Gara gara suka sangat panjat perabot. Terkini bapanya sediakan climbing wall untuk bayinya. Ini reaksi warganet dengan aksi luar biasa bayi ini.

Apabila bayi semakin membesar, ibu bapa pasti mengalami kesukaran untuk mengawalnya kerana pada waktu itulah mereka mula ingin meneroka pelbagai perkara. Oleh itu, sebagai ibu bapa mereka digalakkan untuk memberi rangsangan yang positif kepada anak-anak mereka dalam proses tumbesaran si kecil. Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @rafi_dot_net dimana terdapat seorang bayi lelaki yang berumur sekitar satu tahun. Menerusi Tweet berkenaan, bayi tersebut kelihatan sedang memanjat climbing wall yang disediakan oleh ayahnya.

“Rakan saya berikan anaknya climbing wall untuk mengelakkan daripada memanjat perabot dan ia hanya membuatkan bayinya itu bertambah hebat”, kata pemilik akaun terbabit. Agak mengejutkan apabila si bapa memberikan permainan yang sebegitu kepada bayi yang masih kecil. Namun, ia adalah disebabkan untuk mengelak daripada si kecil itu terus memanjat barang perabot yang ternyata lebih membahayakan dirinya. Maka di atas faktor tersebut, lelaki terbabit bersama isterinya telah membuat keputusan untuk menyediakan kemudahan berkenaan bersama alas keselamatan dibawahnya.

Rata-rata warganet berasa kagum dengan kebolehan kanak-kanak itu meskipun hanya berusia kecil akan tetapi sudah boleh memanjatnya dengan baik. “Saya nak buat macam ni untuk anak saya”, kata salah seorang warganet yang meninggalkan komen di ruangan akaun Twitter terbabit. Video yang berdurasi selama 40 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 546 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

SUMBER: HCL

Cara Bayi Belajar Berjalan

Tidak lama lagi si manja akan bertatih mengelilingi rumah. Untuk mencapai tahap ini, anda perlu memberikan galakan, perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai. Kebanyakan bayi mula bertatih pada penghujung tahun pertamanya (antara 9 dan 12 bulan). Jangan bimbang jika bayi anda lewat berjalan. Ramai kanak-kanak masih belum berjalan sehinggalah mereka berusia 16 atau 17 bulan. Walau bagaimanapun, jika anda rasa si manja anda jauh ketinggalan berbanding rakan sebayanya yang lain, berbincanglah dengan doktor anda.

Cara Terbinanya Keupayaan Berjalan. Kebanyakan bayi bermula dengan merangkak. Tetapi ada juga bayi yang melangkau peringkat ini dan terus berdiri dan berjalan. Jika si manja anda sudah merangkak agak lama, dia mungkin akan mencuba pergerakan yang lebih mencabar seperti merangkak menaiki tangga. Walaupun menaiki tangga boleh membantu dia belajar cara menilai ketinggian dan kedalaman serta membina deria imbangannya, atas sebab keselamatan pastikan anda memasang pagar tangga supaya dia tidak dapat menaiki tangga tanpa kehadiran dan bantuan anda.- JOHNSONSBABY