Dayah Bakar sebak terpaksa berjauhan dengan suami akibat tugasan kerja hingga terpaksa buat video call lihat kelahiran anak. Dia dedah luahan hati buat warganet sebak akan nasibnya itu

Bagaimanapun, Dayah menyambut kelahiran anak lelakinya itu tanpa suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi di sisi. “Sebelum ini saya fikir pengalaman ini dapat dikongsikan bersama suami untuk meraikan kelahiran anak sullung bersama-sama. “Namun, kita hanya merancang Tuhan menentukan. “Siapa mampu menduga, ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tak putus dan kekuatan yang diberi Allah saya berjaya melaluinya. “Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. “Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya memetik laporan Berita Harian. Hanif kini masih berkhidmat di Australia dan tidak dapat kembali ke tanah air ekoran COVID-19. Dayah kini ditemani ibu dan keluarga terdekatnya.Dayah dan Hanif mendirikan rumah tangga pada Jun 2018.

Tujuh Bulan Dayah Bakar Tak Jumpa Suami Pengacara Dayah Bakar dedahkan sudah masuk tujuh bulan dia berjauhan dengan suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia. Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang yang tidak putus memberi sokongan. “Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh. “Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.  “Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama. 

“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran. “Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya ketika dihubungi Gempak. Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.

“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi. Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi. Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.

Dayah dapat anak lelaki

Pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar selamat melahirkan anak sulung iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, pada jam 2.23 petang tadi. Namun, kelahiran si comel tidak dapat disaksikan suami tercinta, Muhammad Hanif Hamidi yang ketika ini bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke Malaysia berikutan penularan COVID-19. Muhammad Hanif adalah pegawai tentera berpangkat kapten yang berkhidmat di negara kanggaru itu. Namun, hampir setiap ketika, Dayah atau nama sebenarnya, Nurhidayah Abu Bakar membuat panggilan video kepada suami bagi berkongsi perkembangannya. Malah, beberapa jam sebelum bersalin, Dayah dan suami sempat berinteraksi.

Dayah yang selamat melahirkan anak secara operasi di sebuah pusat perubatan di Damansara Setia, Petaling Jaya, ditemani ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara. Dayah mengaku reda kelahiran anak sulung tidak dapat disambut suami.”Sebelum ini, saya fikir, pengalaman ini dapat dikongsi bersama suami di mana kami sama-sama meraikan kelahiran anak sulung. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.”Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya.

“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya kepada BH Online. Berkongsi mengenai detik kelahiran anaknya, pengacara Borak Kopitiam ini bersyukur segala-galanya dipermudahkan “Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan. “Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya.

Dayah dan suami memuat naik foto di Instagram yang disunting menampakkan mereka berada di lokasi sama, sebelum putera tersayang dilahirkan. Muhammad Hanif turut menitipkan doa dan semangat kepada isteri berbunyi: “Percayalah kamu boleh melakukan semuanya dengan baik. Kamu ibu yang hebat. “Jangan takut saya selalu berada di sampingmu, walaupun jauh.” Dayah berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018.

Dayah Bakar akhirnya kongsi ‘video call’ surprise suami berita hamil dari jauh

Pengacara Borak Kopitiam TV3, Dayah Bakar sering menjadi perhatian warganet di Instagram dengan perkongsian-perkongsiannya. Diikuti 457 ribu followers, Dayah Bakar juga antara personaliti media sosial disukai pengikut. April lalu, Dayah Bakar mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama dan memberitahu kandungannya mencecah empat bulan. Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar turut membuatkan peminat dan pengikut di Instagram teruja dan tumpang gembira dengan perkongsiannya.

Walau bagaimanapun, akhirnya juga peminat dan pengikut dapat melihat bagaimana Dayah Bakar membuat kejutan tentang khabar gembira itu kepada suaminya yang merupakan seorang pegawai tentera Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ketika itu dia juga bercadang untuk ke Australia berjumpa suami yang berada jauh. Namun begitu, dia berkongsikan berita kehamilannya itu menerusi panggilan telefon kepada suami sekali gus mengundang warganet juga sedih melihat video mereka. Dayah yang juga memiliki saluran di youtube Dayah Bakar Channel memuat naik video berkenaan lalu meraih perhatian ramai.