Doktor ini dedahkan Etnik Uighur akan dapat makanan percuma terutama kanak kanak. Tapi rupa rupanya makanan percuma itu adalah haiwan yang haram buat Islam.

Sudah lebih dua tahun semenjak Sayragul Sautbay dibebaskan dari ‘pusat latihan’ di wilayah barat China. Namun begitu, wanita ini mengaku, dia masih dihantui mimpi ngeri mengenai pengalamannya semasa ditahan di fasiliti berkenaan. Dalam satu temu bual bersama Al Jazeera, Sayragul yang juga merupakan seorang doktor dan pendidik mendedahkan, salah satu perkara paling ngeri yang perlu dilaluinya ketika ditahan adalah dipaksa memakan daging babi setiap hari Jumaat.

Menurut wanita yang juga ibu kepada dua anak itu, kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat ekoran mengetahui hari berkenaan adalah suci buat penganut agama Islam. Ujar Sayragul lagi, polisi itu sengaja dilaksanakan untuk memalukan dan menghina tahanan beragama Islam.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika dipaksa makan babi. Saya rasa seperti orang lain. Dunia saya gelap,” tambahnya lagi. Sayragul yang kini menetap di Sweden telah menerbitkan sebuah buku untuk berkongsi mengenai pengalamannya semasa ditahan di ‘pusat latihan’ itu.

Dalam buku tersebut, Sayragul turut menceritakan pengalamannya menyaksikan kekerasan, penderaan seksual dan juga pemandulan paksa bagi mengelakkan wanita Islam etnik Uighur untuk melahirkan zuriat lagi. Mereka juga ada memberikan kanak-kanak tadika makanan yang mengandungi daging babi tanpa pengetahuan ibu bapanya mahupun kanak-kanak itu sendiri.

Dalam temu bual sama, Sayragul turut mendedahkan bahawa kerajaan Xinjiang ada memulakan satu inisiatif digelar ‘makanan percuma’ dan sasaran mereka adalah kanak-kanak di tadika. Menurut Sayragul, kanak-kanak tadika beragama Islam di sebuah sekolah di bandar Altay yang terletak di utara Xinjiang telah diberi makan daging babi tanpa pengetahuan mereka melalui inisiatif ‘makanan percuma’ berkenaan.

“Mereka mahu mengajar kanak-kanak Muslim dari usia muda supaya menggemari rasa daging tidak halal itu,” terang Sayragul. Ada usaha jadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi. Sementara itu, pakar antropologi Jerman, Adrian Zenz berkata, terdapat usaha aktif untuk mempromosikan dan mengembangkan ladang ternakan babi di kawasan Xinjiang.

Menurut Adrian, ladang ternakan baharu itu dibangunkan di kawasan selatan Kashgar dan sasaran ternakan adalah sebanyak 40,000 ekor babi setiap tahun. “Ini merupakan salah satu usaha untuk mengubah Muslim Uighur dan membasmi budaya mereka di wilayah Xinjiang,” katanya.

Sumber: Al Jazeera

Disebabkan Terlalu Teruja PKPB Putrajaya Dah Tamat. Kecoh Pula Apabila Ada Seekor Haiwan Ini Muncul Di Dalam Mall Putrajaya.

Mentang-mentanglah PKPB di Putrajaya dah diumumkan tamat hari ni, terus pergi shopping! Sebuah pusat beli belah di Wilayah Persekutuan Putrajaya kecoh apabila seekor babi dirakam berada di dalam salah sebuah kedai di pusat perniagaan itu. Menerusi laman sosial Twitter @redzuanNewsMPB, orang awam berjaya merakam adegan seekor babi yang berada di dalam sebuah kedai di sebuah pusat beli belah yang terletak di Putrajaya. Video berkenaan kini sudah ditonton lebih 1,000 kali.

Rata-rata warganet beranggapan insiden berkenaan adalah sangat lucu susulan ia berlaku hanya sehari selepas pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status Putrajaya yang diisytiharkan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini. Tidak kurang juga ada warganet yang berkata bahawa insiden berkenaan adalah kerana habitat semula jadi haiwan berkenaan sudah semakin berkurangan.