tidak marah atau terasa hati dengan komen yang ditulis warganet berkenaan. “Cik B tak marah atau terasa cuma Cik B faham. Cik B okay guys! Saya dah biasa. Saya fikir ini hanyalah gurauan. Maaf sebab Cik B banyak tweet fasal haters sebab Cik B tengah marah, anak buah kencing atas katil! Kalau tak mana Cik B layan. Saya tidak perlukan lelaki dalam hidup, jadi relaks,” ujarnya.

Dua pelakon baharu ini mula rapat selepas bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Aniq, 20, mengakui mereka berkawan rapat sejak bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bersiaran di TV3. Bagaimanapun, dia meminta peminat tidak mengambil serius mengenai perkongsian mereka di laman sosial dan menganggap ia hanyalah gurauan sesama teman. “Saya harap orang luar tidak melihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini. Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan,” katanya.