Dayah Bakar nekad namakan anaknya Achbar Muhammad Fahri atas pilihan suaminya buat ramai puji mereka. Dayah Bakar dedah keadaannya kini pada masyarakat di media sosial

Selepas genap tujuh hari kelahiran cahaya mata, pengacara Dayah Bakar dedahkan nama anak lelakinya kepada umum yang diberikan sebagai Achbar Muhammad Fahri. Menurut Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 31, nama tersebut merupakan piihan yang dibuat suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi. Perkara itu dikongsikan Dayah menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya yang turut menjelaskan maksud di sebalik nama puteranya itu. “Achbar Muhammad Fahri Bin Muhammad Hanif. Achbar (dihormati), Muhammad (yang terpuji), Fahri (kebanggaanku).

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pilihan nama anaknya itu yang disifatkan cukup indah. “Sedapnya nama dia. Unik. Semoga menjadi anak yang soleh untuk orang tua. “Sungguh indah nama yang diberikan oleh baba,” tulis sebahagian warganet. Terdahulu, Dayah selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin lalu secara operasi. Dayah terpaksa bersalin tanpa kehadiran suami di sisi berikutan Hanif yang merupakan pegawai tentera kini masih lagi terpaksa bertugas di Australia. Dayah mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada Jun 2018.-Gempak

Tujuh Bulan Dayah Bakar Tak Jumpa Suami

Pengacara Dayah Bakar dedahkan sudah masuk tujuh bulan dia berjauhan dengan suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia. Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang yang tidak putus memberi sokongan. “Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh. “Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira. 

“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.  “Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran. “Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua. “Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi. Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi. Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.-Gempak

Dayah Bakar hamil 4 bulan

“Saya ambil sedikit masa untuk berkongsi berita kehamilan ini tapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Saya dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Insya-Allah saya dijangka melahirkan anak sulung pada awal September depan,” katanya. Ditanya mengenai alahan, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar berkata, dia berdepan keadaan itu di peringkat awal kehamilan. “Saya mengalami alahan dan badan rasa sangat lemah berbanding keadaan diri saya sebelum ini yang sangat aktif. Namun kebetulan Februari lalu saya ambil cuti sebab ikut perancangan nak ke Australia berjumpa suami tapi keadaan cuaca di sana tidak mengizinkan dan saya pun baru tahu hamil. Jadi saya tangguhkan perjalanan ke Australia dan ambil keputusan untuk berehat di rumah,” katanya.

Menurut Dayah, dia berharap semua pihak mendoakan agar kehamilan pertamanya berjalan dengan lancar dan diberi kekuatan sehingga proses kelahiran nanti.  “Tiada lebih yang saya minta selain daripada mendoakan untuk kesihatan, kekuatan serta  kemudahan kepada saya dan anak. Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi,” katanya. Dayah berkahwin dengan pegawai tentera Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 di Ampang Hilir, Kuala Lumpur.-My metro

“Tak Pasal-Pasal Aku Pun Nangis Sekali” – Dayah Bakar Kongsi Detik Berpisah Suami Ke Australia, Ramai Boleh Relate!

Personaliti televisyen Dayah Bakar berkongsi sepotong rakaman detik-detik terpaksa berpisah dengan suami di lapangan terbang.Difahamkan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi ditugaskan ke Australia untuk berkhidmat di sana. “Tchanif akhirnya berlepas untuk menunaikan tanggungjawabnya di tempat yang jauh dari kampung halaman. “Saya sentiasa mengagumi keberanian dan berbangga apabila melihatmu membawa Jalur Gemilang. “Jumpa nanti dan jaga diri,” tulisnya pada kapsyen video terbabit. Dalam rakaman itu, Dayah yang turut ditemani keluarganya kelihatan sebak untuk melepaskan suaminya pergi.

Situasi itu mencetuskan rasa hiba dalam kalangan pengikut media sosial Dayah yang rata-ratanya pernah berdepan dengan situasi sama. “Aku faham sebab suami aku pun askar,” tulis seorang warganet. “Teringat masa suami saya kena terbang ke United Kingdom selama 7 bulan. Masa itu saya tengah hamil pula. Memang menangis,” sahut seorang warganet.

“Baru faham perasaan bila suami tak ada di sisi waktu bekerja di luar kawasan. How strong my mom once upon a time nak besarkan anak-anak bila abah kena duduk berjauhan sebab bekerja sebagai tentera,” tambah seorang individu ini. “Semoga Allah melindungi semua pahlawan negara walau dimana mereka berada. Saya dua bulan lepas nikah suami dah kena pergi operasi,” kongsi seorang individu ini. Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.-Gempak