Fizi Ali buat perangai bagi anak pada mak mentua sebab perlu jalani operasi di hospital ini. Dia buka cerita sebenar mengenai keadaannya kini jadi tanda tanya ramai

Penyampai radio Fizi Ali, 31, berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan janjinya kepada aktres Shakilla Khoriri untuk menjaga anak mereka, Ameena Sofia sepanjang isterinya berada di Melaka atas urusan kerja. Disebabkan itu, Fizi menangis kerana terpaksa memendam perasaan rindu terhadap Ameena sehingga dia sihat sepenuhnya. “Perasaan tu datang secara tiba-tiba. Pertama kali saya masuk hospital, kebetulan pulak Killa outstation. Dia takda untuk teman saya di sini. 

“Kalau boleh Ameena pun saya nak ada sekali. Tapi disebabkan dia berisiko tinggi untuk terkena sakit, saya tak benarkan.  “Itu yang sayu sangat. Bila pasal anak ni susah nak cakap. Selalunya seorang bapa memang dia susah sikit nak menangis. “Tapi bila tak tahan sangat pendam rasa rindu terus tak sengaja nangis,” katanya ketika dihubungi Gempak. Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin menyatakan dia sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Namun, dia masih belum membuat keputusan sama ada akan terus mengambil Ameena dari rumah mentuanya atau tunggu sehingga dia pulih. “Saya sekarang dalam proses penyembuhan. Saya fikir macam nak tunggu sihat sepenuhnya baru ambil Ameena dari rumah mertua. “Tapi bila dah sampai rumah nanti mesti rindu Ameena. Lagipun itu adalah tanggungjawab saya  sepanjang Killa tak ada. “Tapi takut juga saya tak boleh nak urus dan jaga dia. Kita tengok dulu macam mana,” katanya lagi. Sebelum ini, Fizi telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya selepas mengalami demam panas.Pada Jumaat lalu, Fizi terpaksa operasi melakukan minor bagi buang bisul di bahagian pehanya. -Gempak

Pernah Disuruh pulang Daripada Set Penggambaran, Fizi Ali Lupakan Cita-Cita Nak Jadi Pelakon

Penyampai radio, Fizi Ali dedahkan pernah disuruh pulang daripada lokasi penggambaran selepas tidak berjaya berlakon dengan baik. Kata Fizi, disebabkan kejadian yang berlaku itu dia melupakan cita-citanya untuk bergelar seorang pelakon. “Abam dulu cita-cita nak jadi pelakon, tu cuba nasib dekat rancangan Pilih Kasih..Apa pun abam nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat Rosyam Noor dan Suhan Movies sebab bagi peluang ini.. “Walaupun abam peserta paling awal tersingkir, abam masih lagi dengan cita-cita abam nak jadi pelakon..Walaupun masa tu payment ada yang tak dapat, job suam-suam kuku abam teruskan jugak..

“Tapi yang buat abam terus lupa kan impian abam bila abam pernah kena suruh pulang dari set sebab abam berlakon macam kayu.. “Macam-macam kata kata negatif dari mr director abam tak ingat dah siapa masa tu..Bila nak datang shoot balik abang disuruh balik sebab watak abam dah kena gantikan dengan orang lain,” kongsinya di Instagram (IG). Dalam pada itu, suami kepada aktres Shakilla Khoriri akui sedar yang tidak semua perkara yang diimpikan akan tercapai. “Masa tu la buat abam pikir tak semua cita-cita kita boleh kita capai..Sekarang abam dah sedar diri menjadi pelakon bukan sesuatu yang senang..

“Sanggup tak korang kena hafal skrip panjang-panjang? Sanggup tak korang berpanas berhujan? “Sanggup tak korang menunggu lagi lama dari kerja?? Banyak lagi kalau korang sanggup teruskan jangan jadi macam abam sekerat jalan,” tulisnya lagi. Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada 14 Mac tahun lalu.-Gempak

Fizi Ali dikata sengaja buat-buat suara besar untuk nampak ‘macho’ – “Suara kau macam orang termakan suara sendiri”

Penyampai  radio Suria FM, Fizi Ali menerima komen negatif daripada pendengar yang berasa kurang senang dengan ton suara serta cara penyampaiannya di stesen berkenaan. Menjawab komen pendengar tersebut, Fizi berkata dia dikurniakan dengan suara besar seperti itu sejak awal remaja dan bukan dibuat-buat seperti dikatakan. Malah, dia turut mempersoalkan niat pendengar berkenaan tinggalkan komen berbentuk kata kata negatif itu.”Ya, saya memang lepas akil baligh suara terus besar macam ni… bukan dibuat-buat! Tak faham apa maksudnya suara tak padan dengan muka? “Nak saya kepit ke suara? Hm… salahkah saya ada suara besar macam ni?,” katanya. Fizi menjawab satu komen yang tinggalkan seorang warganet di Instagram.

Fizi menjawab pertanyaan warganet itu menerusi laman Instagram pada Selasa. Bersama status tersebut dia turut memuat naik paparan skrin komen yang tinggalkan oleh individu berkenaan. “Suara kau tertelah suara sendiri ke? Hari Sabtu, Ahad biasa saja suara. Hari Isnin sampai Jumaat suara kau macam orang tercekik suara sendiri. “Patutlah Cikpia (Feeya Iskandar) ajuk suara kau besar tertelan suara sendiri, haha… suara tak padan dengan rupa, suara pelik!

Fizi bersama Issey dan Ajak mengendalikan Team Pagi Suria bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 pagi hingga 10 pagi. “Buat suara biasa dah la woi! Nak tunjuk macho konon, perempuan semua tak suka!,” tulis pendengar tersebut. Perkongsian Fizi itu menarik perhatian pengikutnya di Instagram dan rata-ratanya meminta suami kepada pelakon Shakilla Khoriri ini mengabaikan komen tersebut. Malah, rakan penyampai, Feeya berpendapat suara yang dimiliki Fizi itu unik dan menjadi sumber rezeki. “Dia tak ada suara jantan macam awak, biarlah dia Fizi, yang penting kita cari makan dengan suara ini kan. Be strong brother!,” tulis Feeya. Fizi merupakan penyampai Team Pagi Suria bersama Ajak Shiro dan Issey.-Mstar