Gara gara sering dipersoalkan kenapa masih tiada pasangan sampai sekarang. Tiz Zaqyah mula buka mulut menjawab persoalan warganet itu. Akhirnya ini jawapan dari pelakon itu.

Pelakon Tiz Zaqyah tampil memberi nasihat terutamanya kepada individu di luar sana yang sering saja bertanyakan mengenai soal perkahwinan kepada orang yang masih bujang. Dia yang menyelar tindakan tersebut mengakui dirinya masih selesa untuk hidup solo kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. “Sibuk sangat “bila nak kahwin”. Kau yang dalam f**ked up marriage, jangan bitter kat kami bujang ni. I’m lucky, i’m happy to have breakfast everyday with my parents. With my family. So shut up.”

Kenyataan itu telah dikongsi Tiz Zaqyah menerusi ruangan twitter peribadi miliknya, hari ini. Menurutnya, walaupun sudah berkahwin, seseorang itu tidak perlu berasa iri hati dengan kehidupan orang masih bujang. Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon cantik itu. Perkembangan Tiz Zaqyah kini selain aktif berlakon, dia kini dilaporkan sering melakukan ‘Instagram Review’ di media sosial miliknya serta turut giat mempromosikan produk kesihatan.

SUMBER: BEAUTIFULNARA

“Cari Duit Cara Lainlah ..” – Peminat Tegur Tiz Zaqyah Terima ‘Review’ Produk Tayang Aset

Pelakon Tiz Zaqyah menerima kritikan warganet gara-gara tidak menapis produk sebelum membuat ulasan (review). Tiz menerusi Instagram (IG) miliknya membuat posting yang ditujukan untuk wanita mempunyai masalah payudara dan punggung. Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain. “@mat_jijan02: Tak faham dengan dunia akhir zaman ni, ada lagi yg berniaga tayang aset sendiri. “@_.mhdamirull: Zina mata. “@norhisham_69: Cari duit cara lain la dari buat review macam ni. “@sh.rmro: Kes tak ada duit laa ni. “@wne_awz_firshaz: Awak memang ada share ke dengan dosa macam ini? “@cempaka125: Adakah awak pun dibayar banyak untuk review produk ini? Yang buat awak rasa rugi tolak. “@jue_2020: Orang sekarang ni mana kenal halal haram yang penting perut kenyang! Bila hati dah hitam… Selalu-selalu dengar ceramah ustaz yang baik-baik. Insyallah jadi baik,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, ada segelintir peminat yang tidak percaya dan mendakwa akaun IG Tiz telah digodam. “@ila.mohdkasim: Tak mungkin @tiz.zaqyah mempromosi produk seperti ini. Akaun dia kena hack kot? Kesian dia. “@lyne.zana: Tolonglah kata akaun Tiz ni kena hack. Saya mempunyai persepsi yang satu ini bahawa Tiz adalah wanita yang pintar dan berkelas. Iklan ini sangat bertentangan dengan apa yang saya fikirkan mengenai Tiz,” antara yang ditulis. Sebelum ini, usahawan kontroversi Safiey Illias dikritik selepas tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di IG.- GEMPAK