Dikata tak bersyukur miliki rumah kecil hingga sanggup bergolok gadai hutang bank untuk beli rumah mewah demi kepuasan diri. Achey dedah sesuatu mengenai dirinya buat ramai tak sangka

Pelawak dan pelakon Achey berkongsi berita gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa untuk keluarganya tercapai. Menurut Achey, dia bersukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah tercapai walaupun mengambil masa 10 tahun. “Syukur… Saya percaya doa orang-orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan 10tahun impian untuk memiliki rumah sendiri.

“Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya. “Bisnes juga membantu sangat-sangat kuat. Ya banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya sehinggalah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga. Tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.

“Dugaan? Ya penat dengan dugaan, kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram. Sementara itu di ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga mengucapkan tahniah kepada Achey dan keluarganya. “Congrats Achey. Best betul kalau dapat sediakan yang terbaik untuk keluarga. Moga kita sama-sama Allah panjangkan rezeki untuk keluarga. Amin. “Tahniah Achey, teringat pula waktu kau call aku kenalkan diri. Tapi sekarang kau dah megah berdiri. Alhamdulillah moga terus maju,”. “SubhanaAllah. Alhamdulillah. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulis. Terdahulu, Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya berkahwin sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah pada 2018.

“Walaupun Terpaksa Menunggu 10 Tahun…” – Achey Beli Rumah Tiga Tingkat

Pelakon, pelawak dan usahawan Achey Bocey ternyata bersyukur dan gembira apabila impian untuk memiliki kediaman sendiri buat keluarganya tercapai. Rumah teres tiga tingkat yang terletak di Sungai Buloh, Selangor bakal diduduki selepas sambutan Hari Raya Aidladha nanti. “Allah yang susun. Bukan perkara yang perlu saya bangga-banggakan sebab semua milik-Nya. Hakikatnya masih hutang. Tapi benar kata ibu bapa, guru-guru sekolah dan nasihat-nasihat orang lama, menyimpan untuk masa depan.

“Setiap perkara kita buat mesti ada target. Walaupun 10 tahun. ASB, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi. Tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan,” tulis Achey di Instagram miliknya. Rumah yang masih dalam proses renovasi itu dikatakan tidaklah semahal mana dan tidak dibeli secara tunai. “Rumah tak mahal mana. renovasi pun tak semahal mana, tapi kalau ada orang yang pakar, boleh dapat renovasi rumah cantik pada kos yang rendah. Mesti ada yang nak tau jugak syarikat mana yang buat renovasi rumah kan? Esok okay. In shaa Allah, mana yang nak tau esok kita up gambar depan rumah,” tulis Achey lagi.

Miliki rumah tiga tingkat hasil wang simpanan 10 tahun, Achey tetap merendah diri

Pelawak Mohd Nasir Hamzah atau Achey tetap merendah diri walau berjaya memiliki rumah teres tiga tingkat. Jelasnya, pembelian kediaman itu adalah hasil simpanan lebih 10 tahun selain terpaksa mencairkan beberapa aset milikinya. “Allah yang susun. Bukan perkara yang perlu saya bangga-banggakan. Semua milik-Nya. Hakikatnya masih hutang. “Tetapi benar kata ibu bapa, guru dan nasihat orang lama. Menyimpan untuk masa depan. Setiap perkara kita buat mesti ada sasaran. Walaupun 10 tahun.

“Amanah Saham Bumiputera (ASB, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada, kami cairkan untuk renovasi. Tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan,” katanya. Sebelum ini, pelakon filem ‘Abang Long Fadil 2’ itu mendedahkan telah menjual empat buah motosikalnya bagi menambah modal membeli rumah tersebut.Setakat ini, dirinya dan isteri bercadang untuk mengubah suai rumah berkenaan dengan bajet bersesuaian. “Rumah tidak mahal mana, renovasi pun tidak semahal mana tetapi kalau ada orang yang pakar boleh dapat renovasi rumah cantik pada kos yang rendah,” katanya lagi.