Elly Mazlein akui kesal serta terkilan akibat tak sempat sediakan juadah masakan popular ini pada seorang pelakon lagenda popular ini. Dia dedah cerita mengenai hubungan sebenar mereka pada umum buat ramai tercengang

Aktres dan pengacara Elly Mazlein, 40, dedahkan dia sempat menziarahi pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, pada awal bulan lalu. Walaubagaimanapun, Elly terkilan dan berasa sedih kerana tidak sempat untuk memenuhi permintaan pelakon terbabit untuk makan kari kepala ikan. “Sempat jumpa ayah awal bulan hari tu. Kata mama dan Zarith, ayah tak ada selera nak makan. “Masa Sharifah datang (ayah Abu Bakar suka panggil saya dengan nama Sharifah), ayah cuba makan sebab nak Sharifah gembira.  “Sharifah sempat tanya, ayah nak makan apa, nanti Sharifah masak.. Ayah cakap nak makan Kari Kepala Ikan. 

“Ok nanti ayah datang rumah Sharifah, Sharifah masak untuk ayah. Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Sedih tak sempat nak masak untuk ayah,” tulisnya di Instagram (IG). Tambah pelakon drama Kampung People, dia akan menunaikan janjinya untuk melawat seperti mana yang diberitahu kepada anak . “Sebenarnya dah bagi tau Zarith (anak ayah Abu Bakar Juah) yang Sharifah janji nak datang hari ini ziarah ayah, tapi Allah lebih sayangkan ayah. “Ayah tunggu ya.. Sharifah datang sekarang nak tengok ayah buat kali terakhir dan seperti mana yang Sharifah janji nak datang hari ini. Al-Fatihah buat ayah,” tulisnya lagi. Semalam, dikatakan telah pergi buat selama lamanya kira-kira pukul 6.35 petang di kediamannya.-Gempak

Ramai tak tahu cerita ‘belakang tabir’ kek kolam air Elly Mazlein – “Lampu tak berfungsi, mujur sempat turn on”

Biarpun majlis perkahwinan pelakon Elly Mazlein dan pasangan, Mohammad Azlan selesai berlangsung Sabtu lalu, namun sehingga kini kemeriahan majlis tersebut masih menjadi bualan hangat peminat. Paling meraih tumpuan tentunya kek sembilan tingkat berwarna biru yang dilengkapi kolam air mini di bahagian tengah. Menurut Cef Zam daripada Mad About Cake, kek berketinggian enam kaki siap dengan kolam beraliran air itu adalah kejutan untuk pasangan pengantin. Zam atau nama sebenar Zam Akmal berkata, Elly tidak mengetahui mengenai reka bentuk tersebut sehinggalah pada acara memotong kek berlangsung. “Sebenarnya pada hari perbincangan dua minggu lalu, Elly hanya bagi tema dan warna pilihan… awalnya kami hanya nak buat ringkas-ringkas sahaja tapi setelah difikirkan kita muncul dengan idea kolam dalam kek tersebut.

Hiasan dalam kek yang meraih perhatian tetamu yang hadir. “Kolam itu kita hasilkan sendiri mengikut kesesuaian dengan bantuan lapan orang staf. Sebenarnya proses pembuatan kek tidaklah serumit disangka, namun ia memakan masa memandangkan kita juga ada tempahan pelanggan lain. “Untuk rekaan istimewa ini, kita sudah mula hasilkan seminggu lebih awal. Bagaimanapun, Elly dan suami baru tahu mengenai rekaan itu pada malam resepsi tersebut, mereka pun terkejut dan suka dengan hasilnya,” katanya kepada mStar. Bercerita lanjut mengenai kek, Zam berkata kolam air itu dihasilkan menggunakan balang kuih yang diubah suai. “Selain itu saya juga terpaksa belajar daripada YouTube dan Google mengenai kaedah wiring ringkas agar idea untuk meletakkan lampu dan kolam air dapat direalisasikan,” katanya.

Saya akui harga kek tersebut boleh mencapai puluhan ribu bergantung pada material, rekaan dan sebagainya!

Sementara itu ketika ramai pihak memuji hasil karyanya, Zam berkata terdapat perkara luar jangka yang berlaku hingga membuatkan dia dan kru lain tidak senang duduk. “Nak dijadikan cerita lampu pada kek itu tidak berfungsi pada saat-saat akhir, walhal isu teknikal sudah diselesaikan sejak awal. “Mujur hanya beberapa ketika sebelum Elly kembali ke pentas untuk acara memotong kek, suis lampu dah boleh turn on dan ia berfungsi seperti biasa,” katanya. Ditanya kos menyediakan kek eksklusif itu, Zam berkata dia tidak boleh dedahkan harga sebenar, namun mengakui mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

“Kita tak boleh nak dedahkan harga kerana ini adalah perbincangan dengan pelanggan tapi… saya akui harga kek tersebut boleh mencapai puluhan ribu bergantung pada material, rekaan dan sebagainya. “Kebiasaannya untuk pakej premium begini kita jarang guna konsep dan rekaan yang sama pada pelanggan lain… kita akan buatkan rekaan yang berbeza pula,” ujarnya yang menyediakan pelbagai jenis kek bergantung bajet dan permintaan pelanggan. Majlis perkahwinan Elly dan suami berlangsung meriah dan menarik perhatian warganet. Pasangan sama cantik sama padan, Elly Mazlein, 40 dan Mohamad Azlan Che Nuh , 30, bernikah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Sebelum ini sepanjang tempoh pertunangan, Elly tidak pernah berkongsi wajah suaminya itu sehingga pada majlis berinai yang berlangsung pada Jumaat lalu. Elly dan Azlan mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu. Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum berpisah pada 15 Oktober 2015. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.-Mstar