Enjin Kereta Anda Lemau dan Kuat Makan Minyak. kenali 4 punca engin kereta buat hal.

Pernah tak rasa yang enjin kereta anda tiba-tiba macam tak sedap, minyak pun kuat je makan. Kita yang takde ilmu pasal enjin-enjin pasal kereta ni mesti pernah tertanya-tanya. Padahal, selalu je servis kereta, selalu je tukar minyak hitam. Mesti geram kan, jalan tak jauh pun, tapi minyak laju macam air. Kadang-kadang bila tanya mekanik, dia cakap kena tukar benda lain. Dan benda tu pulak mahal. Lepas tu bila dah tukar, sama juga. Jadi, apa sebenarnya masalah dia ni?

Seorang pengguna Twitter yang bernama pomen kampung ada berkongsikan mengenai masalah sebenar yang sering berlaku pada kereta anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut. Pertama, check spark plug. Kalau dah hitam legam. Yang hitam legam tu adalah carbon yang terhalis dari proses pembakaran. Bila plug korang dah kotor, spark yang terhalis dari plug akan jadi tak cantik/kurang kuat. Saranan customer dinasihatkan untuk tukar plug ini seetiap 50,000 km untuk jaga dalaman engine dan prestasi engine.

kedua, minyak engne kurang bersesuaian. Jenis minyak ada pelbagai namun kita hendaklah melihat kesesuaian dengan engin kereta yang kita miliki. Ini akan memberi kesan prestasi engine. Kalau model kereta baru kadang tidak cerewet atu tidak memilih. ikut sahaja yang dicadangkan oleh manual book atau buku panduan. Contohnya, perodua Myvi. Biasanya minyak yang digunakan adalah minyak fully synthentic 5w-30/5w-40. Bila millage dah sampai 100,000km minyak tu biasanya dah tak sesuai untuk engine yang kita. sebaiknya pakai minyak yang likat semi synthetic 10w-40. Tapi ingat, lain kereta akan berlainan grade minyak. Anda dicadangkan servis kereta 1000km sbelum sampai millage yang sepatutnya. Jangan sampai minyak dah hitam pekat baru servis.

ketiga, engin flush. bahagian ini sangat berguna kerana ia berfungsi sebagai pencuci kotoran dalam engin kereta. Harga bahagian ini dalam RM30-50 bergantung kepada jenama dan pengeluar. Cara pengunaan alat ini juga mudah hanya masukkan engin flush ini sebelum servis minyak engin. biarkan engin idle dalam 10-15 minit, matikan lepas tu baru buang minyak engin. Ini juga akan meringankan engin.

Keempat, jengah bahagian fuel injector atau Carburetor. bahagian ini antara punca kereta ‘lemau’. ini kerana bahagian injector mudah tersumbat disebabkan daki dan minyak. DEkat bahagian injector terdapat lubang-lubang halus untuk pancut minyak. Lubang ini terlmpau halus disebabkan itu kalau ada kotoran atau debu mudah untuk tersumbat. Untuk bahagian ini anda disarankan cuci bahagian ini menggunakan injector cleaner. Cara pakai mudah saja hanya masukkan additive dalam fuel tank. Manakala, untuk carburetors pula, pakai carburetors cleaner. Harga pemebersih bagi carburetors ini hanya dibawah rm20 sahaja. Cara pengunaan adalah buka filter carb kereta anda. hidupkan atau strt engin, selepas itu rev tinggi sikit dalam 3000-4000 rpm. Masa tengah rev tu anda hendaklah sembur carb. ulang dalam 3 hingga 4 kali.

Maka, jagalah kesihatan dan kebersihan engin anda sebaik mungkin.

Sumber: Pomen kampung