Gara gara penularan wabak covid 19 pekerjaan suami selebriti ini turut terjejas. Kini mereka tekad untuk ceburi bidang baru sebagai usaha menangani krisis itu. Ini yang dikongsikan artis ini kepada orang ramai.

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada banyak sektor ekonomi dan pekerjaan. Antara industri paling terkesan adalah pelancongan dan semestinya sektor penerbangan apabila kebanyakan negara di seluruh dunia menutup pintu kemasukan pelawat asing. Berdepan cabaran tersendiri, syarikat penerbangan rata-rata menyusun semula operasi apabila jadual perkhidmatan berkurangan dan tidak lagi seaktif dahulu.

Inisiatif ini pasti memberi kesan langsung kepada sumber tenaga baik mereka yang bekerja dalam bahagian pentadbiran dan pengurusan, kru kabin mahupun juruterbang. Seperti orang lain, artis yang memiliki pasangan bekerja dalam sektor penerbangan seperti juruterbang, perlu bijak menyusun strategi memastikan keperluan hidup tidak terjejas terutama daripada segi ekonomi.

COVID-19 menjejaskan “kesihatan” ekonomi negara melalui tiga saluran utama. Pertama, sektor perlancongan dan sektor-sektor berkaitan terjejas akibat sekatan kemasukkan pelancong asing dan kawalan pergerakkan yang menjejaskan aktiviti pelancongan domestik. Kedua, sektor-sektor ekonomi dalam negara terjejas akibat kesan rantaian bekalan global. Contohnya, pengeluaran sektor pembuatan automobil dan topeng muka terjejas kerana kekurangan pengeluaran bahan mentah di negara-negara terjejas akibat COVID-19 seperti China. Sektor pengangkutan udara juga terjejas kerana syarikat penerbangan terpaksa menghadkan atau memberhentikan seketika operasi penerbangan segmen luar negara. Ketiga, gunatenaga perniagaan terjejas akibat daripada pekerja-pekerja yang terkena jangkitan dan juga arahan sementara kawalan pergerakkan penduduk. Akibatnya, pengeluaran barangan dan perkhidmatan akan berkurangan.

BH Online berpeluang menemu ramah pelakon Farah Nabilah dan Fiza Halim yang masing-masing mempunyai suami bekerja sebagai juruterbang. Farah memberitahu, suaminya, Mohammed Amirul Yunus masih bekerja dan mengendalikan penerbangan domestik dan antarabangsa. “Cuma pandemik COVID-19 menyebabkan tugasan berkurangan. Jadi, banyak masa dia boleh habiskan bersama saya yang sedang hamil lapan bulan ini,” katanya.

Pelakon drama Titian Cinta ini mengaku tersentak apabila banyak sektor pekerjaan terpaksa mengambil langkah drastik memberhentikan pekerja kesan daripada penularan COVID-19. “Ada yang perlu mencari inisiatif lain untuk meneruskan hidup. Ini adalah perkara yang tidak pernah kita jangka berlaku dan mengubah 180 darjah kehidupan,” katanya. Bagi Fiza Halim, suaminya, Aizat Al Jefri yang juga juruterbang, menceburi bidang perniagaan dengan menjual sambal bagi mencari pendapatan sampingan. “Walaupun masih bertugas sebagai juruterbang, dia ambil inisiatif dengan berniaga. Lagipun jadual penerbangan tidak sekerap dahulu. “Jika ada panggilan tugas, suami akan pergi bekerja,” katanya sambil menambah suaminya sudah hampir 10 tahun bertugas di awan biru.

SUMBER: BHONLINE