Emma Maembong muat naik foto terbaru. Tapi kena kritik teruk dengan warganet. Rupa rupanya ini sebab warganet komen sampai macam tu sekali.

Seperti semua sedia maklum pelakon cantik Emma Maembong, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung bersama pasangannya Muhammad Shazli Azhar, pada 8 November yang lalu. Berita gembira itu dikongsi menerusi platfom Instagram suaminya sebelum ini. Namun, baru-baru ini Emma menerima kritikan yang ‘pedas’ daripada warganet selepas memuat naik beberapa keping gambar di platfom Instagramnya.

Menerusi perkongsian gambar Emma bersama kakak dan kawannya seolah-olah mereka sedang berada di sebuah pasar raya lengkap berpakaian sukan. Namun, warganet yang ‘prihatin’ mempersoalkan tindakan Emma Maembong yang seolah-olah tidak berpantang dengan baik.

Tidak berakhir di situ, terdapat juga komen-komen pedas  yang menasihatkannya supaya berpantang dengan sebaik mungkin. Sebelum ini, walaupun sedang berpantang Emma Maembong kerap berkongsi aktiviti-aktiviti yang dilakukan olehnya di Instagramnya.

Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen waragent yang prihatin akan kesihatan Emma Maembong. Tetapi jika diikutkan tempoh berpantang mengikut adat Melayu seseorang yang telah melahirkan anak perlu berpantang selama 44 hari dan semalam Emma Maembong sudah memasuki 32 hari berpantang yang bermula 8 November yang lalu.

Terdahulu, Emma Maembong dan suaminya telah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Februari yang lalu. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Emma Maembong ya! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Emma Maembong via ohbulan