Dah banyak cara kita buat supaya bateri iPhone tak rosak. Ini 9 tips mudah dan berkesan.

Mesti dah tak sabar nak tahu macam mana cara kita menjaga bateri iPhone agar tahan lebih lama ? Banyak sangat cara yang perlu kita buat supaya bateri iPhone kita tak rosak dan tahan lama. Pernah ada pengalaman sampai bateri skrin telefon terkeluar sebab tak pandai lagi nak jaga bateri. Selain itu, ada bateri tu sampai jadi kembung dan menolak keluar terus skrin Bateri yang mudah rosak terlalu biasa berlaku bagi pengguna telefon bimbit. Tapi, mengapa ianya berlaku?

Pengecasan pertama bateri selama 8 jam adalah konsep yang tidak benar buat masa kini. Yang itu adalah diperlukan untuk handphone model lama yang menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd. Untuk bateri jenis Lithium (kebanyakan handphone sekarang guna bateri jenis ini), tempoh pengecasan pertama selama 3 jam sudah mencukupi. Paling lama pun 4 jam. Dan sepatutnya, jika pertama kali menggunakan handphone baru, kena guna sehingga habis bateri, kemudian barulah cas selama 3-4 jam.


Kedua, jangan cas telefon semalaman. Kalau nak jaga bateri iPhone jangan sesekali cas iPHore semalaman. Ini boleh menyebabkan bateri telefon menjadi overheat dan kepanasan. Ia juga akan mengakibatkan bateri menjadi kembung. Tapi, benda ni lah yang selalu kita buat .Sila cuba elakkan. Ketiga, Cas IPhone sehingga penuh. Boleh cuba untuk caj telefon pintar iPhone secara penuh iaitu dari (0% – 100%), sekurang-kurangnya, 1 kali setiap bulan. Serta relakan menggunakan powerbank. Jangan gunakan ‘powerbank’ terlalu kerap tapi hanya digunakan ketika kecemasan.

Keempat, mula mengecas ketika bateri tidak bawah 20% perlu cas iPhone ketika peratusan bateri tidak kurang dari 20% – 90%. Jangan nak tunggu sehingga telefon dah habis bateri, baru nak caj. Pengecasan penuh (0%-100%) hanya digalakkan Sebulan sekali.


Kelima, jangan sesekali terlebih tempoh had caj bateri. Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering kita praktikkan. Terkadang kita malas atau terlupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh. Paling dasyat, kita biasanya paling suka cas telefon ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasa dalam 2-4 jam sahaja. Bila kita membiarkannya semalam dalam keadaan cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2-3 jam dan ini bukanlah dikira baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepatkan kematian umur bateri.

Keenam, jangan letak telefon di tempat yang panas. Suhu udara yang panas adalah musuh utaman setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuklah bateri. Tertinggal di dalam kereta dalam cuaca panas terik, maknanya korang kena bersedia untuk beli bateri phone baru.

Ketujuh, menggunakan charger original. Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri iPhone kita. Charger orang lain, atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.

Kelapan, relakan cas iPhone dalam kereta. Ketika cas phone dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta sangatlah tidak stabil, terutamanya ketika kenderaan sedang bergerak dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka, apabila korang selalu caj telefon dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.

Kesembilan, jangan biasakan menelefon sambil Caj. Ini juga termasuk kebiasaan buruk yang berlaku kepada beberapa pengguna iPhone. Selain tidak baik untuk kesihatan, (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), telefon sambil mengcas juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak sedar, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.

Jadi, itu lah antara cara dan tips untuk menjaga bateri iPhone kita supaya tidak rosak. Rosaknya bateri pula akan menyebabkan peratusan bateri cepat menurun dan bersedialah untuk beli bateri iPhone baru (ORI).

Sumber: Lyssa Faizureen