Fasha Sandha dedah anaknya yang berusia dua minggu pandai buat tanda isyarat ini raih perhatian. Dia nekad kongsi sesuatu ini bersama peminatnya tanda penghargaan sokong karier seninya selama ini

Pelakon popular, Fasha Sandha berkongsi foto anak bongsunya, Aisha Amaira yang memasuki usia dua minggu hari ini. Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram milik Fasha. Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan ini juga sempat meluahkan rasa gembira kerana anaknya itu membesar dengan baik sejak dilahirkan pada 7 Ogos lalu. “Assalamualaikum kesayangan ibu, hari ini Aisha dah dua minggu, Aisha membesar dengan jayanya kan, terima kasih susu ibu. “Hari ini ibu rajin, jadi photographer untuk Aisha, pandai kan ibu Aisha jadi photographer,” tulis Fasha sebagai kapsyen. Entri tersebut semestinya menarik perhatian wargamaya yang ‘jatuh hati’ dengan kecomelan Aisha.

Rata-rata mereka turut mendoakan agar Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 206. Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.-Gempak

“Kesian budak naif, tak bersalah… lepas tu orang gelakkan dia” – Fasha Sandha simpati nasib murid tular kisah bapa masak air yang satu ini

Video yang dirakam seorang guru mengenai pengakuan murid tentang kemahiran bapanya memasak air tular mengundang pelbagai reaksi warganet dan selebriti tempatan di media sosial. Pelakon Fasha Sandha antara selebriti terkenal yang meluahkan rasa kurang senang dengan sikap guru tersebut yang dianggap tidak beretika. Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, biarpun dengan alasan ingin menghantar rakaman tersebut kepada ibu murid itu namun ia bukan satu sikap yang wajar.

“Kenapa cikgu itu nak kena rakam? Perlu ke? Kesian budak tu… naif, tak bersalah, lepas itu orang lain gelakkan dia. Minta maaf, walaupun alasan dia nak hantar pada parent orang tu je, saya rasa tak patut dia rakam. “Cukup sekadar beritahu,” tulis Fasha di ruang komen perkongsian video tersebut yang dimuat naik di Instagram rasmi Mstar. Pada Rabu, tular rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam sebuah kelas tentang bapanya pandai memasak air tular. Ia mendapat kritikan pelbagai pihak dengan ada antaranya menyifatkan penularan video terbabit menjejaskan psikologi kanak-kanak itu.

Bagaimanapun menurut guru wanita berusia 40-an itu, dia tidak menularkan video tersebut dan memohon kejadian terbabit tidak dipanjangkan kerana salah faham berkenaan sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak berkaitan. Selain Fasha, pelakon Yatt Hamzah juga berkata seorang guru tidak sepatutnya membiarkan anak murid dipermalukan dan ditertawakan oleh rakan lain disebabkan perkara tersebut.

“Cikgu oh cikgu… tugasmu mendidik anak bangsa bukan membiarkan mereka dimalukan kerana perkara yang tak patut ditertawakan. “Sempena tahun baharu Hijrah 1442, semoga tiada lagi guru-guru yang buat perkara seumpama ini pada anak-anak murid. Kami sayang guru-guru kerana mereka harapan bangsa dan negara,” ujarnya.-Mstar

Tahniah, comelnya ‘baby girl’ Fasha Sandha! Aidil Aziz cuti sebulan jaga anak dan isteri berpantang

Pelakon Aidil Aziz berkongsi berita gembira berhubung isterinya yang juga aktres Fasha Sandha selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Jumaat. Aidil atau nama sebenanrya Mohd Aidil Abdul Aziz, 33 meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya atas kelahiran anak perempuan mereka yang buat masa ini dipanggil ‘Baby A’. Teruja dengan kelahiran itu, pelakon drama popular Kamar Kamariah ini berkata dia sanggup mengambil cuti selama sebulan bagi menemani dan menjaga isterinya ketika berpantang.

“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku Fasha Sandha. “Saya cuti sebulan jaga dan teman awak berpantang ok. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian,” kata Aidil. Aidil berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik separuh wajah bayinya di laman Instagram pada Jumaat.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang turut mendoakan agar Fasha dan bayinya dalam keadaan baik serta dipermudahkan segala urusan mereka. Bagaimanapun, Aidil dan Fasha tidak menyatakan lebih lanjut mengenai proses dan maklumat mengenai kelahiran bayi pertamanya itu. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan maklumat lebih lanjut daripada Aidil gagal apabila dia tidak menjawab panggilan serta mesej.-Beautifulnara