Gara gara pelajar ini terlewat ke sekolah kerana hadapi satu insiden yang tak diingini. Kini anggota polis ini terus dapat perhatian warganet selepas menolong pelajar ini walaupon sudah selesai menjalankan tugas. Ini kisah selanjutnya.

SEORANG anggota polis trafik yang baru selesai menjalankan tugas meraih perhatian apabila sanggup membantu menghantar seorang pelajar ke sekolah untuk menduduki peperiksaan. Anggota polis yang mendapat pujian ramai itu dikenali sebagai Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah. Khairul menjadi perhatian warganet selepas membantu seorang pelajar di Cyberjaya yang terlewat disebabkan oleh satu kejadian tak diingini di jalan raya di Persiaran Utara, Putrajaya.

Sepupu kepada pelajar itu memuat naik beberapa gambar di laman Twitter, menunjukkan pelajar berkenaan membonceng motosikal yang ditunggang oleh Khairul. “Terima kasih banyak abang polis @PDRMsia tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja. Jalan blocked, ada lori kemlngan, dia ada exam pukul 9 pagi. “Maaf tak tahu nama abang polis ni. Kalau tahu tolong tag nama dia ya!” tulis sepupu pelajar itu menerusi satu ciapan di akaun Twitter @aimadazfar.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ruki itu memuat naik gambar-gambar sepupunya bersama Khairul pada pagi Rabu. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Putrajaya, Asisten Superitendan Mohd Asri Abdul berkata, kesesakan sepanjang 1 kilometer itu disebabkan oleh kejadian yang tidak diingini melibatkan dua lori dan tiga kereta, sehingga menjejaskan perjalanan pelajar tersebut. “Pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini itu mengalami luka ringan,” katanya ketika dihubungi. – The Star

 Tolong-menolong merupakan suatu kewajipan bagi setiap manusia. SIfat tolong- menolong akan dapat membantu orang lain. Jika kita memerlukan bantuan pula,tentunya orang lain akan menolong kita. Dengan tolong- menolong kita akan dapat membina hubungan baik sesama manusia. Tolong- menolong juga dapat memupuk rasa kasih sayang antara jiran tetangga, antara kawan, dan masyarakat.  Melalui pertolongan yang kita hulurkan orang lain akan mendapatkan kepuasan dan kebahagiaan. Mereka merasakan kita ini ada dan diperlukan oleh orang lain. Bantuan yang kita berikan sangat bermakna bagi mereka. Apabila kita memerlukan pertolongan daripada mereka pada suatu masa kelak, sudah pasti mereka akan memberikan bantuan pula dengan rela hati.

Menarik kan kisah ini. Jadi jangan lupa untuk like dan share pagi kami untuk lebih info yang menarik!! Terima Kasih