Gempar punca sebenar peti ais penyebab bakteria pada makanan. Pakar ulas sesuatu yang ramai amik mudah tapi beri risiko

Dua risiko sakit boleh berlaku kepada pengguna iaitu salah pengambilan makanan dan jangkitan pada usus.Adayang beranggapan peti sejuk adalah tempat penyimpanan makanan paling selamat malah tidak memudaratkan kesihatan. Lebih-lebih lagi apabila ada yang menyangka makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak akan basi. Hakikat itu tidak benar kerana peti sejuk juga boleh menjadi ‘lubuk’ pembiakan bakteria sekali gus merosakkan makanan dan berpotensi sebagai punca jangkitan kuman kepada pengguna.

Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S Malar Santhi berkata, kuman masih boleh membiak di dalam peti sejuk, tetapi suhu yang rendah dapat memperlahankan proses pembiakan pelbagai bakteria, sekali gus melambatkan makanan menjadi basi. Beliau berkata, ada dua jenis kuman yang membiak dalam peti sejuk.

This image has an empty alt attribute; its file name is fridge1-300x169.jpg

Pertama, ia bersifat patogen iaitu ejen penyebab jangkitan sakit kepada manusia. “Contoh bakteria ini ialah Salmonella yang selalunya ada pada telur dan susu. “Bakteria ‘Clostridium perfringes’ pula ada pada lasagna dan lauk-pauk serta ‘Campylobacter’ (daging, ayam dan ikan). “Kedua, kuman seperti ‘Pseudomonas’ dan kulat seperti ‘Aspergillus’ yang menyebabkan bau serta rasa makanan berubah, namun ia tidak menyebabkan jangkitan atau sakit. Kuman seperti ini dikenali sebagai bakteria mendatangkan bau kurang enak.

“Lazimnya, walaupun termakan makanan yang berubah bau dan rasa, ia tidak akan menyebabkan sakit, tetapi memberi rasa tidak enak atau kurang bersih,” katanya. Katanya, dua risiko sakit boleh berlaku kepada pengguna disebabkan bakteria dalam peti sejuk ialah keracunan makanan dan jangkitan pada usus. Menyentuh jangkitan bakteria dalam peti sejuk boleh membawa maut atau tidak, Dr S Malar berkata, perkara itu boleh terjadi sekiranya makanan yang disimpan dalam peti sejuk tercemar dengan jangkitan bakteria berbahaya seperti E Coli dan Toxoplasmosis.

“Pusat Kawalan Sakit di Amerika Syarikat mengganggarkan, kira-kira 48 juta orang mendapat jangkitan berpunca daripada makanan dan hampir 3,000 meninggal dunia setiap tahun. “Dianggarkan, hampir 20 peratus jangkitan itu berkaitan makanan daripada peti sejuk, sama ada di rumah pengguna, pusat komersial, restoran atau pasar raya,” katanya.

Dr S Malar berkata, ramai tidak mengetahui ada beberapa jenis makanan yang sebenarnya menggalakkan pembiakan bakteria apabila disimpan dalam peti sejuk. “Contohnya daging lembu, kambing, ayam dan ikan. Air daripada bahan mentah sebegini, jika mengalir dan terkena pada sayur atau buah boleh menyebabkan pembiakan bakteria menerusi jangkitan silang terutama apabila dimakan mentah atau separa masak.

“Oleh itu, bahan ini perlu disimpan menggunakan kaedah penyimpanan yang betul bagi mengelakkannya menjadi ejen pencemar kepada makanan lain dalam peti sejuk,” katanya. Katanya, pengguna juga perlu mengetahui cara penggunaan peti sejuk yang betul dan selamat. “Pastikan suhu peti sejuk kurang daripada empat hingga lima darjah Celsius.

“Bahagian sejuk beku pula untuk makanan basah, suhu disarankan ialah serendah negatif 18 darjah celcius atau paling kurang sifar darjah Celsius,” katanya.Selain itu, katanya, masyarakat perlu mengamalkan kaedah penjagaan peti sejuk yang betul supaya tidak memberi kesan terhadap kesihatan.

“Langkah pertama ialah kurangkan tindakan membuka dan tutup peti sejuk kerana boleh menyebabkan suhu menjadi tidak stabil. “Seterusnya, pastikan suhu dalam peti sejuk dikekalkan pada julat yang stabil, bukannya kerap menukar suhu menaik atau menurun. “Tutup bekas makanan walaupun dalam peti sejuk. Bekas makanan yang terbuka, memudahkan pembiakan bakteria kerana suhu lebih tidak stabil.

“Langkah terakhir ialah meletak makanan basah seperti ikan, ayam dan daging dalam bekas bertutup atau plastik. Ini kerana air daripada makanan ini boleh mencemarkan makanan lain,” katanya. Kajian ‘The Use and Performance of Household Refrigerators’ mendedahkan, 65 peratus pengguna di negara maju seperti Sweden tidak mengetahui etika dan suhu peti sejuk yang sesuai digunakan.

Katanya lagi, peti sejuk perlu diselenggara bagi menggelakkan kerosakan yang boleh menjejaskan kestabilan suhu. “Peti sejuk adalah peralatan elektrik yang penting di rumah dan pengguna perlu tahu etika dan cara penggunaan selamat untuk mengelakkan sakit berkaitan peti sejuk,” katanya.

14 Makanan tak sepatutnya disimpan di peti ais

Berikut adalah 14 jenis bahan makanan yang tak sepatutnya anda simpan dalam peti sejuk. Kalau ada, bolehlah keluarkan sekarang. Sos cili sebenarnya tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukuplah diletak di dalam almari, kabinet dalam suhu bilik. Suhu sejuk menjadikan pengaliran daripada dalam botol menjadi agak perlahan dan rasanya juga boleh terjejas. Elakkan menyimpan bawang dalam peti sejuk, lebih-lebih lagi bawang yang sudah dipotong. Bakteria mudah melekat dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Kelembapan dalam peti sejuk mempercepatkan proses pereputan ubi kentang. Ia lebih elok disimpan dalam raga berlubang dan persekitaran yang kering. Daun herba seperti daun sup, daun bawang, daun basil dan sebagainya tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap semua bau dalam peti sejuk dan mudah menjadi kurang segar.

This image has an empty alt attribute; its file name is 71492131453_MalaysianFruits-300x203.jpg

Jika ingin mempercepatkan proses kematangan buah, cara menyimpan makanan yang sebetulnya adalah dalam suhu bilik. Buah-buahan yang disimpan dalam peti sejuk akan diperlahankan prosesnya daripada masak ranum. Untuk mengekalkan rasa dan tekstur, sebaiknya balut dalam plastik berzip dan letak di atas meja. Roti yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama, tetapi menjadi keras dan kering. Malah, ia cenderung menyerap aroma makanan yang disimpan lain dalam peti sejuk,

Menyimpan tomato dalam peti sejuk boleh menjejaskan rasa sedia ada, malah menjadikannya lebih cepat rosak. Lebih bagus simpan kopi dalam bekas yang tertutup rapat dengan suhu bilik. Serbuk kopi akan menjadi keras dan sukar diambil apabila ingin digunakan. Madu asli sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput kerana ia tidak akan mudah rosak. Jadi ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan rasa dan kualiti madu, letakkannya di tempat yang tidak terdedah kepada haba.

Sebaiknya letakkan minyak masak di sudut dapur. Begitu juga dengan minyak lain seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Biasanya minyak sebegini boleh bertahan sehingga 2 tahun walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk. Beras tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Sebaliknya, hanya nasi saja yang elok disimpan dalam peti sejuk untuk memperpanjangkan hayatnya. Semua jenis rempah seperti lada hitam biasanya lebih baik disimpan dalam suhu bilik. Suhu dingin boleh menjejaskan rasa dan teksturnya. Jem atau lepa kacang lebih mudah digunakan jika disimpan dalam suhu bilik. Namun, jika anda amat jarang menggunakannya, eloklah disimpan dalam peti sejuk.

Mungkin kedengaran pelik, tapi sebenarnya ada yang menyimpan bateri dalam peti sejuk supaya kapasitinya tidak terbebas lalu menyebabkannya tahan lama. Namun sebenarnya ia tidak semestinya akan memberi kesan kepada bateri untuk jangka masa panjang. Cuma, elakkan meletakkan bateri tersebut di tempat yang panas seperti di luar rumah yang terdedah kepada cahaya matahari.

Elakkan juga meletak alat solek atau make-up dalam peti sejuk. Ini kerana, kerana suhu dingin boleh menjejaskan kestabilan bahan kimia di dalamnya. Seperkara lagi, perlu diingat bahawa bahan bukan makanan tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk kerana ia mungkin akan mencemarkan makanan yang disimpan di dalamnya.