Dr Sheikh Muszaphar dedah ibunya sanggup menangis untuknya tanpa henti hingga beri kesan pada kesihatan dirinya sebab dia akan berlepas ke satu destinasi ini. Dia buka mulut fasal ibunya yang satu ini yang ramai tak tahu

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dedahkan berat badan ibunya menurun sebanyak 12 kilogram ekoran menangis setiap hari. Kisah itu berlaku ketika Sheikh Muszaphar berada selama 12 hari di angkasa lepas pada 2007. “Saya membawa bersama dua naskhah Al-Quran dalam perjalanan ke angkasa. “Salah satunya adalah dari ibu saya yang mengingatkan saya untuk membawanya setiap masa. “Ibulah yang paling risau berbanding semua orang. Dia menangis setiap hari selama 12 hari bertugas di angkasa dan telah kehilangan 12 kg selama 12 hari itu. “Saya teringat bercakap dengannya semasa saya menaiki ISS – ada air mata kegembiraan walaupun ketika itu saya dapat merasakan ketegangan apabila mengetahui perjalanan saya masih belum selesai,” cerita Sheikh Muszaphar.

Berbeza pula dengan bapanya yang lebih tenang dan sentiasa memberikan sokongan dalam setiap perkara yang dilakukan. “Ayah sangat berlainan dengan ibu. Sama kuat seperti keluli, terus mendorong saya dan ingatkan bahawa saya akan berjaya dengan sikap jika selalu melakukan perkara dengan bersungguh sungguh’. “Saya kira dari situlah saya mewarisi sifat beliau,” tambahnya. Berakar umbi daripada asuhan kedua-dua ibu bapa, kata Sheikh Muszaphar daripada situlah keempa-empat adik beradiknya melakar kejayaan dalam bidang masing-masing. Matlamat sama diguna pakai Sheikh Muszaphar dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

“Saya sangat bersyukur dibesarkan dengan 4 saudara lelaki lain yang benar-benar kompetitif dan mempunyai semangat untuk berjaya dalam semua bidang terutama sekali pendidikan dan sukan. “Saya sekarang membesarkan anak-anak saya dengan cara yang betul. Membesarkan mereka dengan cara seimbang adalah kunci. “Seorang ibu bapa tegas sementara yang lain menyayangi anak mereka dengan cara tradisional. “Kedua ibu bapa harus bersikap tegas dan penyayang dengan tujuan bersama untuk menghasilkan yang terbaik pada anak anda.

“Penting untuk menghabiskan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Bimbing mereka. Sayangi mereka. Didik mereka. Dan hormati mereka. Insya Allah, mereka akan berjaya di akhirat,” ujarnya. Sheikh Muszaphar telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa dengan menaiki kapal Soyuz dibawah penjanjian Rusia pada Oktober 2007.-Gempak

Pilih tiga terbaik rasai latihan jadi angkasawan

 Golongan belia di negara ini berpeluang diterbangkan secara eksklusif ke Moscow, Russia dan menikmati sendiri pengalaman berada di tempat latihan Angkasawan Pertama Negara Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor di Star City. Bagaimanapun hanya tiga peserta terbaik dalam cabaran ‘The Space Race’ berpeluang menjejakkan kaki ke pusat latihan angkawasan itu. Dr Sheikh Muzaffar berkata, pertandingan dengan slogan ‘Adakah Anda Cukup Cergas Untuk Menjadi Angkasawan Seterusnya?’ dianjurkan sempena dengan rancang kerajaan untuk menghantar angkasawan kedua ke angkasa lepas pada 2030.

“Misi kami menganjurkan cabaran ini untuk memberikan inspirasi, menambah keyakinan serta memenuhi impian golongan belia. Ia bagi memastikan belia di negara ini sentiasa cergas dan menyahut saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. “Peserta akan menyahut cabaran di trek disediakan dan kebanyakannya adalah halangan semula jadi sebelum mendapat tempat ke Star City, Moscow,” katanya pada sidang media pelancaran pertandingan berkenaan di Taman Botanic Negara di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Moteevasi Media Sdn Bhd (Moteevasi) Syukran Idris berkata, Dr Sheikh Muzaffar memberikan kepercayaan kepada Moteevasi untuk menganjurkan cabaran berkenaan. Beliau yang juga pengarah program berkata, cabaran bermula pada Januari 2015 di Negeri Sembilan seterusnya diadakan setiap bulan di lokasi berbeza. “Ada 10 lokasi pertandingan iaitu di Rembau, Negeri Sembilan; Banting, Selangor; Alor Gajah, Melaka; Desaru, Johor; Merapoh, Pahang; Kundasang, Sabah; Gua Musang, Kelantan,” katanya.-My Metro

Merangsang cita-cita anak Dr Sheikh Muzaffar Shukor

Adalah penting untuk anak anda mempunyai cita-cita tinggi, sama ada menjadi seorang doktor, saintis, jurutera atau angkasawan. Jadi ibu bapa perlu bimbing ke arah itu dengan membeli buku untuk merangsang mereka. Itulah pesanan dari Angkasawan Pertama Negara Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor.Figura yang cukup hebat itu, bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia pertama terbang ke angkasa lepas, malah bapa empat cahaya mata itu cukup mengambil berat soal pendidikan anak-anaknya walaupun mereka masih kecil.

Perkara itu dikongsikan di Instagram (IG) miliknya yang turut memuat naik sedutan video dua anak gadisnya, Sophea Isabella, 8 dan Sophea Natasha, 7, yang seronok bercerita berkenaan cita-cita mereka. “Saya mahu semua anak saya menjadi doktor. Saya membelinya banyak buku mengenai tubuh manusia, eksperimen kanak-kanak dan membawa mereka ke tempat kerja kami dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada mereka.-Sinar Harian