Dilabel sombong sebab pilih bulu terhadap wartawan hingga tergamak melayan mereka dingin buat ramai rasa tak berpuas hati akan sikapnya. Ben Amir tampil perjelas situasi sebenar buat ramai bersimpati akan nasibnya

Pelakon Ben Amir, 30, menyatakan dia mempunyai alasan tersendiri meletakkan ‘dinding’ dalam diri. Menurut Ben, dia tidak bersikap kurang hormat atau dingin seperti yang diperkatakan segelintir penggiat industri hiburan.”Mungkin sesetengah orang suka dan mudah mesra, tetapi bukan saya. Memang diakui saya meletakkan ‘dinding’ di depan. “Bagaimanapun, bukan bermakna saya bersikap kurang hormat. Kalau orang layan saya dengan baik, tentunya saya akan layan dengan baik. “Tetapi sekiranya ada yang terlebih dulu bersikap kurang baik, maaf saya tidak akan layan,” katanya kepada Gempak.

Tegas pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin, dia tidak memilih bulu dalam kalangan rakan media untuk ditemubual. “Saya tak memilih bulu dan tak pilih mana-mana wartawan untuk ditemubual. “Setiap hari banyak mesej masuk ke telefon saya. Ada mesej daripada wartawan yang saya tak sempat nak layan. “Saya boleh berikan kerjasama kepada media tapi saya lebih terbuka untuk bercerita mengenai kerjaya berbanding perkara peribadi,” kata Ben. Dalam pada itu, pelakon utama drama Sweet Dreams tidak kisah sekiranya dipinggirkan kerana perkara utama adalah karier lakonan. “Terpulang kepada mereka.. Apa yang lebih penting adalah kerjaya lakonan saya,” katanya lagi. Terbaru, Ben bersama Naim Daniel dan pendatang baharu dalam industri seni, Bunga tampil dengan buah tangan terbaharu “Aku, Bunga”.

Ben Amir nafi kurang hormat orang lain

“Saya memang kurang mesra, tapi saya bukan seorang yang kurang hormat.” Itu jawapan pelakon, Ben Amir, 30, apabila ditanya mengenai sikap dinginnya yang menjadi bualan segelintir penggiat industri hiburan sejak akhir-akhir ini. Ben juga dikatakan memilih wartawan untuk ditemubual apabila dia sukar untuk bekerjasama dengan segelintir wartawan. Ben berkata, dia akan melayan orang dengan baik sekiranya layanan yang diberikan kepadanya adalah setara. “Kalau orang layan saya dengan baik, tentunya saya akan layan dengan baik dan begitulah sebaliknya,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon yang kini membintangi filem TV (FTV) berjudul Aku, Bunga itu juga menafikan dia memilih bulu dalam kalangan rakan media. “Saya tak memilih bulu dan tak pilih mana-mana wartawan untuk ditemubual. Ada mesej daripada wartawan yang saya tak sempat nak layan kerana setiap hari, banyak mesej masuk ke telefon saya. “Saya boleh berikan kerjasama kepada media, tetapi saya lebih terbuka untuk bercerita mengenai kerjaya saya berbanding perkara peribadi,” katanya.

Ben Amir nafi sombong

Bukan berlagak sombong, sebaliknya pelakon yang popular melalui drama Sweet Dreams, Ben Amir, 30, mengaku sikapnya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin berkata, dia meletakkan ‘dinding’ dalam diri bukan disebabkan mahu bersikap kurang hormat, sebaliknya punya alasan tersendiri. “Mungkin sesetengah orang suka dan mudah mesra, tetapi bukan saya. Memang diakui saya meletakkan ‘dinding’ di depan.

“Bagaimanapun, bukan bermakna saya bersikap kurang ajar. Jika orang melayan dengan baik, saya layan orang dengan lebih baik, tetapi sekiranya ada yang terlebih dulu bersikap kurang hormat, maaf saya tidak akan layan,” katanya kepada BH Online. Ben sedar dirinya dituduh sombong apabila enggan mengulas mengenai kru dan pelakon drama bersiri demi dijangkiti COVID-19, beberapa bulan lalu. Dalam drama itu, Ben yang menjadi antara pelakon utama, terbang ke Scotland untuk menjalani penggambaran ketika dunia mula terlibat dengan pandemik itu. Bagaimanapun, Ben bernasib baik apabila pulang lebih awal dan disahkan negatif. Namun, pengarah, Rahila Ali dan pelakon iaitu Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Puteri Rayyana Rayqa serta beberapa kru disahkan positif COVID-19 sejurus pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.

Menjelaskan mengapa dia enggan memberi komen mengenai isu COVID-19, Ben berkata, ketika itu, dia memerlukan masa dan menunggu semuanya reda.”Disebabkan itulah saya mengelak mengeluarkan kenyataan. Bagaimanapun, jika membabitkan perkara lain, saya tiada masalah berkongsi. “Saya tidak memilih media, sebaliknya ada masa, saya tidak menjawab pesanan kerana terlalu sibuk. “Saya menerima puluhan mesej yang ada antaranya saya tidak sempat baca, setiap hari. Saya bukan memilih bulu. Cuma saya rasa kurang selesa berkongsi semua perkara.

“Saya tiada masalah memberi kerjasama dengan media, tetapi perlu berpada-pada. Jika membabitkan perkara terlalu peribadi, minta maaf saya tidak akan kongsi,” katanya. Pelakon drama Playboy Itu Suami Aku dan Suri Hati Mr Pilot itu berkata, dia tidak takut jika dirinya dipinggirkan. “Terpulang kepada mereka… Apa yang lebih penting adalah kerjaya lakonan saya,” katanya. Selepas namanya semakin meniti di bibir peminat apabila digandingkan bersama Mira Filzah, timbul pernyataan bekas Hero Remaja 2012 semakin ‘sombong’ hingga ada antara produksi serik mengambilnya berlakon.

Namun, pernyataan itu disangkal jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu. Ben berkata, tawaran lakonan masih melimpah ruah, cuma sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, hampir enam bulan Ben tiada ‘job’. “Jika betul ada produksi tidak mahu mengambil saya kerana kononnya bersikap ‘sombong’, tentu tak ada langsung tawaran lakonan diterima. “Lakonan adalah periuk nasi, tak mungkin saya mahu menjejaskan rezeki sendiri. Tak dinafikan, saya tidak menerima tawaran lakonan sejak Mac lalu.

“Saya yakin semua orang mengalami nasib sama, tetapi keadaan sudah kembali seperti biasa. Saya akan mula sibuk memasuki set penggambaran semula tidak lama lagi,” katanya yang muncul menerusi filem televisyen (FTV) berjudul Aku, Bunga menerusi saluran Astro First, hari ini. Anak keempat daripada lima adik beradik itu menyangkal pernyataan menumpang populariti Mira apabila namanya meniti di bibir peminat berbanding digandingkan dengan pelakon wanita lain. “Bagi saya, ia berbalik kepada soal nasib. Mungkin drama ini disiarkan tepat pada masanya dan digandingkan pula dengan pelakon sokongan serta kru tepat. Ia bukan soal berlakon dengan siapa, baru drama akan melonjak. “Saya tiada masalah berlakon dan digandingkan dengan pelakon wanita lain. Bagi saya, setiap pelakon memiliki keistimewaan dan kelebihan tersendiri,” katanya.

Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin Berlakon

Namanya lebih dikenali ramai selepas membintangi drama Sweet Dream, pelakon Ben Amir mengakui popularitnya sedikit menurun susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang di laksanakan pada 18 Mac lalu. Menyedari bahawa kehidupan sebagai anak seni ada naik turunnya, Ben berkata dia kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam bidang lakonan selepas enam bulan tidak berlakon.

“Alhamdulillah selepas kejayaan tahun lepas… graf naik tapi sebab PKP, jatuh sikit. Tapi tak apa sebab sebagai pelakon ada turun naik… namun apabila dah jatuh kena naik balik. “Sekarang ni masa untuk pemulihan selepas enam bulan tak berlakon, ” katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Ben berkata dia gembira apabila mengetahui Mira Filzah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi serta berharap bakal suami akan mengizinkannya untuk terus berlakon. “Saya seronok dia nak kahwin, harap lepas ni dapat berlakon lagi dan suami izinkan… saya selesa berlakon dengan dia. “Tentang jodoh? Saya lambat lagi dalam dua, tiga tahun lagi. Bagi betul-betul stabil, calon pun tak ada. Tengah kenal-kenal,” ujarnya.