Dapat hadiah mewah daripada teman lelaki berjumlah ribuan ringgit demi kepuasan Ruhainies. Dia tampil pertahan sikapnya yang dipersoal ramai

Meraikan ulang ulang tahun kelahirannya yang ke-28 semalam, ini merupakan kali ketiga pelakon Ruhainies menyambut hari istimewa itu bersama kekasihnya yang juga seorang usahawan dikenali sebagai Mr. E. Jejaka misteri itu yang merupakan seorang usahawan mendoakan Ruhainies berjaya dan kerjaya seninya. Kekasih Ruhainies turut meluahkan rasa syukur sehingga kini hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Ini kali ketiga kami meraikan sambutan hari jadi bersama. Alhamdulillah setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja. Semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya, InsyaAllah,” katanya. Dalam pada itu, Mr. E berkata dia menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran kekasih hatinya. Ujarnya, dia sudah menghadiahkan lebih enam beg dan setiap satu dianggarkan bernilai puluhan ribu. “Sebenarnya, Ruhainies amat menyukai beg tangan. Beg tangan terbaharu yang saya hadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya adalah beg yang keenam buatnya. Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.

“Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak? “Lagipun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies. Bagi saya, dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” katanya kepada Harian Metro. Sementara itu, Mr E mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada Ruhainies bagaimanapun mereka akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya, Risteena berkahwin.

“Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal ini juga sudah kami bincangkan secara serius. Insya Allah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies. “Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik,” katanya.

Saya cuma nak kakak bahagia – Ruhainies

“Kakak sangat perahsia dalam hal berkaitan urusan peribadi. Bukan hanya dengan orang luar, tetapi kami sebagai ahli keluarga juga tidak banyak tahu mengenai jejaka yang bertakhta di hatinya”. Demikian ulas pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai kakaknya, Risteen Munim yang masih merahsiakan identiti kekasih baharunya selepas hubungan cinta selama tujuh tahun dengan pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairuddin, berakhir.

Meskipun ramai mengandaikan jejaka itu ialah pelakon, Isa Khan, Risteena memilih untuk mengunci mulut dan hanya akan berkongsi mengenai kisah percintaannya apabila tiba masanya kelak. “Risteena lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Siapa juga jejaka yang menjadi pilihannya, saya tetap akan mendoakan kebahagiaan Risteena.

“Sebagai adik, saya menyokong apa sahaja keputusannya kerana mahu lihat dia gembira dengan insan yang disayangi. Dia berhak mencari kebahagiaannya,” kata Ruhainies. Ditemui pada majlis perasmian butik kecantikan dan hiasan dalaman, My Beaute Village di Puchong, semalam, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata keluarganya kini memberi lampu hijau untuk dia melunaskan perancangan masa depannya. Ruhainies berkata, sebelum ini, ibunya mahu dia terlebih dahulu memberi laluan kepada kakaknya untuk mendirikan rumah tangga, namun kini berubah fikiran dan tidak menghalang jika dia sudah bersedia menjadi isteri.

“Memang kalau boleh saya tidak mahu langkah bendul, malah mama juga pernah meletakkan syarat supaya menanti segala urusan peribadi kakak selesai. Tetapi, kini mama sudah memberi lampu hijau jika ditakdirkan jodoh saya datang dahulu.“Cuma, saya dan kekasih tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Biarlah kami kejar cita-cita dahulu sebelum memikirkan perancangan berumah tangga,” kata Ruhainies yang sudah tahun menjalin cinta dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr E.Ruhainies ketika ini sibuk dengan penggambaran filem Seandainya Kau Ada terbitan Zeel Production, bergandingan dengan Fendy Bakry. Ia turut dibintangi Mira Filzah dan Aidit Noh.