Gara gara memuat naik gambar bersama dengan seorang perempuan ini. Syazwan Zulkifly terus meraih perhatian warganet sehingga diserbu banyak komen di postingnya. Ini reaksi mereka.

Rasanya masih ramai lagi mengingati drama lakonan mereka berdua ini iaitu drama trending yang berjudul, 7 Hari Mencintaiku musim yang kedua dimana Wafariena Roslan merupakan pelakon baharu yang berjaya menarik perhatian ramai dengan lakonannya sebagai Nurul Ain. Manakala, Syazwan Zulkifly pula sudah berhasil meraih perhatian umum dalam siri yang pertama mahupun kedua dimana dia membawakan watak sebagai Helmi dengan sangat baik.

Biarpun begitu, apa yang membuatkan Syazwan Zulkifly dan Wafa menjadi perhatian peminat drama terbabit apabila melalui Instagram, Syazwan memuat naik sekeping foto mereka bersama sekali gus mengundang pelbagai reaksi ramai. Sedia tahu, bahawa babak Helmi banyak bersama dengan Sofi iaitu lakonan daripada Wan Sharmila sebagai isterinya namun begitu lain pula yang menarik perhatian selepas Syazwan memuat naik fotonya bersama Wafa.

Ujar Syazwan bagaimanapun oleh kerana disebabkan babak mereka terdahulu kena potong jadi dia berseloroh mengenai foto mereka berdua ini. “Oleh kerana scene kita kene potong hari tu, i make sure takde siapa boleh potong gambar kita ni ye cik  @Wafarienaroslan? Hehehe…” Selain mendapat pelbagai reaksi warganet sehingga lebih 400 komen yang ada pada posting itu, foto mereka yang difahamkan diambil sekitar majlis ‘Thank You’ baru-baru ini itu turut meraih ribuan tanda suka. Ruangan komen juga, rata-rata sempat berseloroh dengan foto mereka berdua dimana ada yang ‘restu’ dan ada juga sebaliknya. “Saya bantah…”. “Helmi jangan nak ada perempuan lain…”. “Uishh ni baru secucuk”

Sumber: HCL

Terkedu warganet apabila Syazwan Zulkifly beri sesuatu ini untuk pujuk Wan Sharmila. Ini reaksi warganet bila melihat gelagat pasangan manis ini dalam drama 7 hari Mencintaiku.

Pelakon Syazwan Zulkifly mendapat perhatian peminat selepas menghadiahkan sebentuk cincin kepada aktres Wan Sharmila. Syazwan juga berkongsi video pendek merakamkan momen manis sewaktu memberikan kejutan kepada Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala. Menerusi video yang dikongsi Syazwan di akaun Instagramnya, aktor itu menjelaskan hadiah tersebut merupakan inisiatif dirinya untuk memujuk Lala yang sedang merajuk.

“Sehari juga kakak korang @lala.wansharmila ni merajuk tak balas WhatApps dan korang tengoklah muka dia masa awal-awal live tu, masam je kan? Ini dia dah boleh senyum balik, kira okay lah tu kan? Hehe,” tulisnya. Walaupun hubungan mereka sekadar kawan, namun menerusi ruangan komen rata-rata peminat berharap Syazwan dan Lala menjadi pasangan.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan hubungan mereka berakhir hingga ke jinjang pelamin. “Kita kawan bukan kahwin… Hehehe kawan-kawan dulu, esok-esok ada jodoh kahwin ya,” komen @juesyah25 “@syazwanzulkifly pun dah luahkan melalui lagu background… Tolonglah lala @lala.wansharmila kahwin dengan Syazwan,” pujuk @nadiadasuki
“Asal saya senyum memanjang tengok video ni. Lagu ni @syazwanzulkifly suka nyanyi time live IG. Sesuai sangat. Good job bro. Semoga yang baik-baik sahaja untuk korang. @lala.wansharmila,” tulis @lunia_ainul Terdahulu, Lala sebelum ini mengakui ramai peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.