Gadis ini luahkan sesuatu walaupon ada kekurangan pada fizikal dirinya. Rata rata warganet turut gembira dengan berita yang dikongsikannya. Ini kisah selanjutnya tentang hubungan mereka yang tular di twitter itu.

Kisah gadis memiliki kekurangan fizikal ini pernah mendapat perhatian usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang menitipkan kata-kata semangat buat dirinya. Terbaru, gadis tersebut yang dikenali sebagai Ain ada memuat naik sekeping gambar di laman Twitter bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya. Menerusi kapsyen, gadis berusia 23 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan kerana sudi menerima kekurangan serta kelemahan yang dimilikinya.

“Thank you for accepting my flaws” – Ain

Posting berkenaan meraih hampir 97,000 tanda suka dan diulang kicau lebih 13,000 kali serta pelbagai reaksi warganet yang tertarik bagi memberikan komen. Walaupun sebelah matanya kurang sempurna, rata-rata warganet berkata Ain tetap kelihatan cantik selain menasihati tidak perlu mengambil kisah mengenai kritikan daripada segelintir individu. Tambah mereka, Ain juga amat bertuah mempunyai teman lelaki yang tidak memandang paras rupa sebaliknya hati budi masing-masing. Hati & jiwa yang membuatkan siapa diri kita. Lelaki sejati.. Hatinya ikhlas. Satu dalam sejuta! “Awak cantik dengan cara tersendiri”. “Bertuah memiliki seseorang yang terima diri kita”. “Moga bahagia bersama!”

Sumber : Ain, OHMYMEDIA

‘Okay Je Lahir Berbeza, Kan?’ – Respon Neelofa Kepada Foto Gadis Ini Undang Pujian

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Kadang kala kekurangan yang ada pada diri kita itu lah yang membuatkan keyakinan diri kita semakin berkurang. Apatah lagi apabila kita melihat kelebihan yang ada pada orang lain yang tiada pada kita. Hal ini sering dihadapi oleh seorang gadis bernama Ain yang sering berasa rendah diri terhadap fizikal wajahnya dan berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Gadis yang berusia 21 tahun ini berkongsi satu foto di twitter miliknya berserta kepsyen ‘its okay to be different, right?’ dan telah mendapat hampir 56 000 tanda suka oleh warganet. Menurut Ain, wajah tersebut bukan lah kerana kejadian tidak diingini tetapi wajahnya begitu sejak dari kecil lagi.

Kata-kata semangat Neelofa buat Ain

Paling mendapat perhatian warganet apabila pengacara dan usahawan muda, Neelofa turut meninggalkan kata-kata semangat buat Ain melalui twitter peribadinya sendiri. Menerusi tweet tersebut, Neelofa ada mengatakan bahawa tidak perlu risau untuk menjadi yang berbeza dari orang lain. Neelofa juga turut memuji kecantikan dan keunikan yang ada pada diri Ain. Cantik dengan cara tersendiri.

Rata-rata warganet turut memberikan kata-kata semangat kepada Ain dan mengatakan Ain kelihatan cantik dengan caranya yang tersendiri. Ramai juga yang turut memuji kecantikan Ain dan bangga sikap tabahnya. Kita semua manusia, antara kita tiada yang berbeza. Semangat seperti ini lah yang kita harapkan dari semua orang supaya mampu memberi sinar baru dalam kehidupan seseorang dan dapat meningkatkan keyakinan mereka.

SUMBER: OHBULAN