Dayang Nurfaizah sanggup tempah satu restoran makanan segera demi raikan teman istimewa buat ramai mengiyakan gosip cintanya sebelum ini. Dia bersuara mengenai sikap teman istimewanya yang satu ini

Meskipun penyanyi popular Dayang Nurfaizah sibuk dengan komitmennya sebagai juri Big Stage 2020 namun sempat meluangkan masa bagi meraikan ulang tahun hari jadi anak saudaranya, Yaya yang ke-10. Dayang telah memilih McDonald’s (McD) Mutiara Damansara untuk realisaikannya pada 8 Ogos lalu. Menurut Dayang, parti hari jadi itu berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. “Yaya memang telah lama berhasrat untuk mengadakan parti hari jadinya di McD. Jadi saya terus merancang dengan ahli keluarga dan kawan-kawan Yaya untuk menganjurkan surprise party untuk dia. Walaupun kini sibuk dengan program reality Big Stage 2020, saya amat bersyukur kerana segala perancangan dan makanan disediakan oleh pihak McD. Amat mudah!” Kata Dayang

Selain ahli keluarga dan teman rapat Yaya, turut hadir bersama di dalam majlis itu adalah penyanyi Hael Husaini, ditemani anak kesayangannya… memang parti ni happening sungguh. Jangan bimbang jika anda masih ragu-ragu untuk mengadakan sambutan hari jadi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)  ini kerana McD akan pastikan segalanya bersih dan selamat.

Bukan lamaran cinta

Sekian lama menjadi teman seperjuangan, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun baru ada keberanian melamar Dayang Nurfaizah. Tak salah jika benar penyanyi lagu Zikir Terapi itu mahu mendekati bintang R&B popular itu. Bagaimanapun, usah cepat membuat kesimpulan, ia bukannya lamaran cinta, sebaliknya atas urusan kerja. “Saya melamar Dayang untuk menyanyikan lagu komersil untuk pelanggan pada Jun lalu. Saya sekadar nak cuba nasib dengan harapan lamaran diterima. “Tak sangka Dayang bersetuju untuk menyanyikan lagu komersil berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Pemilik syarikat Arteffects Sdn Bhd itu berkata, kerjasama antaranya dan Dayang berpanjangan daripada satu projek ke projek lain. “Selesai rakaman lagu komersil, saya mencadangkan kepada pelanggan menyunting Dayang sebagai duta produk untuk single yang dinyanyikan. “Siapa sangka pelanggan setuju dengan idea saya. Lalu, saya diminta melamar Dayang sekali lagi. “Hampir dua minggu perbincangan dilakukan, akhirnya saya berjaya meyakinkan Dayang,” katanya. Bagi Hafiz, idea menjadikan Dayang sebagai duta produk dilihat sebagai sesuatu variasi untuk kerjaya seni penyanyi lagu Lelaki Teragung itu. “Mengenali Dayang sebagai rakan seni sebegitu lama, saya mahu memberikan nuansa berbeza untuk mengangkat imejnya sebagai ikon muzik dan fesyen,” katanya.

Salahkah kami berkawan? – Dayang Nurfaizah

Penyanyi, Dayang Nurfaizah, 38, menegaskan tiada sebab untuk dia mencipta isu konon menjalinkan hubungan dengan teman duet, Hael Husaini. Dayang atau nama penuhnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty berkata, ia tercetus berikutan keserasian yang wujud antara mereka sehingga peminat mengharapkan sesuatu berputik daripada persahabatan terbabit. “Peminat sering salah sangka apabila kami mengadakan persembahan bersama, apatah lagi dengan kemunculan lagu duet, Haram. Tidak bolehkah kami berkawan?

“Sebenarnya, saya tidak pun menganggapnya sebagai kontroversi. Lebih-lebih lagi, bukan saya yang mencetuskan perkara ini. Ia (isu bercinta) terjadi dengan sendiri, bukan dibuat-buat,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH 32) di Tamu Hotel & Suites, di sini. Dayang berkata demikian apabila ditanya mengenai desas-desus kisah percintaan antaranya dengan Hael sengaja dibangkitkan bagi meraih perhatian peminat.

Magis keserasian pasangan berkenaan terbukti apabila lagu dendangan mereka, Haram, dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33), Februari lalu. Keserasian yang ditonjolkan mereka turut mencetuskan tanda pagar HaelYang, iaitu cantuman nama kedua-duanya. Sementara itu, bercakap mengenai kejayaan mereka membolosi senarai akhir kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular ABPBH 32, Dayang bersyukur apabila namanya masih mendapat sokongan ketika dunia hiburan dikuasai bakat muda.

Katanya, persaingan artis baharu dan lama dalam senarai Top 5 pastinya menghangatkan lagi kempen acara terbabit yang akan mencapai kemuncaknya pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). “Syukur lagu Haram mendapat sambutan hangat dan bagi saya, ia perkara yang luar biasa. “Pencalonan pada ABPBH 32 menjadi penghargaan besar buat saya, apatah lagi persaingannya juga agak sengit. Saya sendiri tidak pernah berasakan sudah berada pada tahap yang berbeza,” katanya.

“Selagi tiada pengumuman kahwin, selagi itu boleh kenal” – Dayang Nurfaizah tak tutup peluang lelaki lain

Biarpun mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan penyanyi Hael Husaini namun Dayang Nurfaizah masih membuka peluang kepada mana-mana lelaki untuk mendekatinya. Bagi Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, peluang tersebut sentiasa terbuka selagi dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya bakal berkahwin. “Saya akui memang hubungan saya dengan Hael sangat rapat dan saya selesa bersama dengan dia. Tapi kami tidak ada hubungan istimewa tapi hanya sahabat baik.

“Jadi jangan takut untuk dekati saya, bukannya saya makan orang pun. Selagi saya tak cakap esok nak kahwin, selagi itu masih boleh lagi untuk mana-mana lelaki nak kenal dengan saya,” kata Dayang kepada mStar. Dayang ditemui ketika Konsert Karisma Jelajah Suria 2019 yang diadakan di Central I City Mall, Shah Alam, pada Sabtu. Hubungan rapat Dayang dan Hael itu mula menjadi perhatian warganet semenjak mereka bekerjasama menerusi lagu Haram dan kerap memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing. Rata-rata warganet suka melihat keakraban Dayang dan Hael dan ada juga segelintir mereka yang mahu melihat mereka berdua menjadi pasangan kekasih.

Sebelum ini, kedua-duanya pernah menjelaskan hubungan mereka sememangnya rapat dan buat masa kini selesa bekerjasama hanya sebagai sahabat baik serta rakan duet. Dalam pada itu, penyanyi lagu Sebentar ini memberitahu dia tidak dapat menjangka hubungan mereka di masa hadapan dan mengharapkan peminat mendoakan yang baik-baik sahaja. Menurut Dayang, dia secara peribadi selesa disamping Hael dan mengakui mereka saling melengkapi di atas pentas dan kerjasama dalam nyanyian. “Seperti yang saya akui memang kami rapat dan sekarang ini saya selesa dengan dia sebagai rakan duet tapi untuk di masa hadapan itu tak tahu la kan. Doa saja yang baik-baik. “Sejujurnya Hael selalu buat saya senang dan selain muzik, bila berborak kosong dengan dia pun rasa seronok. Boleh dikatakan kami saling melengkapi atas pentas dan menyanyi,” ujarnya.