Gempar Faizal tahir kongsikan detik cemas yang dihadapinya sewaktu dalam penggambaran video muzik barunya. Rupanya ini yang terjadi kepada penyanyi terkenal baru baru ini.

Penyanyi Faizal Tahir menceritakan detik cemas apabila dilambung setinggi tujuh kaki oleh kuda sewaktu penggambaran video muzik terbaharunya berjudul Nobody. “Ini merupakan kali pertama saya menunggang kuda, semasa latihan segalanya berjalan lancar tapi apabila tiba waktu penggambaran lain pula jadinya. “Pada ketika itu saya memakai jubah panjang dan mungkin terkena pada bahagian belakang punggung kuda itu dan menyebabkan dia rasa terkejut atau tidak selesa.

“Kuda itu cuba mencampak saya dan menyebabkan saya terlambung sehingga tujuh kaki. Secara jujurnya waktu itu tiada apa yang saya boleh lakukan melainkan hanya tawakal. “Namun syukur… Alhamdulillah saya jatuh dalam keadaan baik dan tidak mengalami kelukaan serius Cuma hanya sakit badan. Selepas berehat seketika, saya teruskan penggambaran seperti biasa,” kongsinya.

Faizal ditemui sewaktu pelancaran MV berjudul Nobody yang diadakan di ibu pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Khamis. Bagaimanapun kata Faizal kejadian itu tidak membuatkan dia serik untuk memiliki seekor kuda sebagai haiwan perliharaan. “Tapi apa pun saya anggap itu sebagai tanda perkenalan daripada kuda. Hikmah disebaliknya, saya kini memiliki seekor kuda sebagai haiwan peliharaan sendiri.

“Apa yang saya belajar, kuda ini banyak mengajar kita erti kesabaran. Selain itu saya juga rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anak-anak dengan bermain kuda,” ujarnya. Nobody merupakan lagu ciptaan Faizal Tahir bersama Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Mage dan Mike Chan terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

SUMBER: GEMPAK

‘Nobody’ peringatan buat Faizal Tahir

Faizal berkata, perkara penting yang ingin disampaikan dalam single Nobody adalah mesej buat dirinya dan orang sekeliling. “Apa yang cuba disampaikan dalam single ini sebenarnya untuk diri saya terlebih dahulu. Yang mana saya ini ‘nobody’ tanpa ‘somebody’ yang boleh beri dan curahkan kasih sayang. “Selain mendedikasikan rasa cinta dalam diri, menjaga dengan baik, jujur dan ikhlas kerana Allah SWT.

Saya percaya jika ada niat tulus, insya-Allah karya pun mendapat keberkatan. “Jadi, keunikan single ini adalah mesej yang ingin disampaikan. Muzik tetap muzik, kita boleh berikan pelbagai jenis yang sedap didengar, tetapi apa yang penting, mesej yang ingin disampaikan. Bagi saya, single Nobody adalah mesej lain daripada yang lain yang pernah disampaikan sebelum ini,” katanya kepada BH Online. – BHONLINE