Gelagat kucing Oyen jadi perhatian lagi tapi kali ini seorang pemuda ini menujukkan reaksi pelik dan terkedu tengok Oyen dah berdikari minum air.

Rasanya sudah banyak kali kita mendengar kisah kucing yang berwarna Oren atau lebih popular dengan gelaran Oyen dimana ada-ada sahaja gelagat lucu mereka yang pelik namun menghiburkan orang ramai sehingga tular dilaman sosial. Walau bagaimanapun, kucing berkenaan membuatkan orang ramai lebih sayang dengan perangai pelik Oyen meskipun kadang kala ‘geram’ melihatnya.

Melalui perkongsian di Instagram Hot FM pula, gelagat seekor kucing Oyen ini turut menjadi buah mulut pengguna laman sosial apabila seorang pemiliknya merakam satu situasi yang melucukan. Gelagat kucing Oyen jadi perhatian lagi. Ini kerana, dia yang pada mulanya asyik merasa tertanya-tanya sebab lantai rumahnya sering basah dan dia yang dilihat merakam video pada jam 3 pagi akhirnya mengetahui punca terbabit.

Ternyata ia merupakan kerja kucing Oyennya apabila dilihat minum melalui penapis air dan situasi berkenaan membuatkan orang ramai terhibur dengan sikap berdikari kucing terbabit lalu tinggalkan pelbagai reaksi diruangan komen. “Hahaha maju dah kucing kau bang. Tak main la minum guna mangkuk ke pinggan, direct water…”. “Tau jugak dia mana air sejuk mana air panas”. “Weh ni kucing dari masa depan ke apa eh terlebih bijak guna mendalah tu” -HCL

Siapa sahaja tak kenal kucing berwarna oren yang selalu sahaja menarik perhatian orang ramai dengan gelagatnya. Terbaru kucing yang berjalan atas eskulator ini terus raih perhatian warganet.

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa terutamanya mereka yang masih bujang.

Namun begitu, anda juga perlu berwaspada dengan sikap mereka yang kadang kala sukar dijangka. Tidak terkecuali dengan seekor kucing ini yang turut dilihat sedang berjalan di atas sebuah eskulator pusat beli belah. Lebih memeranjatkan apabila haiwan itu telah menggunakan eskulator dari arah yang bertentangan ketika kejadian itu dirakam.

Ekoran daripada itu, haiwan tersebut kelihatan seperti sedang melakukan senaman treadmill yang terdapat di gim. Rata-rata warganet berasa terkejut di samping terdapat segelintir daripada mereka yang turut terhibur setelah melihat situasi terbabit. ”Kenapalah selalu kucing oren yang buat hal? Dorang ni spesis apa?”, tanya salah seorang pengguna Twitter di ruangan akaun terbabit dengan nada jenaka. Posting yang dimuat naik oleh @cattitudescrvs itu telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima 60 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan. Ini komen warganet selepas tular aksi kucing tersebut: “Cara baru treadmill”. “Oyen nak kurus ke tu…” “Kedekut taknak bayar gim…”

SUMBER: HCL