Dah cuba pelbagai cara elak bil elektrik tiap bulan melambung. Alat-alat ini cara jimat dan perlu ada dalam setiap rumah.

Banyak betul dugaan zaman sekarang ni kan. Kita harus berhadapan dengan pandemik global, banyak bisnes terpaksa tutup kedai sebab banyak aktiviti perniagaan terhenti. Oleh sebab tu jugak, ramai antara kita yang diberhentikan kerja ataupun kena potong gaji, bukan tu je yang buat kita tension. Baru-baru ni, kecoh kat media sosial pasal bil melambung sejenis tak masuk akal. Ramai yang keliru dan tak puas hati. Ni untuk bantu meringankan beban kewangan rakyat. Tapi, kita perlu monitor penggunaan elektrik. Jom tengok cara-cara nak kurangkan penggunaan elektrik bulanan.

Cara pertama adalah guna perkakas elektrik dengan betul. Kalau nak kurang pembaziran penggunaan elektrik, Kita kena mula memakai perkakas elektrik dengan betul seperti yang dinyatakan kat dalam manual. selain itu, cari peralatan elektrik dengan label 5 bintang. Mungkin harga barang ni mahal sikit dari biasa yang akan buat kita fikir dua kali untuk beli ke tak. Tapi, kena tahu yang perkakas dengan label ni boleh tolong jimat duit dalam jangka masa panjang. Label 5 bintang bermaksud yang paling efisien. Dengan ni, korang dapat kira berapa banyak elektrik yang peralatan ni gunakan. 

Seterusnya, jangan lupa cabut. Sebilangan besar daripada kita mungkin tak sedar yang cabut plug boleh jimatkan kos elektrik sebenarnya. Walaupun dah suis dah ditutup, peralatan elektrik yang telah digunakan ni masih keluarkan elektrik jika plug tak dicabut. Jadi, perkara ni bukan mitos dan memang terbukti boleh jimatkan penggunaan elektrik. Cuba tengok contoh di bawah. Warganet ini kongsikan cara boleh jimat duit dengan mengamalkan cara ni. 
 

Inilah perkakas yang korang hidupkan selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan sepanjang tahun! Oleh itu menurut TNB, kalau nak peti sejuk korang berfungsi dengan cekap dan menggunakan tenaga yang sikit, pastikan ruang di antara dinding dan peti sejuk berjarak 10cm dan jauh dari kawasan yang panas macam dekat kawasan dapur gas.Selain tu, jangan sumbat makanan ke dalam peti sejuk sampai tiada ruang langsung. Ni boleh sebabkan motor peti sejuk berkerja dengan lebih kuat  dan  sekaligus hauskan motor tu. Dan, dalam proses semua ini, peti sejuk korang akan guna lebih banyak elektrik daripada biasa.

Tambahan pulah, selain menjaga kebersihan filter udara, kita kena tetapkan suhu korang antara 23° C hingga 25° C untuk pastikan penggunaan tenaga elektrik yang optimum. Benda ni mungkin nampak macam remeh tapi perlu dipertimbangkan sebab ia boleh buat perubahan pada kos elektrik.

.