Ebit Lew sanggup buat kejutan istimewa buat isterinya di hadapan pasar raya dengan satu aksi spontan ini jadi perbualan hangat ramai. Dia nekad berbuat sedemikian atas sebab yang satu ini buat ramai kagum akan dirinya

Ebit mempamerkan sisi romantisnya dengan menyarung cincin di jari isteri sempena pembukaan pasar raya baharu di Sri Gombak. Siapa tak kenal Ustaz Ebit Lew, figura yang disegani kerana sumbangannya dalam membantu masyarakat kurang berkemampuan. Selain itu, sikap romantisnya terhadap isteri juga bukan lagi asing buat pengikut beliau di laman sosial. Sejak kebelakangan ini, Ebit begitu gigih membuka rangkaian pasar rayanya yang menawarkan harga pelbagai barangan lebih rendah di pasaran. Walaupun kepenatan dek kesibukan itu, namun romantisnya terhadap isteri tidak pernah luntur dan ia dapat disaksikan sempena pembukaan pasar rayanya yang baharu di Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada Sabtu.

“Rindu bidadari. Rindu sangat. Hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan Elewsmart Sri Gombak semalam. Terus hilang semua penat letih. “Macam baru mula hari. Nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini. Bidadari di dunia bidadari di syurga insyaAllah,” tulis Ebit di laman Instagram pada Ahad. Babak menyarungkan cincin di hadapan pasar raya menerusi video yang turut dimuat naik itu dianggap Ebit seperti pengantin baharu, sekali gus mengimbas detik menikahi isterinya 12 tahun lalu. “Macam pengantin baru bila sarungkan cincin. I love you bidadari sayang. Terima kasih selalu ada dan mendoakan. Terima kasih tolong jaga anak-anak kita,” ujar bapa empat anak itu sambil berkongsi mengenai pasar raya baharunya di Sri Gombak dikunjungi ramai sehingga malam.

Awal bulan ini, Ebit berkongsi catatan romantis sempena ulang tahun perkahwinan ke-12 bersama isterinya pada 1 Ogos. “Bidadariku, selamat ulang tahun perkahwinan kita 1/8/08. Rezeki kita telah bersama 12 tahun insyaAllah cinta sampai syurga. Perkongsian romantis Ebit menarik perhatian ramai. “Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama, macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan. “Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru,” kata Ebit.- Mstar

Saya kurang arif ilmu agama – Ebit Lew

“Saya kurang arif fasal agama, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina belajar Islam. “Terima kasih semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah saja balas semuanya,” kata pendakwah terkenal Ebit Lew. Ebit Lew meluahkan isi hatinya di Facebook selepas niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan segelintir pihak.

Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu. “Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Saya mohon maaf pada semua ya. “Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. “Bagaimana kita boleh lena, sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. “Walau memberi minum pada kucing atau anjing sedikit pun (tetap) dipandang Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua, kita buatlah apa yang kita termampu,” katanya.

Katanya, janganlah menuding jari kerana setiap orang bertanggungjawab atas diri sendiri. “Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. “Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. “Semuanya hingga satu hari nanti kita mendapat RedaNya. Reda Allah segala-galanya. Usahlah takut akan kata kata negatif atau pandang rendah oleh orang tapi yang paling patut ditakuti adalah Allah,” katanya. Meskipun sedar semakin hebat dugaan melanda, namun dia berharap bakti ditaburkannya itu dapat dilakukan berterusan hingga akhir hayatnya.

“Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang sejak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. “Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu, sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna,” katanya. Dalam hantaran sama pendakwah itu sempat mengenang nasihat ibunya selain menyatakan kerinduan terhadap keluarganya yang berada di Kuala Lumpur. “Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Tak apa orang buat kita. Jangan kita buat orang.

“Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang. “Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik KL (Kuala Lumpur) cepat, lepas selesai semuanya,” katanya.-Berita Harian