Digelar tak cantik hingga tergamak warganet kata tak layak jadi artis. Aina Abdul tonjol wajah sebenar kepada umum buat ramai tergamam sungguh tak sangka banyak perubahan pada wajahnya

Penyanyi Aina Abdul meraih tumpuan wargamaya apabila berkongsi wajah terbarunya dengan tanpa secalit solekan. Menerusi laman sosial Instagram, Aina memuat naik sekeping gambar swafoto untuk tatapan umum. 
“Agak lama jugak sejak gambar swafoto terakhir saya, hello semuanya,” tulis Aina menerusi ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian itu lagi, Aina bertudung hitam tampil polos dengan keadaan kulit wajahnya yang mulus dan licin. Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji kecantikan semula jadi pelantun lagu Semalam itu. Malah, ada yang turut meminta Aina untuk berkongsi rutin harian penjagaan wajahnya.

“Sedap mata memandang. Setengah orang tu cantik tapi kita tengok dia cepat muak. Tapi Aina ni rasa suka je tengok,” kata seorang wargamaya.“Saya suka wajah natural awak,” komen seorang wargamaya. “Apa rutin skincare kak Aina? Kongsi la,” tanya seorang wargamaya. “Cantiknya weh, wajah natural awak lawa sangat. Kongsi tips please,” puji seorang wargamaya. “Cuaca di luar redup, tapi redup lagi pandangan matamu,” usik seorang wargamaya.
“Aku tak faham orang yang kata Aina ni takde rupa padahal tak mekap pun meletop! Dahlah suara sedap ya Allah adore sangat,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, foto wajah flawless Aina itu telah menerima hampir 10,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Aina Abdul bangkit dengan ‘Sumpah’ selepas alami tekanan

Penyanyi Aina Abdul memberitahu dia pernah mengalami masalah tekanan ekoran karier seninya tidak menyerlah sejak pertandingan Mentor Legend 2014 berakhir. Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 26, berkata, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk merancakkan karier nyanyiannya namun ia tetap tidak menjadi menyebabkan dia tertekan dan mengalami masalah rendah diri. “Apabila semua yang saya lakukan tidak menjadi ia membuatkan saya tertekan sehingga saya berada dalam keadaan tekanan selain tiada keyakinan diri.

“Sejak itu saya jadi banyak berfikir dan sentiasa mempersoalkan setiap perlakuan saya menyebabkan saya jadi ragu-ragu untuk keluar dengan lagu baru. Penyanyi Aina Abdul berkerja sama dengan Qi Razali yang tampil dalam video muziknya. “Melihat rakan-rakan seangkatan aktif dengan karier masing-masing membuatkan saya lebih rendah diri namun saya sedar masa saya belum tiba,” katanya kepada mStar Online. Aina ditemui pada majlis pelancaran single dan video muzik terbaharunya berjudul Sumpah yang diadakan pada Selasa. Video muzik itu turut menampilkan pengacara dan pelakon Qi Razali.

Untuk rekod, Aina bergelar naib juara program Mentor Legend  bawah penyanyi terkenal Ella. Dalam pada itu, Aina berkata, dia mula mendapat kembali keyakinan dirinya apabila single berbahasa Inggerisnya, Shadow mendapat perhatian pendengar pada akhir tahu lalu. Malah kata Aina, lagu Sumpah dihasilkan daripada pengalamannya sebelum ini selain masalah tekanan dihadapinya. “Apa yang berlaku sebelum ini saya nampak ada hikmahnya… Kalau tidak mungkin saya tidak dapat idea dan inspirasi menghasilkan Sumpah.

“Sebenarnya lagu ini mengangkat kisah tekanan memandangkan saya sendiri mengalaminya selain pengalaman rakan-rakan terdekat,” jelasnya. Tambah Aina, dia turut mengangkat masalah mental dalam muzik video lagu tersebut dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perkara itu. Sementara itu, Aina berkata, dia kini lebih positif dalam merancakkan kembali karier seninya selain sudah menyusun pelbagai aktiviti bagi mempromosikan Sumpah. “Sekarang saya sudah tidak fikir semua perkara sebelum ini dan hanya buat apa yang saya rasa baik untuk karier saya. “Paling penting saya kena yakin dan percaya rezeki saya akan tiba suatu hari nanti,” ujarnya.

Dikritik tak cantik, Aina nyanyi pakai pelitup muka

Perlakuan warganet mempertikaikan wajah dan penampilan menyebabkan penyanyi, Aina Abdul memakai pelitup muka ketika mendendangkan lagu Semalam menerusi laman Instagram (IG), baru-baru ini. Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu berkata, perlakuan itu menyebabkannya kurang berkeyakinan untuk menonjolkan wajah berikutan kata-kata kurang enak dilemparkan warganet terhadap dirinya. “Saya sering terbaca komen kurang manis dalam laman YouTube, sejak beberapa minggu ini. Mereka mempertikaikan penampilan dan membandingkan saya dengan penyanyi lain.

Kata kata negatif yang dilemparkan menyebabkan saya hilang keyakinan diri hingga tidak mahu menonjolkan wajah. Saya juga merasakan diri seorang yang tak cantik. “Apapun, saya kena tabahkan hati dan terus menyanyi kerana ia menjadi sebahagian kerja mempromosikan lagu sendiri dalam media sosial. Saya terima kritikan hingga malas menunjukkan muka. Bagi mengelak terus dikritik, saya buat keputusan pakai pelitup muka,” katanya kepada BH Online.

Dalam terkesan kritikan warganet, penyanyi berusia 27 tahun yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi lagu Sumpah itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu apabila peminat memuji kemantapan vokal, meskipun menyanyi sambil memakai pelitup muka. Aina berkata, peminat setia menjadi nadi kekuatan untuknya berdepan pelbagai kritikan. Katanya, dek sokongan peminat jugalah membuatkannya bersemangat untuk terus melangkah. “Saya terharu ada peminat memuji dan mengatakan vokal semakin mantap biarpun memakai pelitup muka. Sejujurnya, ia seperti memujuk hati yang terguris ketika kata negatif dilemparkan. “Sebenarnya, saya tiada sebarang formula, sebaliknya hanya menyanyi seperti biasa. Teknik nyanyian masih sama tak kira pakai pelitup muka atau tidak. Ia memerlukan pernafasan yang cukup sebelum melontarkan vokal,” katanya.