Dikejarkan ke wad. Sandra Dianne dikhabarkan terlibat dalam kejadian yang tidak diingini dan ini kata Vea susulan kejadian tersebut

Keadaan di bahagian kereta Sandra selepas kejadian tersebut. PENYANYI dan peserta program Big Stage iaitu Sandra Dianne terbabit dalam kejadian yang tidak diingini pada Sabtu petang dan terus dikejarkan ke wad kecemasn Hospital Putrajaya. Wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Vea Norman ketika dihubungi berkata pihak mereka belum menerima maklumat penuh berhubung kejadian tersebut.

“Ya… Sandra terlibat dalam kejadian itu dan dia kini masih di wad kecemasan. Belum ada apa-apa keputusan daripada doktor dan kami masih menantikannya. Sandra masih dirawat di wad kecemasa, Hospital Putrajaya.“Buat masa sekarang, saya belum dapat maklumat penuh macam mana kejadian itu berlaku tapi pihak kami sedang uruskan untuk dapatkannya,” kata Vea kepada mStar.

Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.-cttoSandra terpilih menyertai cabaran musim ketiga program realiti, Big Stage. Foto IG Sandra Dianne

Sandra jual ikan masin

KUALA LUMPUR: Selepas populariti lagu Hey Kau! yang meraih tujuh juta tontonan di YouTube, nama penyanyi kelahiran Sabah, Sandra Dianne seolah-olah lenyap dari persada muzik tanah air.Penyanyi yang bakatnya melalui program realiti Mentor Legend 2014 itu menafikan tidak lagi aktif. Sebaliknya, selepas kejayaan single pertamanya itu, dia masih ligat merakamkan lagu.

Sandra berkata, dia sudah memiliki empat single dan masih bernaung di bawah Sony Music.”Saya tidak pernah menghilang. Sebenarnya, saya masih aktif dalam dunia seni dan belakang tabir. Saya aktif menulis lagu dan masih berkarya.”Pada masa sama, saya sibuk menguruskan perniagaan ikan masin,” katanya yang turut bersaing dalam musim ketiga program realiti, Big Stage.

Sandra memberitahu, perjalanan lima tahun membina nama sebagai penyanyi bukanlah mudah.”Sejujurnya, saya nampak pendakian dari tahun pertama sehingga sekarang. Semuanya dianggap perubahan yang cukup ketara. Memang mula-mula dahulu agak payah untuk mengekalkan kedudukan dalam bidang ini.”Tapi saya tetap berusaha dan tidak mahu hanya bergntung kepada nyanyian. Sebaliknya, saya cuba mencari alternatif mendapatkan duit lebih hingga tercetus idea menjual ikan masin,” katanya.

Sandra berkata, dia mahu membuat penjenamaan semula dan tampil lebih matang. Mungkin dahulu dia terlalu muda dan tidak bijak berinteraksi dengan peminat.Sekarang, pada usia 26 tahun, Sandra mengaku lebih matang. Malah, dengan adanya media sosial, lebih mudah untuk dia berkongsi perjalanan seni dengan peminat.Sandra mengaku artis generasi baharu sangat beruntung kerana mempunyai platform media sosial untuk berkongsi aktiviti mereka. Malah, dia juga cuba menyesuaikan diri dengan rutin norma baru itu.

“Saya mahu peminat tahu saya penyanyi serba boleh. Saya boleh membawa apa sahaja rentak lagu. Ketika muncul dengan lagu Hey Kau!, saya masih terlalu muda. Lagu ini juga sesuai dengan selera muzik saya ketika itu.”Sekarang, saya suka muzik yang lebih matang. Saya sudah terjemahkan dalam single Tulus yang dihasilkan sendiri.”Memang menjadi impian saya untuk mencipta lagu sendiri. Saya sangat bersyukur salah satu impian tercapai,” katanya.-bh