Diorang dah gigil nak sambut PKPB nanti. Yatt Hamzah kongsikan reaksi dia dan anak anak menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Pelakon, Yatt Hamzah ada berkongsi cerita perihal anaknya menerusi akaun Instagram. Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberitahu, anak-anaknya berasa gembira untuk menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di rumah. Pada masa sama, Yatt juga memaklumkan sudah bersedia menjalankan tugas sebagai seorang ibu sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan.

“We are ready for PKPB tomorrow? Are you ready? (Maka mak2 pun dah standby dg senduk dan resepi2 dr YouTube utk masak dan rotan dan cili utk anak msg2). Ada siapa2 nak tambah apa2?? “Anak2 Bonda 4 ketol dah kemain seronok nak PKPB esok. Mcm raya je kata dorang..Ahahaha.. Tah apa yg seronok tah. “Tak tahu Bonda dorang dah gigil ni nak sambut PKPB esok..,” tulisnya. Sekadar informasi, PKPB di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya telah berkuatkuasa mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.

Sumber: MediaHiburan

SOP PKPB Mukim Klang Terbatal, Kini Selaras Seluruh Selangor – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 14 Okt – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di mukim Klang, Selangor sebelum ini terbatal. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, SOP tersebut kini sudah diselaraskan dengan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor. SOP PKPB Mukim Klang sebelum ini batal selaras PKPB di Selangor, WP,KL dan Putrajaya mulai hari ini –

Dalam pada itu tambahnya, sebarang kemaskini mengenai peraturan solat di masjid pula akan diumumkan oleh pihak berkuasa agama negeri dalam masa terdekat.Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan secara sidang video hari ini.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk menangguhkan solat Jumaat, solat fardhu lima waktu berjemaah dan aktiviti-aktiviti imarah di semua masjid dan surau sekitar Selangor yang berkuatkuasa mulai Subuh tadi.

Ia dilaksanakan selaras dengan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri sebagai usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.Sebelum itu juga, Majlis Keselamatan Negara juga bertindak melaksanakan PKPB di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam tadi sehingga 27 Oktober ini. Sumber: Ismail Sabri