Ernie Zakri dedah pernah gusar mengenai hubungan dengan Syamel sebab satu perkara ini. Dia nekad dedah sikap sebenar Syamel yang satu ini pada orang ramai buat mereka terkelu dengan pendedahannya itu

Setelah mengikat tali pertunangan, pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan pasangan merpati dua sejoli ini naik pelamin. Sebelum ini, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel mengambil keputusan untuk merahsiakan hubungan mereka kepada khalayak ramai dan rakan media. Pasangan duet lagu Aku Cinta ini akan menamatkan zaman bujang pada awal tahun hadapan. Dikhabarkan juga mereka akan melancarkan lagu terbaru hasil ciptaan bersama pada hari perkahwinan. Ernie Zakri menerusi temubual bersama OHBULAN! terpaksa menangguhkan acara pertunangan mereka yang telah dirancang pada bulan Jun lalu. Penangguhan itu adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti mana disarankan kerajaan.

Sebenarnya sebelum MCO lagi kami ada plan. Cumanya, semua terpaksa PKP jadi kami terpaksa menangguhkan. Terpaksalah banyak memberi jawapan berdalih kepada semua. Saya dah berkawan dengan Syamel sudah beberapa tahun dari pertandingan Duo Star lagi. Tapi masa itu tidak ada apa-apa perhubungan. Memang kami rapat sebagai kawan dalam setahun hingga dua tahun macam tu. Selepas itu, baru kami rasa hubungan ini boleh dibawa ke fasa yang lebih serius.

Tak nak ada pula ‘kluster Ernie Syamel’

Penyanyi Ku Bersuara ini meluahkan rasa syukur dengan perancangan terlaksananya majlis pertunangan. Mereka merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan. Sekarang ini masih lagi proses perbincangan. Kami masih mencari tempat, tarikh dengan keadaan sekarang kena betul-betul jemputan tetamunya disebabkan kami tidak dapat menjemput ramai orang. Masih kena ikut SOP. Bila dah ada date yang confirm, kami akan beritahu. Disebabkan ada SOP, kami mengambil keputusan untuk berkongsi dalam satu majlis. InshaAllah, untuk rakan media dan rakan selebriti yang lain akan ada satu majlis. Takkanlah orang cakap nanti ‘Kluster Ernie Syamel’ pula kan. Doakan kami supaya kuat untuk terima apa saja dugaan. Inshallah..

Bukan itu saja, Ernie turut berkongsi perancangan mengeluarkan single duet terbaru hasil ciptaan Ernie dan Syamel sendiri. Lebih indah lagi, lagu tersebut bakal dinyanyikan pada majlis perkahwinan mereka nanti.Ada perancangan dari Syamel untuk melancarkan lagu tersebut pada hari wedding. Lagunya dah ada cuma kami belum betul-betul duduk berbincang. Kalau dapat lancarkan pada wedding day pun best juga.Boleh dikatakan lagu ini merupakan kisah cinta kami. Kali ini lebih sweet.

Ernie dan saya tidak ada niat pun nak ‘tarik tali’ – Syamel

Itu pengakuan Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih dikenali sebagai Syamel berhubung pertunangan dengan kekasih hatinya, penyanyi Ernie Zakri. Menurut penyanyi lagu Hidup itu, dia dan tunangnya itu hanya berani mengumumkan kepada khalayak ramai mengenai pertunangan itu selepas majlis tersebut selesai diadakan pada Sabtu. “Begitulah ceritanya. Kami tiada niat pun nak ‘tarik tali’ sebab selagi benda itu tak confirm (sah) tak best untuk menghebahkan. “Semalam selepas sudah selesai semua, hari ini baharu kami muat naik (berita pertunangan), sebab benda dah terjadikan, maka beranilah hendak muat naik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad. Menurut jejaka yang berusia 26 tahun itu, dia membuat keputusan untuk lebih serius dengan Ernie selepas berkawan lama dengan anak saudara penyanyi Ziana Zain itu.

“Sejurus saya melihat Ernie hati saya terus terpaut dengan orangnya. Tiba-tiba lagi menguatkan, dengan budi bahasa luar dan dalam dia yang memang amat memikat hati saya,” katanya lagi. Tambah Syamel, kedua-dua keluarga telah bersetuju untuk mengikat pertunangan mereka dalam tempoh yang sekejap sahaja. “Seperti yang dirancang oleh keluarga kami berdua, insya-Allah tahun hadapan, tapi bila tak boleh bagi tahu lagi. Kami tak nak bagi tahu lagi, cukuplah tahun hadapanlah,” jelasnya. Dalam masa yang sama, Syamil memberitahu dia dan Ernie yakin dengan rezeki Allah meskipun ada pandangan yang sering meletakkan artis sudah berkahwin akan hilang populariti. “Syamil letak semuanya pada Allah, kalau ada rezeki saya, sama ada saya bertunang atau kahwin sentiasa sudah tertulis benda itu.

Lambat bertudung, Ernie Zakri akui tersilap

Melewatkan niat bertudung awalnya kerana memikirkan soal kerja, penyanyi, Ernie Zakri akui, itu antara perkara yang membuatkan dia cukup terkilan. Bagaimanapun yakin dengan aturan Allah, jelas penyanyi ini, dia tahu apa yang berlaku itu lebih kepada kesilapan masa lalu. Tidak mahu lagi terganggu dengan perasaan itu. Ernie lebih senang untuk terus bersyukur waktu ini. Malah selepas lima bulan tampil sebagai wanita bertudung dia akui cukup selesa dengan penampilannya. “Niat bertudung ini memang sudah terbit sejak tahun lalu, tetapi ketika itu fikirkan soal kerja jadi tangguhkan dahulu. Memang saya anggap ini satu kesilapan kerana tidak memakai tudung lebih awal.

“Apa yang lebih penting kini Allah sudah buka hati saya untuk bertudung. “Saya tidak mahu lagi mengenang apa yang sudah berlaku, semua mempunyai sejarah masing-masing,” katanya. Tidak membuat keputusan melalui pendapat warganet, bagi Ernie, 28, sebelum melangkah ke fasa berbeza ini dia mengambil waktu memahami sendiri erti menutup aurat. Jadi jika timbul pertikaian melalui pemakaian dan kariernya, perkara ini tidak akan menggoyahkan pendiriannya. “Islam itu agama yang indah dan mudah. Soal pertikaian mengenai karier sebagai penyanyi dan sebagainya saya lebih senang bertemu dengan orang yang lebih arif. Jadi saya tidak mengambil pendapat di laman sosial.

“Pada peringkat awal, memang terasa janggal tetapi selepas lima bulan bertudung saya sudah selesa. Daripada segi penampilan memang berbeza, tetapi saya tetap orang yang sama,” jelasnya. Ketika ada masyarakat dunia melihat penularan pandemik Covid-19 sebagai suatu peringatan buat dirinya, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri melihat apa yang berlaku itu sebagai membuka laluan untuk dirinya bertudung. “Sebenarnya menutup aurat ini bukanlah suatu benda yang sukar, itu yang saya faham dan mahu sampaikan. “Bila dunia dilanda wabak ini, saya berfikir apa yang akan berlaku jika ini adalah pengakhiran buat kita. “Secara tidak langsung perasaan itu menguatkan niat saya bertudung sebenarnya. Saya anggap ini adalah hikmah yang indah,” katanya.