Fify Azmi punca keretakan hubungan perkahwinan Rashidi Ishak dan isterinya tercetus akibat bekerjesama dalam satu projek ini. Rashidi Ishak rungkai persoalan ramai dengan respon win ini

Sejak berpisah dua tahun lalu, pelakon Rashidi Ishak digelar sebagai duda hot oleh sesetengah warganet terutama peminat wanita. Mana tidaknya, meskipun sudah berusia 47 tahun, namun masih segak dan muda. Sering berkongsikan fotonya sedang bersukan, pelakon Kampung People itu mengakui memang minat menjalani kehidupan sihat terutamanya sukan larian jarak jauh. Malah, Rashidi berkata dia begitu obses dengan aktiviti berkenaan dan menganggap hidupnya tidak lengkap tanpa bersukan. Ujar Rashidi lagi, dia pernah cuba aktiviti berbasikal namun tidak kena dengan jiwanya.

“Saya jatuh cinta dengan sukan ini dan obses, kalau sehari tak berlari rasa macam tak lengkap hidup saya.“Sebenarnya saya pernah sertai sukan basikal tiga tahun lepas tapi ia tak bertahan dengan diri saya, ” katanya kepada mStar Online. Fotonya bersukan membuatkan ramai wanita ‘cair’ dan memuji ketampanan pelakon itu, Rashidi berkata mereka berhak untuk memberikan apa sahaja komen. “Hot ke? Tak ada lah. Orang nak komen, komenlah saya nak buat macam mana. Saya tak hot mana pun. Cuma Saya suka berkongsi pengalaman apabila sertai acara larian dan ramai mula DM saya bertanya tentang sukan ini,” katanya. Sebelum ini, Rashidi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran, pada 1 Oktober 2000 namun rumah tangga mereka hanya mampu bertahan 17 tahun sahaja selepas disahkan berpisah pada Ogos 2018.-Rotikaya

“Saya bukan Imam yang baik” – Rashidi Ishak mengaku sudah berpisah dengan Vanidah Imran

Ikatan perkahwinan selama 17 tahun pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran berakhir dengan perpisahan. Selepas beberapa bulan mendiamkan diri mengenai status sebenar perkahwinannya dengan Vanidah Imran, pelakon Rashidi Ishak akhirnya mengakui mereka sudah berpisah pada 9 Ogos tahun lalu. Rashidi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan mengenai perkara itu daripada pengetahuan umum namun sikapnya itu semata-mata bagi melindungi dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat. “Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan kami.

Kenyataan Rashidi di Instagram miliknya. “Dan secara rasmi di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan persefahaman,” katanya menerusi Instagram. Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran. Sebelum ini, mStar Online pernah mendapatkan reaksi berhubung pernyataan mereka sudah berpisah namun aktres itu enggan memberi komen terhadap khabar angin itu.

Mengulas mengenai perpisahan itu, Rashidi mengakui kelemahannya dalam memimpin rumah tangga menjadi penyebab perpisahan itu. “Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi adalah disebabkan oleh kempimpinan yang lemah dan tidak cekap. Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000. “Dalam perkahwinan, kesalahan terhadap kegagalan pasangan itu adalah terletak pada Imam. Mungkin benar atau tidak, tetapi seorang pemimpin yang hebat akan sentiasa bersinar tidak kira pada masa baik atau kurang baik. “Saya tidak, apatah lagi seorang Imam yang baik,” katanya. Dalam pada itu, Rashidi turut berterima kasih atas sokongan ditunjukkan kepada mereka terutamanya kepada Vanidah.-Mstar

Saya dan Fify tiada hubungan istimewa – Rashidi

Dia hanyalah kenalan dan bekas pekerja saya… Tiada apa-apa antara kami.”Itu penjelasan Rashidi Ishak selepas tersebar gosip kononnya dia menjalin hubungan dengan seorang gadis, ketika berita perpisahan dengan bekas isteri, Vanidah Imran, hangat diperkatakan, sejak malam tadi. Tampil memberi penjelasan, Rashidi memberitahu, gadis dikenali sebagai Fify Azmi adalah bekas pekerjanya ketika bertugas di stesen radio internet, Peace Yall FM.

“Saya dihujani panggilan telefon dan mesej yang bertanyakan hubungan saya dengan Fify. “Apa yang berlaku adalah ketika mencari idea untuk mempromosikan produk minyak wangi yang saya usahakan, saya terfikir mendapatkan bantuan Fify. “Saya tahu, kalau hendak membayar artis daripada kategori A, bayaran mereka tinggi. Jadi, saya minta bantuan Fify untuk membantu menjayakan promosi produk ini,” katanya kepada BH Online, di sini hari ini. Spekulasi hubungan Rashidi dengan Fify hangat diperkatakan apabila salinan foto daripada Instagram dipercayai milik Fify Azmi, tersebar.

Entri terbabit menunjukkan Rashidi dan Fify bergambar berdua dengan produk minyak wangi, Starrasky, sebagai kempen memperkenalkan barangan itu. Penyebaran foto itu pantas mengundang spekulasi ramai kononnya Rashidi menjalin hubungan dengan Fify sehingga rumah tangganya dengan Vanidah, bermasalah. Rashidi berkata, dia kasihankan Fify yang menjadi kritikan warganet rentetan berita perpisahannya.

“Saya sangat simpati dengannya. Kami tak ada apa-apa hubungan, malah saya juga tidak mempunyai mana-mana teman istimewa ketika ini,” katanya. Malam tadi, Rashidi mengumumkan dia dan Vanidah berpisah di Mahkamah Syariah di sini, 9 Ogos tahun lalu. Melalui perkongsian di Instagram, Rashidi dilaporkan berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan berita perpisahan mereka, sebaliknya berbuat demikian demi menjaga perasaan dan privasi kedua-dua pihak.-Berita Harian