Faezah Elai tergamak ubah mentaliti gaya tudung baru buat ramai memperkatakan gaya tersebut hingga mendapat sambutan ramai. Dia bongkar sesuatu mengenai idea uniknya itu pada umum

Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa terharu apabila gaya tudung labuhnya mendapat perhatian dan ikutan segelintir wanita. Pemilik nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai yang menyambut ulang tahun ke 38 itu berasa gembira dan berharap wanita yang mengikut cara pemakaiannya turut istiqamah dalam menutup aurat. “Ya Allah serius korang ikut cara saya pakai tudung? Tiada perkataan untuk saya gambarkan perasaan selepas membaca komen-komen semua. “Terima kasih dengan ucapan. Alhamdulillah mari lakukan ini. Kita istiqamah sama-sama. Saya semua” ujarnya. Sebelum itu, Faezah memuat naik sebuah akaun Instagram properhijab yang memberitahu pelakon drama Rumah Siti Khadijah itu berjaya mempengaruhi wanita lain dalam mengayakan tudung mengikut cara yang betul.

Katanya, pemakaian tudung labuh oleh aktres itu merupakan satu dakwah yang dilakukan tanpa disedari. Tambahnya individu itu lagi, gaya tudung labuh kini tidak lagi dipandang pelik dan asing dalam masyarakat. “Kami menyaksikan sendiri ramai yang mula berubah ke tudung labuh kerana Faezah Elai.

Serius korang ikut cara saya pakai tudung, Alhamdulillah!

“Mungkin biasa bagi orang luar tapi luar biasa bagi kami. Betapa banyaknya pahala berterusan yang mengalir buat dia. Cara dakwah Faezah Elai membuatkan ramai berani bertudung labuh. “Terima kasih, kerana kamu ramai dah tak pandang pelik tudung labuh. Sampai jadi fenomena” ujarnya. Sementara itu, segelintir warganet turut mengaku terbuka hati untuk bertudung labuh disebabkan pelakon berkenaan. “Saya suka cara akak berpakaian dan selalu menjadikan penampilan akak inspirasi saya. “Ramai wanita yang sudah mula bertudung labuh. Saham untuk sis di akhirat juga tu. Semoga Allah beri segala kebaikan kepada sis Faezah” ujarnya.

“Seronok tengok ramai mula tutup dada” – Faezah Elai syukur jadi ikutan tudung labuh, tapi harap peniaga tak aniaya pelanggan

Penampilan pelakon Faezah Elai bertudung labuh dipuji warganet dan menjadi inspirasi ramai sehinggakan ada yang berminat mengenakan gaya yang sama. Namun dalam masa sama, Faezah menyedari ada beberapa pihak mengeluarkan koleksi tudung menggunakan namanya tanpa kebenaran. Bimbang ada yang menggunakan dia demi kepentingan diri, Faezah memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang jenama tudung dan terpaksa menjelaskan mengenai perkara ini setelah menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada orang ramai di media sosial.

“Saya bersyukur apabila ada orang kata, ramai bertudung labuh selepas tengok saya pakai! Jadi ramai yang keluarkan tudung style ala-ala Faezah Elai. “Saya sedar ada beberapa pihak menggunakan nama saya untuk jual tudung anda, saya diam sebab seronok melihat ramai mula menutup dada mereka. “Tapi disebabkan ramai sangat DM cheq (saya) tanya macam mana nak jadi ejen atau stokis tudung Faezah Elai… saya nak beritahu, saya tak ada bisnes tudung yang kamu nak jadi stokis tu,” katanya menerusi Instagram. Sementara itu isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ini berkata dia turut menerima pelbagai aduan mengenai tudung yang dibeli oleh pelanggan. Justeru, dia meminta mana-mana peniaga tudung tidak menggunakan namanya secara langsung kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan kepada pembeli.

Tak kisahlah tudung jenama apa pun hangpa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah!

“Ramai yang complain kata kena aniaya, beli yang tak original… ada yang tanya macam mana nak tahu original atau palsu. “Cuma untuk penjual, kalau hangpa (anda) nak buat tudung macam saya pakai pun beritahulah tudung inspirasi Faezah Elai ke, tudung ala-ala Faezah Elai ke! Janganlah hangpa letak tudung Faezah Elai sebab saya tak keluar tudung pun… kasihan orang kena aniaya. “Jadi kalau boleh tolong beritahu kawan-kawan yang beli ‘tudung Faezah Elai’ tu supaya mereka tak kata saya ni aniaya sebab saya tak ada bisnes tudung… kalau ada saya sendiri akan beritahu,” ujarnya. Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini meluahkan rasa syukur kerana penampilannya itu menjadi ikutan dan contoh kepada individu lain.

“Jika sebab Faezah Elai ramai yang bertudung labuh, cheq sangat bersyukur padamu Ya Allah… Tak kisahlah tudung jenama apa pun hangpa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah kita menang… sama-sama kita istiqamah. “Cheq memang pakai tudung labuh ni sebab nak pakai, bukan nak jual… jadi kat sini tak kisahlah hangpa nak pakai jenama apa pun, asalkan menutup dada pun dah Alhamdulillah. “Maaf terpaksa naikkan hal ini sebab macam tak terkawal dah. Tapi apa pun terima kasih untuk anda yang buat keputusan labuhkan tudung lepas tengok cheq pakai, jom kita terus istiqamah,” katanya.


Faezah Elai Syukur Penampilan Tudung Labuh Jadi Ikutan

Mempunyai cara tersendiri dalam berpakaian mengikut ajaran agama sebagai muslimah yang sejati, pelakon Faezah Elai yang sering menggayakan tudung labuh luah rasa syukur apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mula bertudung labuh selepas melihat penampilannya yang sopan dan patuh syariah. Namun demikian, dirinya tetap berasa bimbang dan terkilan apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan koleksi tudung dengan menggunakan namanya tanpa kebenaran sebagai salah satu teknik melariskan produk jualan mereka.

Faezah juga sempat menyatakan bahawa dirinya menerima pelbagai aduan mengenai tudung yang dibeli oleh pelanggan sehingga memaksa dirinya tampil untuk momohon para peniaga untuk tidak menggunakan namanya kerana bimbang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembeli.

Saya Tak Keluar Tudung Pun” – Bersyukur Gaya Tudung Jadi Ikutan, Namun Faezah Elai Nafi Tudung Popular Produknya

Ramai kaum wanita pasti bersetuju kalau kami katakan, pelakon Faezah Elai antara selebriti yang tampil dengan gaya tudungnya sendiri selepas berkeputusan mengenakan hijab pada tahun 2015. Bukan sahaja dilihat sopan dengan tudung labuh malah design yang digunakan agak menarik sehinggakan gaya penampilannya menjadi inspirasi ramai wanita berhijab. Namun tak ramai yang tahu, tudung ‘Faezah Elai’ yang meletup-letup di pasaran ketika ini sebenarnya langsung tiada kaitan dengan aktres ini. Menerusi instagram Faezah meluahkan rasa syukur apabila ada yang berpendapat terdapat segelintir wanita beralih ke tudung labuh selepas melihat penampilannya

Namun tak ramai yang tahu, tudung ‘Faezah Elai’ yang semakin meningkat naik di pasaran ketika ini sebenarnya langsung tiada kaitan dengan aktres ini. Menerusi instagram Faezah meluahkan rasa syukur apabila ada yang berpendapat terdapat segelintir wanita beralih ke tudung labuh selepas melihat penampilannya. Memandangkan dia seronok melihat penghijrahan sebegini, dia memilih untuk dia bersuara sedangkan produk yang menggunakan namanya itu langsung tidak berkait dengannya