Dah khatam Al Quran tapi masih berpakaian kurang sopan. Respon warganet buat Nora Danish fasal gambar yang satu ini

Sedang meluangkan masa bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi, pelakon Nora Danish dilihat tidak lokek berkongsikan beberapa gambar cantik percutian di akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian warganet bukanlah lokasi percutian tersebut sebaliknya baju gaun hitam yang digayakan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu.

Meskipun ramai yang memuji kecantikan Nora yang persis anak dara, namun ada yang kurang senang dengan pakaian yang digayakan olehnya yang menampakkan sedikit bahagian perutnya. Malah, ada segelintir warganet tampil memberikan komen menegur pelakon tersebut dengan mengatakan pakaian itu tidak manis dipandang orang serta memberi nasihat agar berpakaian lebih sopan. Tidak kurang juga ada yang mengaitkan imej itu seolah tidak sesuai kerana sebelum ini Nora berjaya khatam Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa pun tidak dinafikan, meskipun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, namun kecantikan semula jadi Nora tidak dapat disangkal apatah lagi memiliki wajah ‘baby face’.

This image has an empty alt attribute; its file name is 638d87bde4140e63ddacdc82d500f978-300x225.jpg

“Takkan nak flat macam wallet kamu…” – Nedim tegur warganet komen negatif pada foto Nora Danish

Suamikepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri membalas komen berbaur negatif seorang warganet pada foto yang dimuat naik isterinya di laman sosial. Menerusi posting itu, Nora mempromosikan skirt yang dipakainya bersama padanan baju T berwarna putih kelihatan agak menjolok mata.

Foto berkenaan undang kritikan daripada warganet yang menganggap pemakaian itu tidak sesuai dikongsikan di media sosial. ,” Salah satu komen berbaur negatif yang ditinggalkan segelintir individu pada posting tersebut. Nora bersama suami dan dua anak lelakinya. Namun begitu, perlakuan individu berkenaan menegur pemakaian Nora telah menimbulkan rasa kurang senang Nedim.

This image has an empty alt attribute; its file name is tumblr_pt16e96hUl1vntd4d_1280-240x300.jpg

“Semestinya! Takkanlah nak flat macam wallet kamu. Apa-apa pun, hati-hati kemungkinan data kamu akan habis, kamu mungkin tidak cukup data sehingga hujung bulan,” balas Nedim menerusi komen tersebut. Sementara itu, ada segelintir warganet yang meminta ahli perniagaan itu agar tidak melayan komen warganet yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan remaja.

Nedim berkata, dia sengaja membalas komen tersebut kerana berasa bosan. Komen negatif yang ditinggalkan warganet pada posting tersebut. Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Namun mereka berpisah pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. Nedim juga seorang duda anak satu selepas berpisah pada tahun 2013 dan mendapat anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre.

Nora menangis khatam al-Quran

Kejayaan khatam al-Quran pada 10 malam terakhir Ramadan adalah satu pencapaian luar biasa buat pelakon jelita, Nora Danish, 38. Sebelum ini, pelakon yang melonjak populariti menerusi sitkom Puteri pada 2005 itu menangis minta pertolongan Allah SWT supaya memberikan jalan mudah mengaji hingga berjaya menghabiskan bacaan al-Quran. Nora berkata, aturan Allah sangat cantik apabila berjaya menghabiskan bacaan pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Allah Maha Mendengar tanpa mengira siapa dan bagaimana seseorang. Saya tidak mendengar kata dan suka ponteng mengaji pada masa kecil. Biasalah, perangai kanak-kanak. “Sebab itu, saya menangis dan sebak pada saat berjaya khatam al-Quran. Saya anggap ini kejayaan luar biasa buat saya yang yang masih naif ini. Saya juga tak sangka berjaya khatam al-Quran dalam pada Ramadan. Sukar saya nak gambarkan perasaan ketika itu.

“Saya percaya sekiranya kita terus merayu kepada Allah, pasti dikabulkan niat yang baik,” katanya kepada BH Online. Di sebalik tangisan kegembiraan, pelakon drama Mak Cun lebih sayu dan sebak. “Allah bukan sahaja memberikan saya kesempatan terindah dapat khatam al-Quran pada Ramadan ini. Apa yang membuatkan saya lebih tersentuh mengenai al-Quran digital yang digunakan.

“Tanpa diduga saya menerima mesej langsung di Instagram (IG) daripada Pengarah Operasi My Qalam Sdn Bhd, Siti Munirah Shahrudin yang mengucapkan terima kasih atas sudi menggunakan al-Quran digital dan memberi motivasi kepada orang ramai untuk mempelajarinya,” katanya. Nora berkata, terlalu banyak permintaan mahukan al-Quran digital yang sama seperti yang digunakan.

“Ramai pelanggan ke kedai cakap mahu al-Quran seperti ‘Nora Danish’ punya. Tanpa disedari, dalam ketidak sempurnaan bacaan yang dikongsi menerusi IG Story membuat lebih ramai yang mahu membaca al-Quran. Alhamdulillah,” katanya. Katanya, dia sentiasa percaya contoh yang baik akan menjadi dakwah dalam diam, selain mampu memberi inspirasi dan galakan.

“Apabila melihat kesungguhan teman seperjuangan, Siti Elizad Sharifuddin berjaya khatam al-Quran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa menyuntik semangat saya melakukan perkara yang sama. “Dalam hidup banyak contoh atau teladan baik yang boleh menyuntik semangat, apatah lagi pada fasa diuji ketika ini. Nak diikutkan, ada sahaja cerita tak elok dalam tempoh PKP termasuk sikap segelintir masyarakat yang ingkar arahan kerajaan.

“Saya pilih menyerap aura positif, negatif pula tolak ketepi. Seperti berjaya khatam al-Quran, ia bermula melihat kejayaan Elizad dan saya terpanggil melakukan perkara yang sama,” katanya. Pelakon filem Aku Terima Nikahnya dan Bukan Cinta Malaikat berkata, dia bersyukur berjaya menghabiskan bacaan al-Quran kali ini.

“Ada hikmah di sebalik PKP ini. Saya boleh memberi tumpuan penuh 110 peratus untuk menghabiskan bacaan al-Quran. Jika tidak, ada sahaja dugaan yang membantutkan niat. Insya-Allah, misi saya mahu mencuba menguasai isi terjemahan dalam al-Quran, selepas ini,” katanya. Bagi Nora, proses khatam al-Quran tidak semudah yang difikirkan.

“Mungkin mudah bagi orang lain, tetapi tidak bagi saya. Niat mahu khatam al-Quran sudah bertahun tersekat, selain terbatas dengan kesibukan kerja. Akhirnya saya berjaya menghabiskannya. “Bayangkan, tempoh PKP inilah terdetik dan tergerak hati nak cari pen al-Quran digital yang dihadiahkan Pencetus Ummah, Hafiz kepada anak saya, Putra Rayqal Ramli. Masa itu, saya hanya mahu memastikan Rayqal terus mengaji kerana bimbang dia terlupa sekiranya berhenti.

“Namun, aturan Allah jadi sebaliknya, saya pula terpanggil untuk mengaji. Berkat sokongan suami dan ibu, semuanya berjalan dengan sempurna. Saya hadiahkan kejayaan khatam pertama ini untuk papa,” katanya. Nora berkata, bapanya pergi menghadap Illahi ketika usianya 12 tahun akibat asma. Beliau pergi menghadap Illahi di Seattle, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Siti Munirah berkata, gara-gara entri yang dimuatkan naik Nora, My Qalam tidak menang tangan. “Awalnya, laman website tersekat akibat terlalu banyak tempahan. Orang ramai mula beratur panjang hingga ke tangga kedai selepas melihat kejayaan Nora khatam al-Quran ini. “My Qalam mohon maaf sekiranya terlepas pandang mesej yang dihantar kepada laman IG, sejak beberapa hari lalu. Diakui, kami tak menang tangan menerima mesej bertanyakan al-Quran digital yang digunakan Nora,” katanya.

“Sukar dipercayai” Ulangtahun kelahiran Nora Danish, warganet tak percaya umur 38 tahun

Siapa saja yang tidak mengenali dengan pelakon cantik Nora Danish baru-baru ini pula, isteri kepada Nedim Nazri ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya pada 7 Mac lalu. Ulangtahun kelahiran Nora Danish sangat meriah. Nora Danish juga berkongsikan moment bahagianya itu menerusi laman Instagram peribadinya apabila diraikan dengan cukup meriah bersama ahli keluarga dan suami serta anak tercinta. Aksi Nora diganggu anak ketika bekerja undang rasa lucu warga maya.

Pelakon Nora Danish mengakui tidak mudah bekerja dari rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memuat naik sebuah video di Instagram, Nora dilihat sukar melakukan sesi bergambar lantaran “diganggu” anaknya, Mohamed Neqayl Nedim, 2 tahun. “Jangan ingat senang nak ‘shoot’ dekat rumah. Macam-macam dugaan. “Ney Ney pun sudah bosan tengok mommy tak habis-habis tukar baju,” katanya.

Sementara itu, kebanyakan pengikut Nora memberi pelbagai komen di akaun Instagram pelakon itu. Seorang individu bernama Nana misalnya meminta pelakon itu bersabar dalam melayani permintaan anaknya. “Hahahaha, kena banyak bersabar kak Nora,” katanya. Setakat ini, video Nora menerima lebih 488,832 tontonan.