Digelar cuai apabila alami situasi cemas ini hingga beri kesan yang satu ini pada hidup Awin Nurin. Dia tampil bersuara pertahan perlakuannya itu jadi perbualan ramai

Penyanyi dan pelakon Izzue Islam dedahkan isterinya, Awin Nurin alami luka akibat terlajak langkah dari tangga ke bawah rumah mereka gara-gara panik ketika melarikan diri dari seekor biawak. Akibat kelukaan itu, Awin mengalami bengkak dan lebam di kaki. “Awin luka masa lari dari biawak. Dia terlajak langkah dari tangga ke bawah. Terus kaki lebam dan bengkak,” katanya. Izzue berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut Awin kelihatan terhincut-hincut berjalan sambil kaki sebelah kanannya berbalut. Difahamkan, seekor biawak masuk ke rumah mereka tanpa disedari.

Dalam kemas kini terdahulu, Izzue turut berkongsi rakaman video ketika biawak itu berada di dalam rumahnya.
Doktor menasihatkan supaya Awin menjalani imbasan x-ray jika kaki masih bengkak dalam masa dua hari lagi kerana kemungkinan tulangnya patah atau retak. “Dah pergi klinik doktor cakap kalau lagi dua hari bengkak tak susut dan masih sakit, disarankan untuk pergi x-ray pula.“Takut tulang kaki dia retak atau patah. Doakan Awin ya, dia tengah sakit tu tapi kuat,” katanya lagi. Pasangan ini berkahwin pada 2 Jun 2013 dan sehingga kini masih menanti kehadirian cahaya mata pertama dalam rumah tangga mereka.

‘Awin tak bersalah’

Pelakon Izzue Islam berkata, keputusannya untuk tidak melakonkan babak bersentuhan, selain enggan menyebut perkataan sayang bukan kerana ‘takut bini’, sebaliknya pendirian itu dibuat atas kehendak sendiri. Mengakui prinsip itu membuatkan isterinya, Awin Nurin, 35, diasak pelbagai persepsi kurang enak termasuk dikatakan kuat cemburu, suka mengongkong, malah bersikap sebagai ‘pengarah kedua’ di lokasi penggambaran, Izzue, 28, bagaimanapun, tidak tertekan dengan andaian itu.

Anggota kumpulan Forteen itu berkata, ia bukan cerita baharu apabila isterinya diasak kata kata negatif bertubi-tubi di laman sosial gara-gara prinsip yang dipegangnya itu. “Mereka yang mengenali dan pernah bekerjasama tahu cara saya serta Awin bekerja. Saya tidak mampu menutup mulut orang, tetapi saya mohon, jangan salahkan Awin. Sebelum membuat andaian, tanya saya dahulu.

“Jika tidak puas hati atau keliru, boleh menghantar mesej peribadi untuk saya jelaskan. Jangan sampai menabur perkara tak benar, dapat dosa percuma sahaja nanti,” katanya. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, itu berkata prinsip itu dipertahankan bukan mengikut telunjuk isterinya, sebaliknya atas kesedaran diri. “Setiap orang memiliki pandangan berbeza, begitu juga saya. Selepas berkahwin, saya perlu menjaga hati isteri dan keluarga kedua-dua pihak. Saya bimbang tindak-tanduk saya menjadi perkara kurang elok pada tanggapan keluarga saya, sedangkan banyak hati yang perlu dijaga.

“Keluarga saya dan mentua bukan dalam kalangan orang seni, mereka mungkin tidak faham. Saya tidak mahu isu atau persepsi yang ditimbulkan menyinggung perasaan mereka,” katanya. Mengenai keengganannya menyebut perkataan sayang seperti dipinta dalam skrip, Izzue berkata, perkara itu hanya salah faham. “Saya tidak kisah menyebut perkataan sayang, tetapi bergantung kepada kesesuaian babak. Tidak logik jika kali pertama bertemu, terus memanggil sayang.

“Saya bukan ikut kepala sendiri, sebaliknya semua itu dibuat atas perbincangan dengan pengarah. Saya tidak akan melanggar skrip tanpa persetujuan. “Sebagai pelakon saya perlu mengambil tahu perjalanan setiap babak dan dialog, bukan main buat sahaja,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem, Selirat, arahan Feroz Kader untuk siaran TV3