Dikatakan makin demand lepas popular. Ini respon padu dari Wany Hasrita bila dikatakan dirinya sebegitu rupa

Ketika populariti semakin meningkat, sudah tentu akan muncul dkwaan-dkwaan seperti semakin ‘demand’ selepas popular, semakin sukar untuk dihubungi media, dan sebagainya. Seorang penyanyi yang sedang popular dengan lagu Canggung yang sudah berjaya meraih tontonan seramai 7.5 juta views ini turut terkena tmpias dkwaan bahawa beliau semakin sukar untuk dihubungi oleh media, semakin demand. Ini respon beliau..

Diberi Pilihan Untuk Call Atau Emel

Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Binti Hasbullah ini menjelaskan bahawa dalam laman Instagram beliau sudah disediakan nombor telefon pengurus beliau dan emel untuk dihubungi. Beliau juga menjelaskan bahawa jika tidak dapat dihubungi, emel juga turut disediakan dan akan sentiasa dibalas.“Nak kata saya ni susah nak contact pun tidak, sebab dekat saya punya Instagram ada saya letakkan nombor manager saya dan dekat situ ada pilihan sama ada nak call ataupun nak emel . Incase tak dapat call, boleh emel dan kita akan sentiasa balas tapi saya lagi prefer call.” – Jelas Wany.

Menurut Wany Hasrita, semua pembahagian kerja segalanya diuruskan oleh pengurus beliau sendiri. Beliau tidak menolak kemungkinan faktor terlalu sibuk sehingga mengalami kesukaran untuk menjawab semua panggilan dan emel yang dihantar kepadanya. “Sebenarnya saya tak jaga saya punya jadual ataupun phone. Phone yang kat situ untuk manager. So, if anything mungkin yang tak terbalas ke apa, mungkin manager saya busy and ambil masa sikit untuk balas.” – Kata Wany. Wany Hasrita ditemui Murai.my ketika majlis sidang media produk kecantikan Bougas Beauty di Glamhall Damansara pada petang Rabu. Selain Wany Hasrita, Amira Othman dan Tasha Manshahar turut dilantik sebagai duta-duta baharu Bougas Beauty.-murai

Wany Hasrita mahu berlakon

KUALA LUMPUR: Lebih tiga bulan kerjaya nyanyian terkandas akibat pandemik COVID-19, penyanyi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita mula memikirkan perancangan masa depan.Penyanyi berusia 27 tahun itu mendedahkan sudah bersedia beralih ke bidang lakonan sebagai sokongan kepada kerjaya nyanyian.Sebelum ini, Wany memberitahu, dia enggan berlakon kerana bimbang diminta melakonkan watak yang tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.

Namun, melihat semakin ramai pengarah menjaga sensitiviti pelakon berhijab, hati anak kelahiran Kuala Lumpur ini terbuka untuk mencuba bidang lakonan.”Sebelum ini, saya pernah tampil dalam sebuah telefilem tetapi peranan saya tidak besar. Sekarang, saya sudah bersedia untuk lebih serius bergelar pelakon.”Saya bukan cerewet tapi sangat menjaga sekecil-kecil perkara kerana tidak mahu menjejaskan imej sebagai wanita bertudung. Namun, saya lihat, ramai pengarah mula menitikberatkan soal batasan pelakon.

“Selepas empat tahun dalam industri, saya lihat 2020 adalah tahun untuk saya menjenamakan semula Wany Hasrita.”Lagipun dengan ujian COVID-19 yang menimpa seluruh dunia, saya tidak boleh berharap kepada bidang muzik semata-mata. Saya perlu mencuba cabang lain sebagai persediaan masa depan,” katanya kepada BH Online.Sebelum ini, kata Wany, dia enggan berlakon kerana menyedari kredibiliti dan kemampuannya sebagai pelakon.

“Saya rasa tidak mampu mengubah karakter dalam sekelip mata. Saya bimbang tidak dapat menghayati watak dengan emosi dalaman. Ini kerana saya jenis ‘gla-gla’.”Selain itu, saya takut pelakon senior atau veteran terkejut dengan sikap ‘gla-gla’ saya itu,” katanya.Bagaimanapun, Wany tidak kisah jika digandingkan dengan pelakon lama.

Malah, katanya, pengalaman berlakon di samping Raja Azura dalam sebuah drama pendek, membuka matanya terhadap bintang berpengalaman.”Raja Azura sangat baik dan suka mengajar,” katanya.Sementara itu, berkongsi mengenai kerjaya nyanyian, Wany berkata, dia bakal muncul dengan sebuah lagu balada ciptaan Amylea dan Farouk.Wany juga bakal berkolaborasi bersama Altimet untuk sebuah lagu yang memasukkan elemen rap.