Didie Alias dikata tak jaga sensitiviti agama apabila tergamak cium pelakon veteren di khalayak ramai cetus kontroversi. Dia tampil perjelas perbuatan buat ramai tak senang duduk. Sampai begitu sekali dia lakukan

Pelakon dan pengacara, Didie Alias menjelaskan perlakuan mencium dahi pelakon veteran Abu Bakar Juah yang sedang terlantar sakit itu sebagai respon semula jadi. Menurut Didie, dia sudah menganggap Abu Bakar sebagai bapanya dan hubungan mereka yang akrab menyebabkan dia tidak dapat menahan sebak lalu berlakuan sedemikian. “Terus-terang saya sebenarnya tak mahu melayan isu ini kerana mereka tidak faham bagaimana keakraban saya dengan Ayah (Abu Bakar) yang memang saya anggap seperti bapa saya sendiri.

“Saya tak tahu perlakuan saya itu akan dikritik kerana itu adalah respon semula jadi saya bila Ayah (Abu Bakar) memberi balas dengan mengangkat tangan dan memanggil saya ketika saya datang.“Isterinya sendiri memberitahu sejak dia dibawa pulang dari hospital, Ayah hanya sakit tanpa memberi sebarang respon meskipun bercakap. Malah dia terkejut dengan respon Ayah pada hari itu. “Jadi bila dia respon begitu, saya sedih dan Ayah pun terus ambil tangan saya dan letak di dadanya seolah-olah seperti hendak memberitahu dia sedang sakit.

“Saya pun tanpa berfikir panjang terus mencium dahinya kerana terlalu simpati dan sedih dengan tindak balasnya. Ketika itu, saya juga memakai ‘mask’,” jelasnya. “Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah…”- Didie Alias Minta Doakan Pelakon Veteran Abu Bakar Juah. Didie dihubungi Gempak selepas rakaman videonya mencium dahi Abu Bakar yang sedang terlantar sakit dikritik warganet. Mengulas mengenai keadaan Abu Bakar, Didie memberitahu pelakon veteran itu sedang menghidap sakit hati. “Saya terkejut bila dapat tahu dia kini sakit kerana kali terakhir berjumpa dengannya adalah pada dua tahun lalu. Dia segak dan nampak sihat, berbeza dengan keadaan sekarang. “Saya diberitahu dia kini menghidap hati selepas baru sahaja membuat pemeriksaan MRI,” katanya lagi. Didie turut menziarahi Abu Bakar sambil menjayakan programnya Lady Didie Talk Show untuk segmen Merisik Khabar.

“Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah…”- Didie Alias Minta Doakan Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Pelakon Didie Alias menziarahi pelakon veteran Abu Bakar Juah yang kelihatan sakit dan uzur di rumahnya. Didie meminta semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelakon tersebut yang digelar Ayah. “Ya Allah ya tuhanku kau permudahkanlah urusan ayahanda kami Abu Bakar. “Sama-sama kite sedekahkan al-Fatihah buat ayah ya,” katanya. Didie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman videonya yang mencium dahi pelakon tersebut ketika melawat di kediamannya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersimpati dengan nasib pelakon veteran itu. Malah ramai yang mendoakan kesihatannya meskipun tidak mengetahui punca beliau sakit. Abu Bakar merupakan pelakon veteran yang popular menerusi drama-drama Melayu sejak 90-an.

Didie Alias berang nama dibatalkan ‘last minute’

“Jangan ingat saya baru setahun jagung dalam industri hiburan, jangan nak permainkan saya. Saya bersuara bukan untuk diri sendiri tapi anak seni lain yang sering menjadi boneka sikap segelintir orang dalam syarikat produksi,” kata pelakon Didie Alias yang kecewa dengan satu syarikat produksi selepas namanya dibatalkan pada saat akhir untuk sebuah projek drama.

Didie berkata, adalah tidak masuk akal jika alasan diberikan membabitkan pihak stesen televisyen. Malah, Didie mempertahankan dirinya jika soal bayaran dikenakan menjadi sebab namanya ditolak. “Ketika memberi tawaran bukan main lagi nak jawapan cepat dan minta saya segera tetapkan tarikh. Mereka juga berjanji nak berikan jawapan segera. “Namun, apabila ditanya jawapan diberikan sangat mengecewakan. Boleh pula beri alasan masalah berpunca dari stesen televisyen. “Bayangkan kalau saya tak bertanya, memang sampai bila-bila tidak tahu nama diganti dengan orang lain. Apa sudah jadi dengan tawaran kerja lain yang ditolak semata-mata nak terima tawaran mereka? Adakah ini adil untuk kami sebagai pelakon lama?” katanya kepada Harian Metro.

Didie berkata, sudah sampai masanya pihak syarikat produksi mengubah sikap untuk tidak mempermainkan pelakon dengan sesuka hati. “Apabila saya berkongsi perkara ini di Instagram, ramai rakan artis meluahkan perkara sama. Rupa-rupanya mereka juga pernah jadi boneka pada stesyen tv, malah ada lebih hebat lagi. Terbukti, perkara ini memang berlaku dalam industri hiburan kita. “Jika dari awal tidak mahukan saya, jangan tawarkan kerja. Kalau berasakan harga saya mahal, dari awal patut cari orang lain dengan bajet yang mereka ada. Jangan pada akhirnya nanti cakap syarikat produksi tak ada bajet. Itu semua alasan. Tolonglah berubah. Ini sudah tahun 2020 dan bukannya 1990-an. Jangan layan kami seperti ini. Kami pekerja profesional,” katanya.