Dr Say Shazril beri penjelasan rahsia kebaikan bengkung pada tubuh badan yang satu ini yang sering disalah erti terus leraikan kekeliruan pengikutnya. Dia nekad cerita perihal sebenar agar tiada lagi salah faham mengenai perkara ini

Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril merungkai pertanyaan peminatnya yang mempunyai kemusykilan mengenai pemakaian bengkung. Berkongsi informasi di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, Dr. Say bercerita mengenai topik penggunaan bengkung dengan harapan untuk kurus. “Topik : “Doc, Okay Tak Pakai Bengkung?” “Memandangkan ramai bertanya mengenai ni so here goes, Nak pakai ok tapi tak ada functon sekirannya pakai dengan harapan untuk kurus.

“Eh kenapa pulak doc? Saya tengok si dia dan mereka slim je?”. Well, si dia dan mereka slim sebab depa jaga pemakanan dan buat senaman maka slim lah mereka. “Saya bagi contoh kalau saya post story hari-hari saya pergi workout dan makan sihat-sihat lepas tu saya buat satu post transformation dari badan bapak-bapak jadi badan adik-adik dengan topik “Pembakar Lemak Mencairkan Badan Kebapakan Saya”, korang rasa korang beli tak fat burner tu? “Saya gerenti 100% korang beli. Padahal story saya hari-hari dah menunjukkan kegigihan saya tapi in the end korang ambil yang satu post tu je. Kita dah di train untuk cari shortcut walhal yang longcut tu kita tapis buang,” tulis Dr. Say.

Tambah pemilik nama penuh Muhammad Shazril Shaharuddin ini, bengkung hanyalah berfungsi untuk menyorok lebihan lemak pada badan anda.  “Jadi apa yang okaynya pakai bengkung ni doc?”. Okaynya hanyalah sekadar menyorok lebihan lemak pada badan anda sekiranya anda ada function nak pakai kebaya ke, dress ke, Itu sahaja. Tapi kalau nak kerengga, nak hour glass pakailah 24 jam pun takkan nampak hasilnya.

“Dah tu macam mana doc?”. Korang tau dah jawapannya cuma macam saya cerita otak kita tapis buang dah benda tu yakni eat healthyly, exercise regularly and be positive. “Jadi peeps daripada korang bazir duit beli bengkung tu apa kata korang beli sayur-sayuran & buah-buahan segarkan lebih bagus. “There is no shortcut in losing weight. Oh ini juga termasuk pakai bengkung lepas bersalin untuk slimming, Tak ada function juga. “Rahim memang akan mengecut dengan sendirinya dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin maka tak payah berbelit-belit kat pagar macam mummy. Di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr. Say bersetuju dengan informasi yang diberikan serta memohon orang ramai tidak terkeliru dengan penggunaan bengkung untuk kurus.-Gempak

Dr Say cemas, isteri WhatsApp foto ‘dua line’ – “Saya mungkin akan dikata macam macam… tapi Say Shazril mana dengar cakap bini”

Bapa mana yang tidak gembira, tidak bersyukur apabila mereka diraikan dan dihargai sempena Hari Bapa. Bagi seorang doktor popular ini, hadiah Hari Bapa yang diterimanya bukan biasa-biasa, mungkin sesuatu yang tidak pernah dijangkakannya pada hari istimewa itu. “Best Father’s Day Gift Ever!!! (Hadiah hari bapa yang terbaik!!!),” tulis Dr Muhammad Shazril Shahruddin di laman Instagramnya. Segala-galanya bermula apabila dia menerima satu panggilan penting daripada isterinya, Dr Azura Abas malah diberikan ‘amaran’ berhubung dengan kejutan itu.


Dr Say berkongsi kisah mengenai panggilan penting daripada isterinya. “Pagi tadi saya dapat panggilan penting daripada bini ‘Ubby, I buat UPT (ujian kehamilan) tadi dan dapat dua line (garisan). I macam tak percaya, jadi I buat sekali lagi dan dapat dua line juga! Tapi samar-sama kedua-duanya, betul ke ni? I hamil ke ni?’. “Dah dia kalut saya lagilah kalut ‘Waaah, best sangat unny! Alhamdullilah! Happy sangat, mai gambar tengok,” ujar beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril di laman sosial. Berkongsi pengalaman, Dr Say Shazril yang merupakan pengacara bagi program Tanya Doktor dan My Doctors berkata, beliau kemudian menerima sekeping foto kit ujian kehamilan daripada isteri menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkongsian Dr Say di laman sosial mengenai kehamilan isteri. “Saya mungkin akan dikata dengan perkataan negatif oleh bini akibat post gambar ni tapi saya tak boleh tahan! Di WhatsApp-kannya gambar di atas dengan pesanan ‘you jangan post, benda tak pasti lagi, kalau tak jadi nanti I down (sedih)’. “Tapi Say Shazril mana dengar cakap bini dan Say Shazril mana boleh simpan excitement (keterujaan) maka alhamdulillah… Saya tahu mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang-kurangnya kehamilan mereka dah masuk trimester kedua. “Tapi bagi saya jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat,” tambahnya.



Selepas lima tahun berkahwin, Dr Say dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Doktor berusia 32 tahun itu tampil menjelaskan meskipun telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia setahun, Aezril atau lebih mesra dengan panggilan Ace. “Sebab apa doc cakap macam tu? Doc dah dapat Ace kot, kenapa nak risau tak boleh dapat anak lagi?’. Tu semua ada saya jelaskan dalam video YouTube pertama saya tidak lama lagi! “Sesuatu yang saya dan bini tak pernah kongsikan dalam media sosial kami kemungkinan yang kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.

Bagi saya jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat

“Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini saya ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya. “Kasihan tengok Ace tak ada kawan dan kasihan tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa,” ujarnya secara berseloroh merujuk wajah Ace mirip wajah isterinya. Selepas lima tahun berkahwin, Dr Say Shazril dan Dr Azura dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 5 Mei 2019. Sebelum ini, Dr Say Shazril pernah berkongsi mengenai masalah kesuburan dan usahanya untuk mendapatkan zuriat, sehingga perkongsian tersebut menjadi tular. Selain dedahkan dirinya menjalani ujian kesuburan, beliau turut menggariskan beberapa tip untuk kesuburan lelaki seperti mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat, mengamalkan pemakanan sihat dan aspek pemakaian khususnya seluar yang ketat.-Mstar